Baru berusia setahun empat bulan, namun keadaan kesihatan adik Shahir Shamin Shuhardi cukup menyayat hati.
Menderita akibat saluran jantung terkalih, usus tersumbat dan masalah saluran pernafasan sempit, ia secara langsung menyebabkan pelakon Mawar Rashid terpanggil untuk tubuhkan dana sumbangan di laman instagram bagi membantu keluarga ini.
Pelakon TQ Captain ini turut berkongsi beberapa barangan keperluan asas bayi ini dan turut memaklumkan akan berkunjung ke Kulim, Kedah bagi melihat sendiri penderitaannya.
“Assalamualaikum semua followers yang disayangi. Hati Mawar luluh bila tengok si comel dan keluarga ni mendapat ujian macam ni. Mawar nampak post ni kat FB semalam.
Ads
“Terus Mawar pasang niat nak pergi ke tempat diorang kat kulim, Kedah and nak hulurkan bantuan semampu Mawar.
“Tadi Mawar baru je call ibu kepada baby comel ni, nanti beliau akan hantar list keperluan baby ni.. ada yang nak hulurkan bantuan jugak ke kat baby comel ni? jom kita sama2 bantu,” kongsinya.
Sementara itu, Mawar juga turut memohon sumbangan sekurang-kurangnya RM1 bagi mengurangkan menampung perbelanjaan perubatan.
Ads
“Mawar dah dapat reply daripada ibu baby comel ni. Mawar plan macam ni, Mawar akan collect derma dari you all. Pastu nanti Mawar akan update kat IG Mawar berapa kutipan yang you all semua dah bank in untuk baby comel ni.
So Mawar boleh gi beli barang-barang keperluan baby ni, termasuklah penapis air untuk baby lepas tu hantar. Jom kita sama-sama tolong baby comel ni.
Terima kasih semua. Walaupun RM1 pun akan membantu keluarga mereka. Semoga murah rezeki dunia akhirat semua ❤️ Ni number account okay. (7063176312 CIMB Wan Arfan Rusyaidi)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sememangnya Fouziah Gous merupakan individu yang sangat menjaga kesihatan diri sejak daripada zaman bujang. Setelah berumah tangga dengan Md Zhafran dan memiliki Muhammad Zeeshan dan Zaheen Yusuf, ibu muda ini meneruskan amalan itu demi kesejahteraan keluarga.
Saya menjaga pemakanan keluarga. Kami jarang makan makanan berminyak. Hanya gunakan minyak zaitun. Ada waktunya kami makan di luar tetapi banyak yang saya ‘tapis’. Apa yang berminyak, kami tak makan.
Saya jenis kuat makan. Semua saya makan tetapi saya kurangkan minyak, garam, manis dan ais. Bagi saya ringkas sahaja. Ambillah sesuatu yang menyenangkan tekak dan tidak meloyakan.
Saya kurus sebab menyusukan anak dan jaga pemakanan. Ibu selepas melahirkan, kena beri susu ibu. Bukan untuk kurus sahaja tetapi untuk kecutkan rahim agar cepat sembuh. Ada sebab Allah jadikan susu ibu terbaik untuk bayi.
Semasa pantang 44 hari, saya buat betul-betul dan kadang-kadang terlebih daripada yang sepatutnya. Sampai ke umur Zaheen 10 bulan, saya tak makan laksa dan pulut. Pantang air batu pun lebih 100 hari.
Untuk anak saya Zaheen, saya beri dia makanan organik. Zeeshan pun begitu, masa dia bayi. Lepas umurnya dua tahun, baru ajar dia makan campur sedikit demi sedikit. Kerepek yang merepek, saya tak bagi makan.
Pagi dan malam kami akan makan sarang burung asli masa perut kosong sebagai suplemen kesihatan. Kalau ambil suplemen tablet, kena banyak minum air dan ia boleh menggemukkan. Lagipun suplemen begitu tak boleh overdose, boleh beri kesan kepada buah pinggang. Jadi, kita kena ambil tahu dan faham apa sahaja makanan yang diambil.
Sejak bujang, saya memang suka ke gim. Dah biasa. Saya individu yang menjaga kecergasan sejak zaman sekolah. Saya main hoki untuk Kuala Lumpur dan terlibat juga dengan sukan larian dan olahraga.
Selepas bersalin saya mula melibatkan diri dengan sukan muay Thai. Jiran yang ajak dan kami sama-sama buat. Sekarang, saya dah jatuh cinta dengan muay Thai.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Syatilla & Sam Shaheizy selamat menyambut kelahiran kelahiran anak kedua mereka. Nampaknya sudah tidak lagi bertiga, tapi berempat!
Perkhabaran gembira ini dikongsi Syatilla & Sam menerusi Instagram. Anak kedua pasangan ini dilahirkan pada 17 April 2019, jam 9.15 pagi menerusi pembedahan.
SIHAT & GEBU
Syatilla turut berterima kasih kepada suami yang berada di sisi sepanjang proses pembedahan dijalankan. Kata Syatilla, anak perempuannya itu sihat & gebu!
samtilla Alhamdulillah baby girl kami dah keluaq????sihat gebu anak pompuan aku♥️tadi sempat laaa buat tutorial makeup dlm oT room?
