Siapa suka roti sardin? Kalau dapat beli yang garing luar gebu kat dalam nikmat betul. Tapi kadang beli roti ni inti sardinnya tak banyak tapi bawang yang lebih.

Jika nak bagi puas hati, buat sendiri je. Anda boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Azlina Ina ini. Memang mudah dan sedap. Siap bagi petua lagi nak buat celupan telur yang ranggup.

Roti Sardin Celup Telur, Garing Luar & Dalamnya Gebu. Guna 2 Jenis Tepung Ni Baru Jadi!

Bahan-bahan:

Roti 1 buku
Telur 5 biji
Sardin tin 1 tong
3 sb tepung gandum cap ros+ 1 sb tepung beras bancuh dgn sikit air panas

Cara-cara:

Roti Sardin Celup Telur, Garing Luar & Dalamnya Gebu. Guna 2 Jenis Tepung Ni Baru Jadi!

IKLAN

Buat inti dulu

Mak buang sikit kuah sardin tu kalau tak nanti serap kat roti kita.
– Bawang merah dan putih hiris je 2 ulas
– 2 sb cili kering kalau nak guna cili padi boleh hiris atau tumbuk mana-mana ikut kepedasan anda nak

Roti Sardin Celup Telur, Garing Luar & Dalamnya Gebu. Guna 2 Jenis Tepung Ni Baru Jadi!
– tumis sampai layu guna minyak sikit je ya
– sementara tu boleh penyek-penyekkan dengan garfu sardin tadi
– dah layu masukkan cili blend dan biar sampai naik minyak masukkan sardin, gaul rata.
– kalau suka lebih bawang boleh letak kalau nak letak kentang, goreng kentang yang dah di potong dadu masukkan
– mak tambah sikit air asam jawa
-kacau-kacau tambah garam dan perasa siap.

Campuran tepung untuk salut

– 5 biji telur pecahkan tadi
– Campurkan dengan campuran tepung telur tadi
– Tambahkan sikit garam dan serbuk kunyit. Jika tak nak letak serbuk kunyit pun ok je.
– Panaskan minyak

IKLAN

Roti Sardin Celup Telur, Garing Luar & Dalamnya Gebu. Guna 2 Jenis Tepung Ni Baru Jadi!– Roti tadi isikan sardin tengah-tengah ya nak gulung boleh nak lipatkan roti boleh nak lipat pas tu nak potong dua pun boleh

Roti Sardin Celup Telur, Garing Luar & Dalamnya Gebu. Guna 2 Jenis Tepung Ni Baru Jadi!– Celup dekat telur tadi dan goreng sampai garing

Roti Sardin Celup Telur, Garing Luar & Dalamnya Gebu. Guna 2 Jenis Tepung Ni Baru Jadi!– Ahhh makan gitu sedap nak cicah sos pun mabeles

Kredit: Azlina Ina Fans

IKLAN

Mama jom rileks jap, klik link ni!

Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.

Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.

Roti Sardin Celup Telur, Garing Luar & Dalamnya Gebu. Guna 2 Jenis Tepung Ni Baru Jadi!

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI