Rod perancang keluarga yang paling biasa digunakan ialah Implanon. Tetapi ramai yang mengatakan ia mengganggu pusingan haid, benarkah? Ikuti penerangan doktor ini.

Rod implan dipanggil Implanon ialah implan perancang keluarga yang saiznya lebih kurang batang mancis. Doktor akan memasukkannya ke bawah kulit pada lengan atas  ibu. Ia membebaskan hormon progestin yang menghalang kehamilan daripada berlaku. Ia berfungsi dan tamat tempoh selepas 3 tahun. Ia boleh dikeluarkan lebih awal jika ada keperluan pada ibu.

Rod Implan Perancang Keluarga, Bagaimana Dipasang  & Mudaratkah Kepada Pusingan Haid?

TIDAK PERLU TUNGGU HAID

Menurut Dr Anis Nazahiyah Ismail, ramai yang bertanya sama ada ibu yang lepas bersalin perlu menunggu haid dulu sebelum pemasangan implanon?

“Tak perlu. Risiko untuk mengandung tetap ada walaupun period belum datang selepas melahirkan. Period mungkin akan tertangguh, lewat datang di atas faktor hormon selepas bersalin yang belum stabil dan juga sebab menyusukan anak. Jadi implanon boleh dipasang seeloknya sejurus selepas berpantang utk 99.9% jaminan selamat untuk 3 tahun daripada unplanned pregnancy.” kata Dr Anis

KESAN IMPLAN PERANCANG KELUARGA KEPADA PUSINGAN HAID

“Saya mulakan dengan yang common, 33% wanita yang memasang implanon, haid mereka mungkin jadi tidak teratur. Tapi tidak membahayakan (tidak dtg langsung sepanjang 2 hingga 3 tahun, atau sedikit-sedikit tapi berpanjangan).

Yang tidak normal dan bahaya (6%) kalau haid jadi sangat heavy, with clots dan lebih daripada 30 hari. Sila jumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut,”kata Dr Anis

4 WANITA TIDAK SESUAI MENGGUNAKAN IMPLAN PERANCANG KELUARGA

Kata Dr Anis, terdapat empat golongan wanita yang tidak sesuai menggunakan implan perancang keluarga ini, iaitu;

  1. Wanita yang merokok.
  2. Wanita yang mempunyai latar belakang penyakit darah thrombosis.
  3. Wanita yang mempunyai kanser payudara.
  4. Wanita yang mempunyai tekanan darah tinggi.

Rod Implan Perancang Keluarga, Bagaimana Dipasang  & Mudaratkah Kepada Pusingan Haid?

PENJAGAAN LUKA PEMASANGAN IMPLAN INI

IKLAN

Jangkitan kuman boleh berlaku selepas proses pemasangan pada bahagian insertion spot. Jadi ia perlu dijaga dan dibiarkan kering untuk sekurang-kurangnya 3 hari supaya tidak ada komplikasi.

ADAKAH IA MENGGANGGU PENYUSUAN SUSU IBU?

Ada pesakit yang bertanya sama ada bolehkah terus menyusukan bayi dengan susu ibu apabila implanon dipasang dan adakah susu akan makin berkurangan? Kata Dr Anis, implanon tidak mengganggu penyusuan ibu.

Hormon progesteron pada implanon tidak memberi kesan sampingan kepada susu ibu. Implanon tidak akan mengurangkan volume (kuantiti) atau kualiti susu ibu. Anda boleh teruskan menyusukan bayi seperti biasa.


PROSES MEMASUKKAN IMPLANON

Rod Implan Perancang Keluarga, Bagaimana Dipasang  & Mudaratkah Kepada Pusingan Haid?

1.Spray untuk kebaskan kawasan yang hendak disuntik.

Rod Implan Perancang Keluarga, Bagaimana Dipasang  & Mudaratkah Kepada Pusingan Haid?2.Suntikan bius setempat.

IKLAN

Rod Implan Perancang Keluarga, Bagaimana Dipasang  & Mudaratkah Kepada Pusingan Haid?3.Rod implanon disuntik masuk menggunakan alat ringkas.

Rod Implan Perancang Keluarga, Bagaimana Dipasang  & Mudaratkah Kepada Pusingan Haid?

4.Rod implanon ditinggalkan di lapisan lemak lengan.

Rod Implan Perancang Keluarga, Bagaimana Dipasang  & Mudaratkah Kepada Pusingan Haid?

5.Luka kecil dibalut. Selesai.


PROSES MENGELUARKAN IMPLANON

Rod Implan Perancang Keluarga, Bagaimana Dipasang  & Mudaratkah Kepada Pusingan Haid?

IKLAN

1.Prosedur mengeluarkan implanon daripada lengan.

Rod Implan Perancang Keluarga, Bagaimana Dipasang  & Mudaratkah Kepada Pusingan Haid?

2.Semburan bius pertama.

Rod Implan Perancang Keluarga, Bagaimana Dipasang  & Mudaratkah Kepada Pusingan Haid?

3.Suntikan setempat sebagai bius kedua.

Rod Implan Perancang Keluarga, Bagaimana Dipasang  & Mudaratkah Kepada Pusingan Haid?

 

4.Torehan kecil dibuat dan rod implanon disepit.

Rod Implan Perancang Keluarga, Bagaimana Dipasang  & Mudaratkah Kepada Pusingan Haid?

5.Rod implanon dikeluarkan dengan mudah.

Rod Implan Perancang Keluarga, Bagaimana Dipasang  & Mudaratkah Kepada Pusingan Haid? 6.Luka kecil digam dan ditampal.

Sumber: Klinik Dr Anis

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI