Pasangan ini disukai ramai kerana mereka bersahaja dan gila-gila. Sering berkongsi video mereka sekeluarga, orang ramai sentiasa menantikan video baharu daripada mereka. Azad Jasmin dan Eira Syazira sudah berkahwin pada 16 September 2011 dan dikurniakan tiga orang anak perempuan. Walaupun sudah masuk hampir sembilan tahun usia perkahwinan, mereka kekal romantis seperti baharu sahaja mendirikan rumah tangga.
Terbaharu menerusi perkongsian Azad di laman Instagramnya, dia telah memuat naik foto throwback ketika dia dan isteri baharu sahaja berkahwin. Melalui kapsyennya, Azad memberitahu betapa cepatnya masa berlalu tetapi dia dan Eira tetap sakan bercinta seperti dahulu. Dia turut memanjatkan rasa syukur dengan kurniaan yang Allah SWT berikan.
Throwback. Masa baru2 nikah 9years back. How fast time flies. Now dah ada 3 anak dara but still rasa mcm zaman kami dok sakan bercinta dulu ? Syukur Alhamdulillah. ?? #itsouranniversarymonth #sept19th #azadeira #pakazad #azadjazmin #eirasyazira #figurasawarjagat
Ads
Seronok bila ada suami yang menghargai kita dan sanggup buat posting begini. Sembilan tahun adalah tempoh masa yang agak lama tetapi Azad dan Eira dapat menempuhinya bersama.
Sedangkan lidah lagi tergigit, apa lagi suami isteri. Cara kita menangani setiap masalah itulah yang paling utama. Pa&Ma doakan agar keluarga ini kekal berbahagia sehingga ke Jannah.
Baru-baru ini tular sebuah video yang menunjukkan seorang tahanan memeluk erat anak perempuannya ketika kanak-kanak itu datang melawatnya di sel polis.
Di dalam video tersebut dapat dilihat tahanan itu yang bernama Aceng sedang bergurau dengan anaknya. Dikatakan pada awalnya, kedua-dua beranak ini hanya dapat melepaskan rindu di sebalik tirai besi.
Mungkin disebabkan rasa ihsan dan terharu dengan hubungan ayah dan anaknya itu membuatkan salah seorang petugas di sana membukakan pintu sel tahanan tersebut.
Sebaik saja pintu dibuka, mereka dapat bermesra dengan lebih dekat sambil bergurau antara satu sama lain. Video ini menjadi tular selepas dimuat naik di akauan Instagram @undercover.id.
Namun tidak pula dijelaskan dengan lebih lanjut tentang kesalahan Aceng yang ditahan di sel polis Jambi.
Ramai yang terharu dengan perkongsian video tersebut dan ternyata ia mengundang rasa sayu warganet yang melihat betapa eratnya kasih sayang ayah tersebut dengan anak perempuannya.
“Mungkin dia gagal menjadi ‘orang baik’ tetapi dia tidak gagal menjadi seorang ayah.”
‘”alan cerita mereka Allah izinkan buat kita semua saksikan dan ambil iktibar. Ada hikmah besar buat mereka dan kita yang melihat juga.”
“Ada cinta yang begitu tinggi, yang tak mampu dihalang oleh jeriji besi. semoga anda hikmah buat anda dan keluarga.”
Dikongsikan untuk menjadi pengajaran serta berkongsi betapa hebatny kasih sayang seorang ayah terhadap anaknya. Semoga Aceng dan keluarga terus tabah dengan ujian ini.
Suasana pilu menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Sungai Long apabila jenazah Allahyarham Nur Qaseh Deandra Mohd Qayyum, 9 tahun, selamat dikebumikan kira-kira jam 8.40 malam. Dalam suasana yang hening dan penuh kesedihan, ahli keluarga serta kenalan terdekat hadir mengiringi perjalanan terakhir si kecil yang pergi dalam keadaan tragis.
Sebelum itu, jenazah Allahyarham dimandi dan dikafankan di Jabatan Forensik Hospital Kajang selepas selesai proses bedah siasat pada jam 3.47 petang. Jenazah kemudiannya dibawa ke Masjid Taman Rakan untuk disolatkan sebelum dihantar ke tanah perkuburan. Setiap langkah perjalanan terakhir itu diiringi air mata yang tidak mampu ditahan oleh mereka yang mengenali arwah Adik Qaseh.
Kisah kehilangan Adik Qaseh bermula apabila dia dipercayai terjatuh ke dalam longkang ketika ingin mengambil bola berhampiran Kondominium Seri Hijau, Bandar Mahkota Cheras. Kejadian yang berlaku itu akhirnya membawa kepada operasi mencari dan menyelamat yang berlangsung selama tiga hari penuh debaran dan harapan.
Sepanjang tempoh tersebut, keluarga dan orang ramai tidak putus-putus berdoa agar keajaiban berlaku. Harapan terus disandarkan agar Adik Qaseh ditemui dalam keadaan selamat, namun takdir menentukan sebaliknya.
Namun, harapan itu bertukar menjadi duka apabila jasad arwah ditemui oleh Pasukan Penyelamat Di Air pada jam 12.17 tengah hari di Sungai Langat, kira-kira 10.6 kilometer dari lokasi kejadian. Penemuan itu mengakhiri penantian keluarga, namun meninggalkan luka yang sukar digambarkan dengan kata-kata.
Berita penemuan tersebut tersebar pantas dan mengundang rasa sebak dalam kalangan masyarakat yang mengikuti perkembangan kes Adik Qaseh sejak hari pertama kehilangannya.
Paling meruntun jiwa adalah luahan datuknya, Zulkarnain Ahmad, 57, yang jelas menanggung kesedihan mendalam atas kehilangan cucu tersayang. Dalam nada yang sebak, beliau meluahkan rasa syukur kerana jasad cucunya akhirnya ditemui walaupun hakikat itu amat perit untuk diterima.
“Saya bersyukur kerana selepas tiga hari menunggu tanpa cukup tidur dan tak lalu makan akhirnya cucu sudah ditemukan. Semua ini ketentuan Allah SWT dan kami reda,” katanya.
Di sebalik kata-kata reda itu, jelas terpancar luka di hati seorang datuk yang kehilangan insan kecil yang begitu dekat di hatinya. Zulkarnain berkongsi bahawa kali terakhir mereka bertemu adalah kira-kira dua minggu lalu, ketika arwah datang melawat dan mereka sempat makan bersama. Kenangan itu kini menjadi memori terakhir yang terpahat dalam ingatan tentang Adik Qaseh.
Menurutnya lagi, arwah seorang kanak-kanak yang ceria, mudah mesra dan disenangi ramai. Kehilangannya amat dirasai seluruh keluarga, lebih-lebih lagi oleh ibu bapa dan adik-beradik, terutama abang keduanya yang sangat rapat dengannya.
Keceriaan Adik Qaseh sebelum ini kini hanya tinggal kenangan, namun sifat baiknya terus disebut-sebut oleh mereka yang pernah mengenalinya.
Pemergian Adik Qaseh bukan sahaja meninggalkan kesedihan buat keluarga, tetapi turut menyentuh hati masyarakat yang mengikuti perkembangan kes ini sejak awal. Tragedi ini menjadi peringatan betapa pantasnya sesuatu yang tidak diduga boleh berlaku, meragut kebahagiaan dalam sekelip mata.
Kini, arwah telah selamat disemadikan. Namun, kenangan bersama si kecil yang ceria itu akan terus hidup dalam hati mereka yang menyayanginya. Tangisan mungkin akan reda dengan waktu, tetapi kehilangan ini pasti meninggalkan kesan yang mendalam buat seluruh keluarga dan mereka yang tersentuh dengan kisah Adik Qaseh.
Terkini, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memberi amaran mengenai angin kencang dan laut bergelora yang dijangka berlaku di perairan negara dari 29 hingga 31 Disember.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan petang tadi, METMalaysia memaklumkan angin kencang timur laut berkelajuan antara 40 hingga 50 kilometer sejam (km/j) dengan ketinggian ombak mencecah 3.5 meter dijangka melanda perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu dan Kelantan.
“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut,” menurut kenyataan itu.
Selain itu, kenaikan paras air laut turut diramalkan berlaku di kawasan perairan berkenaan bermula Ahad hingga Isnin dengan risiko limpahan air laut di pesisir pantai.
Menurut METMalaysia, angin kencang timur laut berkelajuan 40 hingga 50 km/j dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter turut dijangka membadai kawasan perairan selatan Samui, Tioman, selatan Bunguran, tenggara Reef North, Reef South, Layang-Layang, Labuan dan Palawan hingga Selasa.
Di kawasan perairan Condore dan barat laut Reef North, angin kencang dan laut bergelora kategori ketiga dengan kelajuan melebihi 60 km/j dan ombak lebih 4.5 meter dijangka berlaku hingga Selasa.
“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak,” menurut kenyataan itu.
Amaran kategori kedua pula dikeluarkan bagi kawasan perairan utara Bunguran serta timur laut dan barat daya Reef North dengan angin kencang berkelajuan 50 hingga 60 km/j dan ombak hingga 4.5 meter.
“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri,” menurut METMalaysia.
Sumber: METMalaysia. & Berita Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kegembiraan sebuah keluarga yang meluangkan masa di taman tema air bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kejadian pada Ahad lalu.