Ramai yang mungkin tak pernah terfikir, tapi sebenarnya kurma yang kita beli tu memang patut dicuci dulu sebelum makan! Kenapa? Sebab banyak kurma yang sampai ke tangan kita ada sisa pasir, habuk, atau mungkin debu dari proses pengeringan dan pembungkusan.
Ada yang kata, “Eh, kurma ni bersih je, tak nampak kotor pun.” Sebenarnya, kebanyakan kurma yang nampak bersih tu cuma dilap dengan kain, bukan dicuci betul-betul. Jadi, adakah betul-betul bersih?
Ikuti perkongsian ini
Perlu ke basuh kurma sebelum makan?
Ok, nak tunjuk kenapa kita WAJIB cuci kurma sebelum makan. Nampak tak, ada kesan pasir pada kurma?
Ads
Kalau beli, tak de kesan pasir, mungkin supplier tu dah bersihkan tapi bukan dengan cara basuh tau. Mereka hanya lap dengan kain. (Agak-agak bersih ke?)
Tak kisah lah awak beli kurma fresh, kurma sejuk beku atau kurma kering, tolong lah basuh dulu. Ajarkan juga mak ayah di kampung.
Ads
Kadang-kadang ada yang mengadu lepas makan kurma batuk, sakit perut dan macam-macam penyakit datang. Sampai ada yang serik nak makan kurma.
Mungkin ia baru bagi kita untuk cuci kurma, tapi supplier kurma pun sarankan pada pembeli, cucilah kurma sebelum makan. Takkan terjejas rasa kurma kalau kita cuci. Cuma, seller tak boleh nak cuci kan untuk kita, bimbang nanti kurma rosak tak tahan lama.
Ads
So, kita lah kena cakna dengan kebersihan kurma sebelum kita nak makan. Ni min tunjuk keadaan sebenar kurma yang datang dari ladang kurma.
Lepas ni, jangan ambil mudah tau. Cara nak bersihkan kurma, rendam dulu dalam air garam dalam 5 – 10 minit. Lepastu bilas dengan air bersih. Kemudian tapis, kalau nak lebih baik, jemur di bawah panas terik matahari. Nanti kurma jadi juicy semula.
Tapi, kalau nak cepat, tak yah jemur. Tapis je lepas tu boleh terus makan. Simpan dalam peti sejuk, in shaa allah tahan lama.
Kredit: Niena Samsir
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak lelaki sedegil dan sekeras mana pun mereka, mak ayah tegurlah cara lembut, biar ‘tembus’ ke hati. Selalunya kalau anak buat hal, terus mak ayah tinggikan suara. Maklumlah kalau lembut-lembut ‘tak makan saman’, mesti akan buat lagi.
Itulah yang selalu dalam fikiran mak ayah. Kalau nak tegur lembut, mahunya anak buat tak endah. Lebih-lebih lagi, anak lelaki, lasak dan buasnya lain macam.
Hakikat yang sebenar, mak ayah tegurlah lembut anak-anak terutamanya anak lelaki. Sekeras, sedegil dan sebuas dia bila mak ayah tegur cara lembut, akan menusuk juga dalam hati dan jiwa anak.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Laga Gigi Masa Tidur Sebab Gangguan Pernafasan Bukannya Tanda ANAK DEGIL
Mak Ayah Jangan Rimas Layan Anak, SUKA ATAU TIDAK Suatu Hari Dia Tinggalkan Kita
Mak Ayah Tegurlah Lembut Anak, Jangan Didik Cara Kasar
Dalam perkongsian Mohd Fhais Salim initurut menegaskan agar mak ayah tegur anak cara lembut. Senakal dan sedegil mana pun anak lelaki tegur la dia dengan cara yang lembut
A) LEMBUT PADA SUARANYA B) LEMBUT PADA BAHASANYA C) LEMBUT PADA PEKERTINYA D) LEMBUT PADA NASIHATNYA E) LEMBUT PADA TEGASNYA
Banyak anak anak terutamanya anak lelaki jadi kasar, buas dan degil kerana hatinya di didik untuk jadi kasar, ganas dan keras.
Setiap kata-kata dari ibu dan ayah besar efeknya pada anak. Ibu ayah ada the most influential words dalam hidup anak anak. Semua kata-kata kita sentiasa di ambil serius oleh anak anak dan akan terus sampai ke hati.
Dia dengar atau tidak itu nombor dua. Nombor satu pasti sampai ke hati dulu. Sebab itu juga la perangai, tingkahlaku dan tabiat anak anak ini banyak mengikut kita.
Hati ini pusat keperibadian seorang manusia. Bila hati kasar, cara cakap pun akan kasar.
Bila hati kasar, tingkahlaku pun akan jadi kasar. Habit jadi kasar. Perangai jadi kasar.
Tegur Cara Sopan Dan Lembut
Nak ajar anak bertukang, berkebun, atau berperang sekalipun ajar la. Tapi bila menegur guna la cara yang sopan dan lembut.
Anak kena belajar bahawa kekuatan manusia bukan terletak pada lengan tapi kekuatan manusia terletak pada hati.
1. KUAT SABARNYA 2. YANG KUAT TAHAN MARAHNYA 3. KUAT LAWAN NAFSUNYA 4. YANG KUAT TUNDUK EGONYA 5. KUAT KEBAIKANNYA
Makin lembut hati anak, makin mudah la kita nak lentur dan bentuk dia kelak
Wallahu a’lam.
Kalau mak ayah cakap kasar, nanti anak akan balas kasar, lagi membuak-buak kita marah. Bila tegur lembut, pasti akan lembutkan hati anak-anak juga.
Ibu tabah besarkan anak alami Sindrom Apert, “Anak pernah tanya mengapa dia berbeza dengan kanak-kanak lain.” Sindrom Apert adalah satu gangguan genetik yang jarang berlaku yang dicirikan oleh kecacatan tengkorak dan wajah, serta jari tangan dan kaki yang bercantum.
Sindrom ini disebabkan oleh mutasi pada gen FGFR2 (fibroblast growth factor receptor 2) yang mempengaruhi perkembangan tulang.
Menerusi perkongsian video di aplikasi TikTok, pengguna akaun Sophia Hann atau Sofia berkongsi kisahnya membesarkan anak lelaki bongsunya, Ahnaf Aydeen, 7 yang mengalami Sindrom Apert.
Membesarkan anak menghidap Sindrom Apert bukan sesuatu yang mudah, tetapi perkara tersebut tidak mematahkan semangat membesarkan cahaya mata istimewa itu.
Menurut wanita yang berasal dari Batu Pahat, Johor tersebut, walaupun anak bongsunya menghidap penyakit jarang jumpa, namun dia tidak pernah mengalah dengan takdir, sebaliknya berusaha memberi didikan sehingga kanak-kanak itu mampu membesar seperti orang lain.
“Dulu dia pernah tanya saya mengapa dia berbeza dengan kanak-kanak lain?
Fizikal memang lain kerana jari kaki bercantum, jari tangan tak boleh bengkok tetapi saya selalu tanamkan dalam diri Ahnaf bahawa dia bukan pelik tapi unik.
“Sejak dari itu saya nampak dia semakin selesa untuk sesuaikan diri. Perwatakan dia pun ceria dan cikgu di sekolah juga puji Ahnaf.
Walaupun dia ada kekurangan untuk menulis atau melukis sebab keadaan jari yang susah nak bengkok tapi dia boleh buat. Cuma ambil masa sikit.
“Melihat semangat dia untuk teruskan hidup itulah penguat untuk saya besarkan dia,” katanya.
Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu, dia tidak menghadapi kesukaran membesarkan anak istimewa tersebut, tetapi yang paling mencabar ialah melihat Ahnaf menjalani beberapa pembedahan melibatkan bahagian tempurung kepala dan tangan.
Tambahnya, kedua-dua pembedahan itu mengambil masa yang lama selain perlu menjalani pelbagai rawatan susulan di hospital.
Ujarnya, meskipun perlu mendapatkan rawatan di Kuala Lumpur, tetapi semua pengorbanan itu dibuat bagi memastikan kanak-kanak istimewa tersebut membesar dengan baik dan menjadi insan berguna kepada masyarakat.
“Sebelum ini dia ada jalani pembedahan di bahagian struktur tempurung kepala dan ia mengambil masa lapan jam.
Pembedahan tangan pun ambil masa lima jam. Kita kena kuat masa itu sebab nak jaga sampai sembuh.
“Sejujurnya Ahnaf ini anak yang senang nak jaga dan dengar cakap. Cuma cabaran kami ialah dari segi perubatan dan kesihatan dia sahaja,” katanya.
INFO TENTANG SINDROM APERT:
*Ciri-ciri utama sindrom Apert termasuk bentuk tengkorak yang tidak normal, yang dikenali sebagai kraniosinostosis, di mana tulang tengkorak bercantum terlalu awal, menyebabkan tengkorak tumbuh dengan bentuk yang tidak biasa.
*Kanak-kanak yang mengalami sindrom ini juga mungkin mempunyai masalah perkembangan kognitif, masalah pendengaran, dan kecacatan pada jari tangan dan kaki (sindaktili), di mana jari-jari bercantum atau melekat antara satu sama lain.
*Rawatan untuk sindrom Apert biasanya melibatkan pembedahan untuk membetulkan kecacatan tengkorak dan jari, serta terapi lain untuk membantu dengan perkembangan kognitif dan fizikal kanak-kanak.
*Walaupun sindrom ini tidak boleh disembuhkan sepenuhnya, rawatan yang tepat dapat membantu memperbaiki kualiti hidup individu yang terjejas.
Antara sebab anak menjauh ialah sikap kita yang suka marah anak dengan emosi. Kata-kata dan perbuatan kita akan penuh dengan emosi.
Ini akan mendorong kita untuk menghukum juga dengan emosi. Ingat ini bahaya!
Sesuatu yang dipenuhi dengan emosi akan menghiris hati anak-anak. Ibarat pisau yang cukup tajam, dengan hirisan nipis sudah meninggalkan luka yang amat pedih.
Bukan untuk anak-anak sahaja, kita sendiri kalau kena marah dengan kata-kata penuh emosi, turut sama akan menjauh hati.
Keadaan yang sepatutnya menjadi hukuman yang ada didikan ke anak-anak, jadi sebaliknya. Paling ditakuti keterlaluan emosi marah boleh membawa kepada anak itu dipukul teruk. Ini yang jadi kes dera anak.
Ingat kawan-kawan, anak-anak adalah amanah buat kita. Tidak semua yang dah berkahwin macam kita dapat rezeki ada zuriat. Kadang berbelas tahun kahwin, tak ada rezeki lagi.
Jadi hargai anak-anak dengan mendidik mereka, diberi kelembutan dan kasih sayang.
Satu lagi yang perlu diingat, kita juga manusia. Sangat tidak sempurna. Lagilah anak-anak yang kecil. Mereka cuma belajar dengan cara melihat dan mendengar.
Entah-entah yang kita marahkan sangat dekat anak itulah teguran Tuhan buat kita. Tuhan nak bagitahu itulah kamu. Tengok dekat anak tu.
Allahu.
Jadi elakkan marah dengan emosi. Kalau kita rasa kita sedang dalam keadaan yang tidak tenteram, jauhkan diri daripada anak-anak. Takut kita marah luar daripada batas.
Bila perasaan kita dah tenang balik, baru datang semula dekat anak tadi. Pegang mereka dan tegurlah dengan kata-kata yang paling lembut dan sesuai. Dari hati.
Ini lebih berkesan daripada kata-kata keras dan tinggi suara.
Seperti menyatakan cinta, mesti dengan suara yang lembut dan ayat yang tersusun indah ye dak? Begitulah.
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.