Thank u sygku sezzy seng sentiasa di sisi♥️ #kekaSih@kpjampangputeri the best♥️
shaheizy_sam WE ARE NO LONGER 3 ?. ALHAMDULILLAH!!! Thank u so much everyone ?? ???? 17/04/19, 9:15am
BERKONGSI TARIKH LAHIR SAMA DENGAN IBU SAM
Apa yang lebih menarik, kelahiran anak kedua mereka ini adalah pada tarikh ulang tahun kelahiran ibu Sam, dramatis Khaty Fauziah. Kata Sam, hadiah untuk ibunya kali ini tidak dijual di kedai.
shaheizy_sam Happy Birthday Mommy @khatyfauziah . Mommy dapat birthday present yang takda jual la hari ni!!! Mommy and #BabyGirl share the same birthday ?❤️ Lepas ni kena beli 2 present. MASAK AKU
Para peminat mengucapkan tahniah kepada pasangan ini. Teruja dengan kehadiran bayi perempuan ini, masing-masing mendoakan kesejahteraan buat si kecil & Syatilla. Ada juga yang memuji Syatilla yang masih cantik dalam dewan pembedahan.
“Anak saya pergi dengan tenang ketika dia sedang tidur di rumah pengasuhnya pada 15/10/18. Pengasuh menceritakan kepada saya, baby bermain seperti biasa pada pagi tersebut, makan dan minum susu sebelum tidur pada pukul 10 pagi. Pengasuh kemudian ingin memberikan susu tapi tiada respon daripada baby dan pengasuhnya terus menghubungi saya serta ambulance untuk memaklumkan bahawa anak saya pengsan pada jam 12.40 tengah hari.”
“Sampai di rumah pengasuh, anak saya tidak menunjukkan sebarang respon. Saya terus bawa ke Hospital Thomson, Kota Damansara. Doktor memaklumkan bahawa, ketika saya bawa baby ke hospital, memang sudah tiada dengupan jantung lagi. Allah lebih mengetahui, anak saya dijemput mudah oleh Ilahi ketika dia sedang tidur.” Begitulah luahan Puan Hawa apabila anak kedua beliau, Allahyarham Yassir Abqoriy bin Muhammad Nasrullah yang masih kecil dijemput pencipta. Beliau juga berharap agar semua pihak menghentikan sebarang spekulasi ataupun cerita yang tidak benar berkenaan status kematian anaknya ketika dihubungi oleh pihak Pa&Ma.
Kes kematian anaknya masih lagi dalam siasatan, namun beliau sedikit lega apabila tiada sebarang unsur jenayah yang dilakukan kepada arwah anaknya. Post Puan Hawa kongsikan coretan beliau buat semua di laman instagramnya.
Tak dapat melelapkan mata meski letih rasa jiwa dan jasad. Abang kecil lagi, masih tak faham. Tapi mommy yakin esok lusa abang akan adik “mommy, adik mane?”
Al fatihah Yassir Abqoriy bin Muhammad Nasrullah. Mommy daddy masih tak tahu punca kematian. Jadi diharap untuk semua tidak mengandai atau membuat spekulasi. Menunggu post mortem esok jam 9 pagi di Hospital Sg Buloh. Selesai dimandikan dan dikafankan di hospital. Akan terus dibawa ke masjid Felda Sungai Tengi untuk solat jenazah dan akan dikebumikan terus. Mohon doa nya, Allah sayang Yassir, Terima kasih Allah rezekikan Yassir anak syurga buat mummy dan daddy. Adik syurga buat abang Fateh.
Kasihi sayangi anak anak selagi anda masih berpeluang!
Allah kuatkan hati kami sekeluarga.. Alhamdulillah ‘ala kulli hal
Suasana hiba, Mommy nangis…daddy nangis. Tapi mommy dan daddy nangis gembira sayangku. Kami buat post mortem untuk mengesahkan kematian dikhuatiri ada unsur-unsur jatuh atau penderaan. Alhamdulillah, hasil post mortem tiada unsur jenayah, tiada pendarahan dalaman ataupun kesan penderaan, adik sangat cantik. Jadi mommy daddy tarik nafas lega.
Anak mommy tak terseksa, anak mummy ok, anak mommy tak didera. Alhamdulillah… Namun, dari pihak doktor mengesahkan ada sesuatu di paru paru Yassir. Dan paru2 Yassir berat, limpa juga berat. Doktor masih perlu bawa ia ke makmal kimia utk mengenal pasti apa jenis jangkitan yang menyebabkan paru-paru adik dan limpa adik begini.
Tiada cara awal untuk kenal pasti sebab Yassir tiada semua symptom yang dilistkan. Alhamdulillah..Allah permudahkan… Yassir hadir dalam hidup kami dengan mudah…dan Yassir kembali pun dengan mudah… Alhamdulillah…Allah permudahkan dan Yassir Abqoriy sangat cantik… Anak syurga kami…. Moga mommy daddy abang kuat utk hari-hari mendatang tanpa adik disisi. Kami tahu adik menanti. Salam sayang Yassir Abqoriy.
Kami masih menunggu keputusan forensik dari makmal kimia. Apapun kami redha dan adik sudah bahagia di syurga bersama bidadari dan para shuhada. Alfatihah Allahyarham Yassir Abqoriy bin Muhammad Nasrullah, 25/12/17-15/10/18 (9bulan+).
Ketika hidupnya, dia sangat ceria, aktif dan sihat, tak pernah sakit, demam biasa paling lama satu hari. Adik sangat luar biasa. Mommy daddy abang tak sabar nak jumpa adik di syurga. Dimana tiada lagi perpisahan disana, hanya kehidupan abadi
Jauh perjalanan luas pemandangan, beratnya ujian nikmat dari tuhan. Jika ujian yang datang kau fikir ia musibah kau kan terus sakit. Jika kau fikir ia rahmat dan nikmat kau pasti tenang.. Alhamdulillah.
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.