Roti Nan Homemade Gebu Gebas Ala Restoran Mamak, Senang Sangat Nak Buat

Share

Roti Nan Homemade Gebu Gebas Ala Restoran Mamak, Senang Sangat Nak Buat

Roti Nan antara menu roti yang sering menjadi pilihan ramai ketika makan di restoran mamak. Enak dimakan bersama kuah kari, roti nan juga selalunya dimakan bersama ayam tandoori.

Selama ini ramai yang ingatkan susah nak buat roti nan sedap macam dekat kedai, rupanya mudah sahaja. Kalau makan panas-panas memang terbaik. Jika anda dan keluarga sukakan hidangan ini, bolehlah cuba buat sendiri secara homemade guna resipi perkongsian Nor Aini Abd Rahman ini.

RESIPI ROTI NAN

Bahan-bahan:

2 cawan tepung high protein
1/2 cawan air masak
1 sudu kecil yis
1 sudu besar gula

Cara membuat:

1. Uli semua bahan sehingga membentuk doh tak lekat di tangan, rehatkan 1 jam bagi doh kembang.

2. Bahagikan kepada 3 bahagian, bulatkan doh dan leperkan dengan rolling pin.

3. Bakar atas kuali 5-6 minit sehingga kedua-dua belah keperangan dan angkat.

Anak-anak mesti suka makan terutama ketika dihidangkan panas-panas. Memang terbaik!

Kredit: Nor Aini Abd Rahman

IKLAN