top resipi

Rendang merupakan salah satu menu wajib untuk dibuat ketika hari raya. tak kisahlah nak buat rendang apa, rendang daging, rendang ayam malah rendang kerang sekalipun makan dengan ketupat atau nasi impit bersama kuah kacang, memang terangkat rasa dia.

Pejam celik kita dah berpuasa selama 27 hari. Tak lama lagi dah nak raya. Walaupun raya tahun ni mungkin tak sama macam raya tahun sudah sebab ramai yang tak dapat balik ke kampung untuk menyambutnya dengan keluarga tercinta, tapi juadah yang bakal dihidangkan pastinya tetap sama.

Resipi Rendang Kerang Sedap, Makan Time Raya. Cicah Dengan Ketupat, Memang Padu!

Tambah pula beraya dalam musim PKPB ni, tak boleh keluar beraya mesti asyik mengulang sahaja makan apa yang terhidang. Jadi rasanya sambutan raya tetap akan meriah dengan cara kita sendiri.

Resipi Rendang Kerang Sedap, Makan Time Raya. Cicah Dengan Ketupat, Memang Padu!

Resipi wajib cuba: Biskut Raya Paling Mudah, Confirm Jadi. Celup-celup Siap!

Bagi yang tak dapat balik beraya di kampung tu, apa kata gembirakan hati sendiri dengan memasak juadah istimewa untuk hari raya nanti. Kalau rendang daging is to mainstream, apa kata cuba pula buat rendang kerang.

IKLAN

Bahan dan cara penyediaan lebih kurang sahaja dengan rendang ayam atau daging. Namun yang pasti bila makan dengan ketupat atau nasi impit, rasa padu dia tak boleh nak cakap dah.

Resipi Rendang Kerang Sedap, Makan Time Raya. Cicah Dengan Ketupat, Memang Padu!

Kalau ada yang teringin boleh buat guna resipi dari Wani Sulinan ni. Katanya kalau makan dengan ketupat yang direlai-relai memang sedap!

Kami ni raya makan ketupat buat mcm nasi, relai2 ketupat tu makan dgn rendang kerang ni. Sedap!

IKLAN

Bahan-bahan:

Kerang 2kilo (rebus dan kopek kulitnya)
2biji kecik bwg merah
3 ulas bwg putih
2 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup
5 btg serai
(blend smua bahan di atas)
Cili boh 2 sudu besar
Serbuk kari 1sudu besar
Kerisik 1 sudu besar
Santan
Asam keping sekeping je
Daun kunyit

Resipi Rendang Kerang Sedap, Makan Time Raya. Cicah Dengan Ketupat, Memang Padu!

IKLAN

Caranya:-

1) tumis bahan blend sehingga air kering letak satu batang serai ketuk
2) masukkan cili boh masak sehingga pecah minyak
3) masukkn serbuk kari masak sehingga pecah minyak
4) masukkan kerang,santan, Asam keping garam gula
5) last masukkan kerisik dan daun kunyit bila air dah mula kering skit

Siap!!

Resipi Rendang Kerang Sedap, Makan Time Raya. Cicah Dengan Ketupat, Memang Padu!

Kredit resepi: Wani Sulinan

Resipi wajib cuba: Tak Perlu Oven, Tak Payah Bakar, Biskut Makmur Simple Tapi Super Sedap, Guna Sukatan Cawan Je!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI