Mengasingkan tempat tidur anak memang sukar. Apatah lagi bila rumah tidak punya lebihan bilik yang sesuai untuk anak. Sudahnya anak terpaksa tidur bersama mak ayah. Jangan dibiarkan kerana aurat mak ayah perlu dijaga sebaiknya.

Bilik tak cukup? Apa mak ayah nak buat? Perkongsian tip oleh Penulis Keibubapaan, Pn Wan Nur Syakira ini mak ayah kena aplikasikan. Ada banyak tip yang mak ayah boleh cuba lakukan.

Rumah Tak Ada Banyak Bilik, Macam Mana Nak Asingkan Tempat Tidur Anak, Ini Tipnya!


Ada ibu yang bertanya seandainya mereka suami isteri masih tak mampu asingkan tempat tidur anak kerana ada dua bilik. Satu bilik tidur, satu stor. Apa yang beliau boleh buat?

Jadi panduannya,

1️. Asingkan tilam antara ibu bapa dan anak-anak. Bilik sama, tetapi compartment berbeza. Jika anak berbeza jantina, usahakan asingkan juga di dalam bilik yang sama.

2️. Anak-anak pula, seorang satu selimut. Usah biasakan tidur satu selimut.

3️. Jika anak ada di dalam bilik, jangan lah tukar baju di hadapan mereka. Minta mereka keluar dahulu atau tukar baju di bilik air. Keluar dengan sudah berpakaian lengkap. Berhati-hati dengan aurat ibu ayah dengan anak-anak.

Rumah Tak Ada Banyak Bilik, Macam Mana Nak Asingkan Tempat Tidur Anak, Ini Tipnya!

IKLAN

4️. Berjaga-jaga dengan sentuhan suami isteri, jika anak ada, jangan dipaparkan sentuhan yang menjurus kepada keintiman seksual.

Begitu juga perbuatan ibu ayah mandi bersama, jangan biar diketahui anak-anak. Jika anak tiada dalam bilik, boleh lah buat apa saja.

5️. Ibu ayah dan anak-anak kena amalkan ketuk pintu sebelum masuk. Jangan terjah, kerana semua berkongsi bilik yang sama untuk segala urusan peribadi.

6️. Jangan sesekali melakukan hubungan suami isteri di hadapan anak-anak meskipun mereka tidur dan sebenarnya tiada sesiapa boleh melihat atau mendengar hubungan kelamin suami isteri dilakukan, ianya aurat yang perlu disembunyikan rapi.

Lakukanlah ketika mereka tiada. Sebenarnya, anak dah pandai pura-pura tidur seawal umur 4 tahun, apatah lagi yang berada di sekolah rendah. Panduan ini terpakai selagi mana kita terpaksa berkongsi bilik tidur dengan anak.

IKLAN

7️. Andai ada ruang untuk kosongkan stor untuk jadikan bilik, saya amat galakkan begitu. Jadi, anak boleh diasingkan bilik.

Rumah Tak Ada Banyak Bilik, Macam Mana Nak Asingkan Tempat Tidur Anak, Ini Tipnya!

Seorang sahabat Facebook saya pernah kongsikan dia lakukan begini untuk anak-anaknya. Beliau kosongkan stor dan dia dan suaminya tidur di stor dan anaknya di bilik satu lagi. Terpulang, boleh juga digunakan pendekatan beliau ini.

✅ Disarankan paling kurang, setiap rumah ada 3 bilik. Satu bilik ibu bapa, satu bilik untuk adik beradik lelaki, satu bilik untuk adik beradik perempuan.

✅ Andai ada 2 bilik, satu bilik untuk ibu ayah dan satu bilik lagi untuk adik beradik perempuan. Adik beradik lelaki mungkin tidur di ruang lain, ruang tamu sebagai contoh.

IKLAN

Saya titipkan doa agar diberikan ibu tadi rezeki untuk hidup berbahagia dan lebih terjaga di rumah sendiri. Minta doakan puan ini juga ya. 😊

Rumah Tak Ada Banyak Bilik, Macam Mana Nak Asingkan Tempat Tidur Anak, Ini Tipnya!

Rasa tersentak dan terpempan saya bila Allah datangkan peringatan untuk bersyukur rumah saya ada lebih dari satu bilik.

Saya pun dalam proses latihan asingkan tempat tidur untuk anak sulung. Memang bukan mudah proses ini, tetapi sesukar-sukar saya , anak saya punya bilik sendiri. Tidak seperti mereka.

Moga Allah limpah rezeki pada mereka. Amin ya Rab.

Menarik: “Ikut Muka Mommy, Sebiji Sama”, CP Juliana Evans Kongsi Wajah Anak Kedua, Comelnya!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI