Roti Chessy Balut Telur 4 Bahan. Buatnya Mudah, Makan Panas-Panas Sedap Sangat!

Share

Anak-anak gemar makan roti telur? Apa kata mama cuba pula resipi yang ini. Dengan menggunakan cheese, boleh buat sesiapa saja jatuh cinta. Tak susah pun sebenarnya nak sediakan asal ada empat bahan ini.

Jika anak tak suka cheese tak ada masalah, boleh je nak letakkan telur saja. Semua itu -terpulang pada selera anak-anak. Boleh buat untuk sarapan, minum petang atau makan malam. Kena cuba dulu baru tahu kesedapannya macam mana.

Berikut disertakan resipi Roti Chessy Balut Telur Har Ryea. Mudah dan sedap! Jom kita buatt menu simple ni.

Roti Chessy Balut Telur

Bahan-bahan:

Telur 2 biji
Roti 2 keping

Cheese 2 keping
Sedikit Lada Sulah

Cara membuatnya:

👉🏻Pukul telur dengan sedikit lada sulah.

👉🏻Dadarkan telur dalam kuali leper.
👉🏻Letakkan 2 keping cheese di atas telur dadar.

👉🏻Kemudian letakkan roti di atas cheese tu..

👉🏻Mula lipat telur dadar dr tepi kuali dan tutup roti & cheese.

👉🏻Terbalikkan buat seketika.

👉🏻Siap, dah boleh angkat

👉🏻Potong & makan panas-panas. Sedap sangat!👍🏻

Kredit: Har Ryea

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN