Pa&Ma kini berada di dalam aplikasi   
Pa&Ma kini berada di dalam aplikasi   
Home Berita Mohon Rebat 50% Carseat Sekarang! 1 April Boleh Semak & Beli Di...

Mohon Rebat 50% Carseat Sekarang! 1 April Boleh Semak & Beli Di Kedai Terpilih

Sejak kerajaan mewajibkan penggunaan child restraint system (crs) atau carseat, ramai ibu bapa mengeluh kerana tidak mampu membeli carseat walaupun ingin sangat anak mereka selamat di dalam kereta.Mohon Rebat 50% Carseat Sekarang! 1 April Boleh Semak & Beli Di Kedai Terpilih

Baru-baru ini kerajaan menawarkan subsidi sehingga 50% bagi keluarga B40 dengan peruntukan sebanyak RM30 juta yang dilancarkan pada bajet 2022.

Maknanya jika ibu bapa membeli carseat bernilai RM300 ke bawah, akan mendapat subsidi 50% dan jika harga carseat melebihi RM300 maksima subsidi diterima ialah RM150.

Mohon Rebat 50% Carseat Sekarang! 1 April Boleh Semak & Beli Di Kedai Terpilih

Bagi orang lain mungkin sikit RM150, tapi nilai ini dah sangat berbaloi bagi ibu bapa yang betul-betul ingin anak mereka selamat.

Terlalu banyak kisah bayi tercampak namun ibu bapa selamat apabila kemalangan. Kerusi kereta tidak direka untuk bayi tapi orang dewasa. Sebab itu bayi dan kanak kanak perlu CRS.

Mohon Rebat 50% Carseat Sekarang! 1 April Boleh Semak & Beli Di Kedai Terpilih

1 keluarga layak 1 carseat namun mereka yang layak tetap perlu memohon di website www.mycrs.gov.my bermula Mac. Kemudian, boleh menyemak samada mereka mendapat subsidi atau tidak bermula 1 April 2022.

IKLAN

Apabila dah ada nama dan layak dapat subsidi, boleh pergi ke kedai terpilih yang diluluskan MIROS.

Mohon Rebat 50% Carseat Sekarang! 1 April Boleh Semak & Beli Di Kedai Terpilih

MIROS akan luluskan kedai yang mempunyai penjual terlatih dengan Child Occupant Safety Advisor atau COSA. Ini bagi memastikan pembeli diajar cara yang betul untuk pasang carseat di kereta.

Alhamdulilah, kesemua 13 cawangan Butik Tateh mempunyai 16 orang team yang telah menghadiri latihan COSA oleh MIROS sejak tahun lepas.

Misi kami memperjuangkan keselamatan kanak kanak dan mengajar betul cara guna carseat lebih mudah dengan adanya subsidi ini.

IKLAN

Mohon Rebat 50% Carseat Sekarang! 1 April Boleh Semak & Beli Di Kedai Terpilih

Saranan kami semoga ibu bapa boleh mula menabung sekurangnya RM150 bagi membolehkan membeli carseat 1 April nanti.

Semoga subsidi ini mendapat sambutan dan kerajaan menyambung lagi setelah habis RM30juta ini.

#sayanganakpakaicarseat
#carseatattateh

IKLAN

Kredit: Puan Wana Abas

Mohon Rebat 50% Carseat Sekarang! 1 April Boleh Semak & Beli Di Kedai Terpilih

Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.

Nak tahu rahsia sediakan hidangan enak yang buat anak berselera makan? Jom, sertai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat di https://toko.ideaktiv.com/product/e-workshop-kelas-penyediaan-makanan-anak-sedap-sihat-selamat/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI