Makanan yang dibuat di rumah sememangnya adalah yang terbaik untuk seisi keluarga. Lebih-lebih lagi air tangan mama untuk anak-anak, mesti cepat je licin makanan yang terhidang.
Untuk sarapan atau minum petang bersama anak-anak dan keluarga, mama boleh cuba buat roti kukus cheese leleh yang sedap ni. Bahan-bahan yang digunakan cukup mudah untuk didapati. Langkah-langkahnya pun simple je.
Yang penting kalau makan mesti semua teruja dan tak cukup satu. Boleh juga dijadikan bekalan buat si kecil yang gemar makan roti bersama kaya dan cheese.
Perkongsian resepi oleh Amin Faiezah ini boleh dicuba, mana tahu jadi menu kegemaran semua. Selamat mencuba!
Bahan-bahan:
*Roti
*Cheese
*Buttercup
*Kaya
Ads
Cara-cara:
belah roti menjadi dua
2. sapukan buttercup dan lapiskan dengan kaya, lepas tu letak cheese atas roti
Ads
3. Kukus dalam 5 minit
Ads
Siap dah boleh makan!
Bak kata Amin Faiezah sedapnya roti kukus cheese leleh ni bila makan memang tak pandang dah orang sebelah. Jadi mama-mama jangan lupa untuk cuba sendiri masakan ini di rumah ya!
Penangan roti yang satu ini sememangnya cukup hebat. Dek kerana keinginan untuk merasa, ada sesetengah daripada kita yang sanggup mencari di kedai yang agak jauh semata-mata untuk menikmati roti viral ini.
Sekali mencuba, pasti antara untuk cuba membuatnya pula. Cara membuatnya yang cukup mudah membuatkan terdetik hati untuk mencuba buat keluarga pula. Pun begitu, proses menguli sememangnya mengambil masa yang agak lama. Jangan bazirkan masa sebaliknya cuba resipi ekpress yang dikongsikan oleh Nor Emiza Suartam ini. Hanya gunakan roti burger dan kemudiannya diolah menjadi Garlic Bread Korean Cheese. Memang superb!
Nak tahu bagaimana caranya, jom ikuti langkah demi langkah yang dikongsikan oleh beliau.
Roti viral…Garlic Bread Korean Cheese. Guna roti burger je senang dan cepat. Yang penting menjadi dan sedap.
Untuk inti krim cheese:
Krim cheese 250gm -biarkan pada suhu bilik
Susu pekat 3 sudu makan
2 sudu makan whipping krim @ susu cair
Sedikit jus lemon @ limau
*Ketiga tiga bahan ni kacau dalam bekas sampai sebati. Bila dah elok sebati dan nampak licin masukkan dalam pipping beg.
Untuk butter garlic:
Butter 250gm -cairkan
7 ulas bawang putih -kisar
1 sudu susu pekat
Telur sebiji
Daun parsley kering
Cairkan butter dalam periuk. Bila dah cair masukkan bawang putih kisar dan susu pekat kemudian kacau. Kemudian ketepikan. Bila dah sejuk baru masukkan telur dan daun parsley. Kacau sebati dan ketepikan.
Proses yg terakhir, masukkan adunan krim cheese tadi dalam roti yang telah dibelah tadi. Kemudian celupkan roti ke dalam bancuhan butter garlic. Celupkan bahagian atas sahaja. Biarkan roti terendam sekejap agar butter dapat meresap dalam roti.
Kemudian boleh la bakar dalam oven ikut kesesuaian suhu oven masing-masing. Saya guna suhu 170 dalam masa 15 minit atau sampai roti tu nampak garing.
Selamat mencuba.
EPISOD 5 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: Little Farm Dekatkan Anak Dengan Alam
Kanak-kanak harus didedahkan dengan alam kerana aktiviti ini akan membuatkan mereka lebih berani. Jika kita tidak mendedahkan mereka dengan alam dari kecil, ia mungkin akan membuatkan anak-anak tidak berani untuk mencuba benda baru.
Saksikan Episod ke 5, Journey Bersama JoviaNina pada 23 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Selain rendang, ketupat dan lemang, sate juga turut digemari untuk dijadikan juadah ketika musim perayaan. Orang kata renyah sikit nak buat sate ni, tapi perkongsian yang dibuat oleh Mufidah Jamil menerusi laman Facebook Makan Apa Hari Ni (MAHN) mudah untuk penggemar sate ikut dan buat sendiri di rumah.
Yang penting boleh makan sampai puas dan cukup untuk seisi keluarga. Selamat mencuba!
“Assalamulaikum dan selamat pagi,sebelum kak pida bergelut di dapur untuk menyiapkan sajian #Sate untuk open house hari selasa ini…kak pida kongsikan resepi sate cara kak pida yg paling simple…Bila buat sendiri memang jimat separuh tau dari kita tempah tetapi agak penat sikit ok boleh tengok langkah-langkah seperti yg kak pida tunjukkan boleh cuba buat sate daripada air tangan sendiri selepas ini apa lagi sekarang musim open house kan…boleh la saji untuk para tetamu atau makan bersama famili nanti
1. Seekor ayam anggaran berat 2 kg.
2. Tips. Boleh guna salah satu atau ketiga-tiga bahan ini untuk mencuci daging ayam bagi hilangkan bau hanyir dan memastikan ayam bersih suci.
3. Kulit ayam yang diasingkan daripada isi ayam…jangan buang tau boleh selitkan bersama isi ayam bila cucuk sate nanti….sedap bila ada rasa lemak-lemak sikit kulit ayam ini boleh direbus untuk melembutkannya bagi senang masa proses menghiris dan cucuk nanti.
4. Ini hasil lepas direbus…toskan
5. Isi ayam yang telah siap dihirisi.
6. Racik halus serai,halia dan lengkuas…anggaran dalam:-
Serai 6batang
Halia 45gm
Lengkuas 45gm
7. Hasil serai, halia dan lengkuas selepas diblander…halus macam ni. Masukkan dalam isi ayam.
8. Gaulkan Gula,serbuk kunyit,garam dan perasa tambahan bersama isi ayam. Anggaran :-
Gula: 2 1/2 @ 3cawan gula ikut tahap kemanisan yg dikehendaki.
Garam 1 sudu kecil kfc.
Perasa tambahan 1 sudu kecil kfc.
Satu senduk serbuk kunyit.
9. Siap segala perapan sate…sedia untuk dicucuk juga boleh dibiarkan semalam sebelum dicucuk untuk mesrakan segala bahan perapan.
Kek antara makanan yang anak-anak suka. Cuma untuk ibu nak buat selalu mungkin ikut mood. Maklumlah bahan nak sediakan tu kena semua cukup dan perlu ambil sedikit masa.
Lagi satu yang menjadi kekangan, bukan semua mempunyai mixer di rumah untuk membuat kek. Ok untuk resipi kali ini, tak perlu nak guna mixer bagai kerana hanya campur je semua, dah siap!
Bagi anda yang nak cuba resipi Kek Pisang Coklat Chip ini, memang ini resipi yang paling mudah dan cepat buat. Anak confirm suka kerana kombinasi coklat chip dan rasa pisang. Sama ada untuk kudapan di rumah atau bawa bekal ke sekolah pun boleh.
Ni resipi yang dikongsikan oleh Ina Abirinmelalui MAHN. Semuanya guna sukatan cawan dan gaul je.
KEK PISANG COKLAT CHIP GEBU TANPA MIXER
BAHAN-BAHAN:
7 atau 8 biji pisang
1 Cawan gula perang
1 Sudu teh esen vanila
2 Biji telur
1 Cawan minyak masak
2 Cawan tepung gandum di ayak/tapis
1 Sudu teh soda bikarbonat di ayak/tapis
1 Sudu teh baking powder di ayak/tapis
Coklat chip secukupnya (ikut tekak sendiri nak banyak mana lagi banyak lagi sedap)
CARA-CARA:
1. Lenyek pisang guna garpu setelah pisang siap di lenyek campurkan sekali minyak masak telur gula perang esen vanila gaul sampai sebati kemudian baru masukkan tepung yang telah di ayak/tapis bersama baking powder dan soda bikarbonat gaul sampai sebati akhir sekali masukkan coklat chip gaul sampai sebati kemudian hias mengikut selera masing masing
2. Alas acuan kek guna baking paper atau pun aluminium foil
3. Panaskan oven selama 10 minit setelah siap di panaskan baru bakar kek pisang guna suhu 200 bersamaan 40 minit api atas bawah.
4. Nak tahu dah masak ke belum cucuk dengan lidi satey kalau lidi nya kering dah masak la keknya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!