Awal perkahwinan semuanya indah. Namun selepas beberapa bulan atau masuk setahun perkahwinan, rumah tangga yang dibina itu makin hilang serinya. Kenapa keadaan ini berlaku?

Rumah Tangga Hilang Serinya Sebab Handphone

Semakin jauh hubungan dalam rumah tangga bukan sebab perempuan ketiga tetapi sebab handphone. Nauzubillah.

Tetapi realitinya itulah, demi sesuap nasi katanya. Maka kena pegang handphone 24 jam. Anak-anak pun tengok dan kesannya boleh mak ayah teka tak?

Rumah Tangga Hilang Serinya Sebab Handphone. Sayang Pasangan Jagalah Hatinya

Dalam situasi ini pasangan suami isteri kena faham dan tahu setakat mana penggunaan handphone bila di rumah terutamanya bila dengan pasangan dan anak-anak.

Perkongsian dari saudara Firdaus Shakirin sangat tepat dan sama-samalah kita fikir dan renungkan kejap.

Sebab Handphone Hubungan Makin Jauh

Zaman sekarang ni, tak perlu orang ketiga untuk meretakkan atau merenggangkan hubungan suami isteri, cukup dengan benda yang ada di hujung jari kita tu.

IKLAN

Handphone.

Telefon yang kita pegang selalu tu, banyak isteri di luar sana yang “di duakan” suami dengan benda tu.

Isteri sambut suami balik kerja, tapi suami masuk rumah sambil mengadap handphone. Duduk kat ruang tamu, mata tengok handphone. Mandi, solat, kemudian pegang handphone. Waktu makan, handphone dibawa ke meja, tangan kanan makan, tangan kiri pegang handphone.

Rumah Tangga Hilang Serinya Sebab Handphone. Sayang Pasangan Jagalah Hatinya

“Abang, kerja ok tak hari ni?”

‘OK’ tapi mata masih kat handphone. Isteri mulanya datang nak bersembang, tapi terus blah sebab mood nak bersembang hilang. Suami tak layan, jawab sepatah-patah.

IKLAN

Suami sibuk dengan handphone.

Ajak isteri keluar makan, sampai je kedai, tangan pegang handphone. Ajak isteri pergi melancong, jalan-jalan, sampai je kat destinasi, tangan pegang handphone. Ajak anak main kat playground, sampai je sana, tangan pegang handphone. Ajak isteri bershopping, beli barang dapur, tapi sambil tolak troli pun pegang handphone.

Handphone… handphone… handphone!

Kurang Komunikasi

Banyak rumah tangga yang hilang “serinya” disebabkan handphone. Hubungan yang dekat menjadi jauh. Masing-masing kurang berhubung, jarang berkomunikasi antara satu sama lain. Gelak tawa pun dah semakin tiada dalam rumah tu.

IKLAN

Semuanya disebabkan benda yang bernama handphone.

Tolong sedar sebelum terlambat. Handphone ni nothing, media sosial ni nothing, up to date or ketinggalan ke belakang untuk benda yang viral juga nothing. Semua itu adalah perkara yang kita tak perlu risaukan.

Yang kita perlu bagi perhatian, yang perlu kita risaukan ialah hubungan kita dengan pasangan, hubungan kita dengan anak-anak, hala tuju rumah tangga kita dan haluan hidup kita.

Rumah Tangga Hilang Serinya Sebab Handphone. Sayang Pasangan Jagalah Hatinya

Untuk apa kita berkahwin, apa tujuan perkahwinan itu. Untuk apa kita jadi suami, apa fungsi seorang suami. Untuk apa kita jadi ayah, apa fungsi seorang ayah. Ingat balik tujuan hidup kita, apa dan siapa yang kita nak jadi. Adakah kita sanggup kehilangan anak bini hanya disebabkan handphone?

Perlu diingatkan bukan suami je tau, isteri pun kenalah sama-sama. Tak salah tangguhkan kejap tengok handphone asalkan pasangan dan anak rasa tak terabai.

Renung-renungkan dan selamat beramal.

Sumber: Firdaus Shakirin

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI