Cara kita mendidik anak-anak sememangnya berbeza-beza. Ada yang gemar bersukan di waktu pagi namun ada pula yang memilih waktu petang untuk beriadah bersama anak-anak. Semuanya bergantung kepada keadaan dan situasi anak-anak.
Namun memilih waktu pagi, sebaik lepas subuh pastinya yang terbaik buat anak-anak kita menyedut udara sihat. Ini yang dikongsikan oleh saudara, Mohd Yazid Ismail yang gemar berkongsi pelbagai kisah kehidupan dan tip keibubapaan.
Bagi dirinya, waktu pagi iaitu selepas subuh adalah waktu terbaik untuk anak-anak menikmati kehidupan mereka dan inilah yang dilakukan olehnya bersama keluarga. Wajar kita contohi.
Di rumah kami, tidur selepas subuh adalah satu kesalahan. Anak-anak pada hari cuti sekolah biasanya pergi main di taman menikmati zat matahari pagi.
Walaupun saya tak pernah kerja makan gaji, tak ada boss dan tak perlu pergi ofis, setiap hari macam hari cuti, tapi saya tak benarkan diri sendiri tidur selepas subuh.
Ads
Alhamdulillah hidup tenang, sihat mental dan fizikal.
Tip paling utama untuk tidak tidur pagi ialah tidur awal pada malam hari. Jam 10.30 malam anak-anak mesti dah tidur.
Ads
Orang yang tidur pagi badan akan jadi lesu, otak blur, nafas berbau, muka kusam. Sangat rugi. Nak hidup bahagia janganlah tidur pagi.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Kenapa anak saya tidak seperti anak dia?” Hari-hari anda ‘follow’ perkembangan anak comel itu di Instagram.
“Oh comelnya. Nak anak macam ni jugak nanti” – komen anda di Instagram tersebut.
Anda ‘tag’ pasangan anda.
Satu lagi komen di Instagram anak comel itu, “Nanti kita buat macam ini jugak dengan anak kita Ayang.”
Gambar Hiasan
Komen lagi “Semoga anak saya jadi macam ini. Amin.”
Komen lagi “Baiknya dia. Untungla ada anak macam ini.”
Komen dan pujian macam ni antara yang biasa kita cakap dan tulis tetapi tahu tak sebenarnya setiap ibu bapa tu ada cabarannya membesarkan anak. Ikuti perkongsian lebih lanjut lagi oleh Puan Noor Afidah Abu Bakar, Parent Connect Consultancy.
Saya kira banyak juga ‘komen’ yang tidak ditulis di Instagram itu. Komen yang hanya disimpan di dalam hati.
Boleh dikatakan semua ibubapa berdoa dan menaruh harapan untuk mempunyai anak yang ‘perfect’ seperti yang dilihat di media sosial.
Apa yang kita tidak nampak dan tidak diberitahu adalah cabaran ayah dan ibu anak tersebut dalam membesarkan anak itu, sepertimana ayah dan ibu yang lain membesarkan anak mereka. Sepertimana kita juga.
Bolehkah anak kita menjadi seperti anak orang lain? Insya Allah boleh. Kita doakan. Tetapi bukanlah 100%.
Anak-anak dilahirkan dengan pembawaan yang unik. Jika anda mempunyai anak lebih dari seorang anda akan faham pembawaan ini. Anak comel dan baik yang anda lihat di Instagram itu juga mempunyai pembawaannya yang tersendiri yang mungkin berbeza dari anak anda.
APAKAH PEMBAWAAN (TEMPERAMENT)?
Pembawaan adalah kecenderungan semulajadi anak-anak. Ia merupakan cara anak bertindakbalas terhadap apa yang berlaku di persekitaran anak. Jika anda melihat anak di Instagram itu tenang dan ‘cool’ saja apabila tidak diberikan apa yang dia mahu, anak anda yang mudah mengamuk itu berkemungkinan besar mempunyai pembawaan yang berbeza.
Jika pembawaan berbeza, kaedah yang perlu kita gunakan untuk mendidik dan membentuk anak kita juga berbeza dari anak comel di Instagram itu.
Terdapat 3 pembawaan asas:
1) Pembawaan mudah (Easy temperament)
Anak dalam kategori ini tidak banyak kerenah. Merengek pun sekejap saja dan mudah dipujuk. Anak sentiasa kelihatan tenang dan gembira. Anak ini tidak mudah terganggu dengan bunyi bising, mudah menyesuaikan diri dengan tempat baru dan cepat berkawan.
2) Pembawaan lambat hingga sederhana (Slow to warm up)
Anak dalam kategori ini mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan tempat baru dan orang baru. Mereka selalu dilabel sebagai ‘pemalu’. Apabila berhadapan dengan situasi baru, mereka akan menyisihkan diri dan memerhati terlebih dahulu.
3) Pembawaan sukar (Feisty)
Biasanya anak dalam kategori ini adalah seorang yang cerewet, lasak dan kadangkala agresif. Anak menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan perubahan dan mudah terganggu atau tercuit oleh orang lain. Anak ini mengambil masa untuk ditenteramkan.
Walau bagaimanapun 35% kanak-kanak didapati mempunyai pembawaan bercampur dan tidak tergolong dalam satu kategori tertentu.
Tidak ada pembawaan yang tidak baik. Semuanya dijadikan Allah baik, lahir seumpama kain putih walaupun pembawaan berbeza-beza.
Sebagai ibu bapa, kita perlu faham pembawaan individu anak-anak kerana kita perlu mencari kaedah yang bersesuaian dengan pembawaannya (goodness of fit) untuk membimbing anak-anak.
Kata-kata seperti “Oh anak saya memang macam tu, suka melompat-lompat atas sofa sebab dia mempunyai pembawaan sukar. Saya kena faham dan sokong” adalah salah sama sekali. Jangan dijadikan sebagai alasan. Walaupun anak mempunyai pembawaan sukar, kita boleh menyalurkan tenaganya ke arah yang baik. Sediakan persekitaran yang sesuai untuk anak melompat-lompat. Mana tahu satu hari nanti dia menjadi jaguh acara lompat galah Sukan Olimpik.
Jika kita adalah seorang ayah atau ibu yang ekstrovert yakni suka dan senang bergaul dengan orang lain, anak yang mempunyai pembawaan lambat hingga sederhana mungkin memberi tekanan kepada kita.
“Kenapalah anak saya ini anti sosial sangat? Budak-budak lain senang saja bermain, berkawan. Dia terperok sorang-sorang di sudut itu saja.”
Kesesuaian antara pembawaan atau personaliti kita dan anak kita juga perlu dicari. Kita tidak boleh memaksa anak menjadi seperti kita jika pembawaan anak adalah berbeza.
Kita mungkin biasa mendengar ibubapa kita sendiri atau orang tua berkata, “Lain betul perangai anak kamu dengan kamu.”
Itu biasa. Walau bagaimanapun kita perlu membimbing anak supaya dia dapat membina akhlak, adab dan skil-skil penting dalam hidup tidak kira apa saja pembawaannya.
Kita tidak boleh menekan anak untuk menjadi seperti anak yang kita lihat di Instagram itu. Kadang-kadang teknik yang sama belum tentu membuahkan hasil yang sama. Fahami pembawaan anak dan cari kesesuaian antara anak dengan persekitaran dan anak dengan kita juga.
Banyak konflik berlaku antara ibubapa dan anak remaja kerana tidak dicari kesesuaian pembawaan.
Apakah pembawaan anak anda? Adakah pembawaan anak sama dengan pembawaan anda?
Kredit: Noor Afidah Abu Bakar Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK).
Jom join Pa&Ma Gala Moms Reunion bersama selebriti yang juga penerima Anugerah Pa&Ma Gala Moms dan pakar pilihan dengan topik menarik untuk anda. Penyertaan adalah percuma dan terhad 50 orang. Boleh klik sini untuk pendaftaran https://toko.ideaktiv.com/product/pama-gala-moms-reunion/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tali pusat atau umbilical cord adalah struktur penting yang menghubungkan antara bayi dalam kandungan dengan ibunya. Bayi dalam rahim akan menerima nutrien dan oksigen melalui uri yang terlekat pada dinding dalam rahim. Uri disambungkan kepada bayi melalui tali pusat.
Bila bayi sudah lahir, tali pusatnya akan dipotong dan ia bermaksud penggantungan terhadap tali pusat dan uri untuk bayi mendapat nutrien dan oksigen telah terhenti. Namun pemotongan tali pusat bayi sebaik dilahirkan tidak boleh dilakukkan sebarangan oleh sesiapa sahaja. Ia mestilah mengikut cara yang betul kerana jika tidak ia boleh menyebabkan pendarahan pada bayi.
Biasanya tali pusat yang panjang akan dipotong dan ditinggalkan sedikit baki yang dinamakan umbilical stump sepanjang 2-3 cm. Biasanya baki tali pusat yang akan gugur dalam tempoh masa tak lebih seminggu ini akan disimpan mengikut kepercayaan adat orang Melayu.
Kononya dikatakan tali pusat tersebut akan disimpan elok-elok di dalam satu uncang dan dikumpulkan dengan kesemua baki tali pusat adik-beradik yang lain bertujuan untuk elakkan bergaduh ataupun jika anak sakit yang sukar sembuh boleh direndam tali pusat tersebut dan bagi minum.
Namun, menurut hukum Islam menyimpan tali pusat adalah harus sekiranya tujuan menyimpannya tiada kena-mengena dengan amalan orang Melayu lama. Sebaliknya, disunatkan menanam tali pusat yang gugur di tempat yang baik, jauh dari gangguan binatang buas. Cara menanamnya pula tidaklah seperti menanam uri kerana tali pusat sudah pun kering maka boleh ditanam begitu sahaja asalkan tempatnya baik dan tiada gangguan binatang buas.
Menurut Ustaz Azhar Idrus seperti ceramah dalam video berikut, kebanyakan daripada ulamak mengatakan tidak dibolehkan menyimpan tali pusat bayi. Walaupun ada sesetengah daripada ulamak mengatakan boleh dan makruh hukumnya disimpan tali pusat tanpa ditanam. Sebaliknya sunat ditanam. Ini kerana menurut ulama, tali pusat adalah sebahagian daripada anggota badan manusia yang patut dihormati.
Jika selama ini kita percaya kepada amalan yang khurafat dan boleh menjejaskan aqidah kita sebagai umat Islam maka wajarlah kita perbetulkan dan tidak melakukannya lagi. Sebaiknya kita rujuk dahulu kepada mereka yang pakar dalam bab hukum hakam Islam sebelum mempercayai bulat-bulat adat dan kepercayaan orang-orang lama.
Usaha dan inisiatif yang dilakukan oleh seorang ibu, Ujie Ibrahim yang berkongsi status mengenai hukum menyimpan tali pusat dan mengumpul beberapa komen daripada masyarakat melalui media sosial serta rujukan video daripada Ustaz Azhar Idrus wajar diberikan pujian.
Sekurang-kurangnya perkongsian beliau yang tular ini memberi manfaat kepada semua ibu bapa.
HUKUM SIMPAN TALI PUSAT
Mak tertarik dengan isu yang diutarakan di page ibu2 ini. Terlalu di wall mak. Allahu mak pun simpan tali pusat anak2 mak!!!
Tak pernah terpikir pun selama ni nak cari artikel ker, ceramah berkaitan atau cari isu ni kat youtube. Sebab rasa ok jelah kan nak simpan sebagai kenangan.
So bagus juga ada page yang utarakan soalan2 begini. Bukannya membawang tak tentu hala.
Sama2 kita share pengetahuan dan baiki kekhilafan kita.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Biasanya bila anak mengamuk, buat itu tak kena, ini tak kena ibu ayah kena tahu apa puncanya. Elak sesekali menyalahkan anak sebab asyik nak buat perangai. Sebaliknya sama-sama selesaikan masalah itu.
Jika diikutkan mudah untuk nak lembutkan hati anak. Hanya melalui kata-kata dah boleh meresap ke jiwa mereka. Tak perlulah nak menghukum mereka setiap masa.
Perkongsian dari Puan Norlina Ali mengenai cara dia ambil hati anaknya yang mula marah dan memberontak boleh diamalkan oleh semua ibu bapa.
Bila anak-anak mula marah dan memberontak, itu tandanya kita kurang duduk bersama dengan mereka.
Tip untuk kurangkan tantrum anak-anak:
Selawat sebanyak yang mungkin. Hembuskan pada ubun-ubun anak
Peluk dan cium dahi anak sambil gunakan ayat untuk melunturkan hati mereka. “Ummi sayang Abang, Ummi sayang Abang kerana Allah “
Tanya soalan wajib “Kenapa Abang marah ?”
Dengar penjelasan dengan baik, cuba atasi dengan baik ( jadi lah pendengar setia)
Insyaallah proses ini sangat membantu untuk tenangkan anak-anak.
Selamat mencuba semoga ilmu ini menyenangkan serba sedikit ibu ayah diluar sana
Kaedah ini sesuai untuk anak-anak dari usia 3 bulan sehingga anak-anak remaja.
Ibu manalah yang tak risaukan anaknya bila anak sering sakit-sakit, batuk dan selesema. Kadang-kadang sampai setiap bulan. Sebenarnya bila anak selalu sangat demam dan selesema, imuniti badan anak sebenarnya tidak cukup kuat untuk melawan penyakit. Ni mama dan papa kenalah ambil tahu.