Jodoh dan perpisahan adalah ketentuan Ilahi. Pada hari ini, 24 Mac 2025, aktor dan pengarah Farid Kamil Zahari akhirnya bersetuju melepaskan isterinya, Diana Danielle. Mereka sah bercerai dengan talak satu buat kali kedua.
Selepas prosiding di mahkamah, kedua-duanya dilihat berjalan beriringan keluar dari dewan perbicaraan pada jam 10.50 pagi, menandakan berakhirnya episod rumah tangga mereka secara rasmi.
Lafaz cerai itu telah dilakukan Farid atau Farid Kamil Zahari, 43, terhadap Diana di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Kamaruddin.
Ads
Terdahulu, menurut laporan, aktres dan penyanyi, Diana Danielle sebelum ini berharap kes penceraian kali kedua dengan pelakon serta pengarah, Farid Kamil dapat diselesaikan secepat mungkin. Hal ini kerana, Diana sendiri mengatakan dia tetap mahu dilepaskan dari perkahwinan tersebut.
“Saya harap cepatlah selesai, banyak kali turun naik mahkamah, perkara sama juga.
Ads
“Pada akhirnya, saya tetap mahu dilepaskan. Harap dia memahaminya akhirnya…” ujar Diana di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, Jalan Duta, pada pagi Isnin hari ini.
Ads
Pasangan Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012, dan hasil perkongsian hidup selama 13 tahun itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata.
Sumber: Sinar Harian & Kosmo
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sejak akhir-akhir ini, cuaca panas melampau melanda kebanyakan kawasan di negara kita. Situasi ini menuntut perhatian serius terutamanya daripada ibu bapa, lebih-lebih lagi menjelang musim aktiviti luar sekolah seperti rentas desa. Amaran panas MetMalaysia bukan sekadar peringatan biasa, tetapi satu isyarat penting berkaitan keselamatan dan kesihatan anak-anak.
Cuaca panas bukan sahaja menyebabkan ketidakselesaan, malah boleh membawa risiko kesihatan yang serius jika langkah pencegahan tidak diambil lebih awal. Aktiviti fizikal di bawah terik matahari boleh menyebabkan anak cepat letih, kehilangan fokus dan terdedah kepada masalah kesihatan.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan cuaca panas dan kurang hujan berlaku di kebanyakan kawasan seluruh negara, terutama di utara Semenanjung sehingga 25 Januari 2026.
Ketua Pengarah MetMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, berdasarkan analisis model-model ramalan cuaca, suhu maksimum di sesetengah kawasan dijangka boleh mencecah 34 darjah Celcius dalam tempoh berkenaan.
Bagaimanapun, Dr. Mohd. Hisham Mohd. Anip berkata, bagaimanapun, ribut petir berserta angin kencang untuk tempoh yang singkat masih berpotensi berlaku terutama di barat Semenanjung pada lewat petang dan awal malam.
Dr. Hisham menasihatkan orang ramai supaya sentiasa merujuk maklumat terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, media sosial sahih, atau aplikasi myCuaca bagi mendapatkan ramalan cuaca yang tepat.
“Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Amaran panas MetMalaysia perlu dipandang serius kerana cuaca panas melampau boleh memberi kesan langsung kepada kesihatan kanak-kanak, terutamanya ketika melakukan aktiviti luar seperti sukan dan rentas desa.
Kehilangan air badan melalui peluh yang berlebihan boleh menyebabkan anak cepat letih, pening, bibir kering dan kurang tenaga. Jika tidak dirawat, dehidrasi boleh menjadi lebih serius.
Pendedahan terlalu lama kepada cuaca panas boleh meningkatkan suhu badan secara mendadak. Risiko pengsan, sawan dan komplikasi serius boleh berlaku jika tidak ditangani segera.
Cuaca panas boleh menyebabkan anak berasa lesu, sakit kepala, loya dan muntah, sekali gus menjejaskan keupayaan mereka untuk belajar atau bersukan.
Kulit kanak-kanak lebih sensitif dan mudah melecur jika terdedah lama kepada cahaya matahari tanpa perlindungan yang mencukupi.
Cuaca panas melampau menyebabkan anak cepat penat, hilang tumpuan dan berisiko mengalami kecederaan semasa aktiviti fizikal.
Bagi mengurangkan risiko, ibu bapa digalakkan mengambil langkah awal selaras dengan amaran panas MetMalaysia bagi memastikan keselamatan anak-anak.
Galakkan anak minum air dengan kerap walaupun tidak merasa dahaga. Pastikan mereka membawa botol air ke sekolah atau semasa aktiviti luar.
Gunakan pakaian yang ringan, longgar dan berwarna cerah bagi membantu mengurangkan penyerapan haba dan meningkatkan keselesaan.
Jika aktiviti tidak dapat dielakkan, pastikan anak menggunakan topi, sunblock dan berehat di kawasan teduh secara berkala.
Buah-buahan tinggi kandungan air dan snek ringan membantu mengekalkan tenaga dan hidrasi anak sepanjang hari.
Ibu bapa perlu peka terhadap tanda dehidrasi dan haba melampau seperti cepat letih, pening, kurang kencing atau perubahan tingkah laku. Ambil tindakan segera jika simptom ini muncul.
Dengan persediaan rapi dan kesedaran awal, amaran panas MetMalaysia dapat dijadikan panduan untuk melindungi kesihatan anak-anak. Perancangan awal dan pemantauan berterusan membolehkan aktiviti luar seperti rentas desa dijalankan dengan lebih selamat walaupun dalam cuaca panas.
Berita sedih pada hari Jumaat. Akiko Okumura, isteri kepada usahawan dan pempengaruh media sosial, Ridzuan Ridzokumura, telah kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat.
Berita duka itu disahkan sendiri oleh Ridzuan atau nama sebenarnya Abd Ridzuan Abdul Mutalib, 50, menerusi satu hantaran di Instagram miliknya.
Dalam perkongsian tersebut, Ridzuan memaklumkan bahawa isterinya telah pergi buat selama-lamanya, meninggalkan dia dan anak lelaki mereka, Sky Taizo Okumura.
Bagaimanapun, punca pemergian Akiko tidak dinyatakan.Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian ramai yang mengucapkan takziah dan mendoakan agar Ridzuan serta anaknya diberi kekuatan menghadapi kehilangan insan tersayang.
Untuk rekod, Ridzuan mendirikan rumah tangga dengan Akiko yang juga merupakan seorang wanita asal Jepun pada Februari 2009.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Sky Taizo Okumura yang kini berusia 13 tahun.
“Saya Besarkan Tiga Anak Istimewa, Ini Hadiah Terindah”, ibu pelajar autistik
Setiap anak adalah anugerah, setiap kejayaan mereka adalah hadiah paling berharga buat seorang ibu. Itulah yang dirasai oleh Puan Norlaila Ismail, 54, apabila anak istimewanya, Alam Haikal Jansari Anuar, 20, berjaya membuktikan tiada yang mustahil apabila memperoleh keputusan cemerlang Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00 dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2024.
Dalam usia muda, Alam Haikal sudah membiasakan dirinya dengan rutin bangun seawal 3 pagi untuk solat tahajud, membaca al-Quran dan mengulang kaji pelajaran. Tidak cukup dengan itu, setiap petang, dia meluangkan masa selama tiga jam lagi untuk mengulangkaji, menjadikan keseluruhan enam jam sehari demi mencapai impian.
“Saya sentiasa pegang pada prinsip, kalau nak berjaya, kita kena usaha lebih. Setiap pagi saya solat tahajud, lepas tu saya baca al-Quran, itu yang beri kekuatan dan ketenangan untuk belajar,” katanya sambil tersenyum.
Walaupun disahkan sebagai anak autisme sejak kecil, Alam Haikal tidak pernah menjadikan kekurangan dirinya sebagai alasan untuk tidak berusaha. Sebaliknya, dia terus bersemangat mengejar cita-cita untuk menjadi seorang guru, demi mengubah nasib keluarga.
“Dulu saya takut, saya fikir saya tak boleh macam orang lain. Tapi ibu selalu kata, ‘Allah bagi kelebihan pada setiap orang, Haikal kena percaya diri sendiri.’ Dari situ saya kuatkan semangat,” luahnya penuh makna.
Bagi Puan Norlaila, kejayaan Alam Haikal adalah sesuatu yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Membesarkan tiga anak orang kurang upaya (OKU) dalam satu keluarga bukan sesuatu yang mudah, namun dia tidak pernah putus harapan.
“Saya besarkan tiga anak OKU, saya tahu cabaran tu besar. Tapi saya percaya, setiap anak ada keistimewaan. Saya selalu doa, Ya Allah, tunjukkan jalan untuk anak-anak saya. Bila Alam berjaya, saya rasa ini hadiah paling besar dari Allah,” katanya sebak.
Doa, Usaha & Kepercayaan: Kunci Kejayaan Anak Istimewa
Kisah kejayaan Alam Haikal membuktikan, dengan doa, usaha yang berterusan dan kepercayaan ibu bapa, anak-anak istimewa juga mampu mencipta kejayaan luar biasa.
Kini, Alam Haikal bakal melanjutkan pelajaran ke menara gading, menjadi kebanggaan keluarga dan sumber inspirasi kepada anak-anak autisme seluruh negara.
“Saya nak jadi guru, bantu orang lain, dan buktikan anak autisme boleh berjaya,” katanya menutup bicara penuh semangat.
Semoga kisah ini membuka mata masyarakat dan menjadi suntikan semangat kepada semua ibu bapa yang membesarkan anak-anak istimewa. Percayalah, setiap ujian yang hadir pasti terselit hikmah, dan kejayaan anak adalah hadiah paling manis buat ibu bapa yang tidak pernah putus asa.