Menjadi harapan setiap ibu bapa melihat anaknya membesar sihat dan bijak.
Ibu bapa perlu membina asas perkembangan otak anak dengan memastikan anak menerima DHA mencukupi melalui pengambilan nutrien harian.
Pada tahun-tahun awal si manja adalah waktu kritikal kerana otak sedang mengalami perkembangan pesat.
Menurut Pakar Pediatrik, Dr Yong Junina Fadzil, walaupun ramai ibu bapa akan menghantar anak belajar seawal usia di taman asuhan kanak-kanak dan tabika, tetapi mereka tidak boleh mengabaikan peranan nutrisi dalam membina asas bagi seorang anak yang sedang membesar.
Menariknya, keupayaan otak kanak-kanak akan berkembang sebanyak 90% sebelum mencecah usia lima tahun1! Ia adalah peluang keemasan untuk ibu bapa memupuk perkembangan otak anak mereka dalam tempoh ini.
KEPERLUAN DHA AMAT KRITIKAL
60% otak kita juga terdiri daripada lemak dan salah satu lemak yang paling penting adalah DHA atau docosahexaenoic acid2. DHA adalah seperti blok-blok asas bagi otak dan kepentingannya adalah jauh lebih ketara untuk kanak-kanak kecil kerana perkembangan otak mereka yang pesat.
Kajian menunjukkan bahawa penambahan DHA dalam diet kanak-kanak meningkatkan kebolehan kognitif atau proses pemikiran, tingkah laku3 serta daya fokus4 mereka.
Badan kanak-kanak sendiri tidak menghasilkan DHA yang diperlukan secara semula jadi. Mereka perlu menyerapnya daripada pengambilan makanan harian untuk membantu menyokong perkembangan otak. DHA boleh diperolehi secara semula jadi dalam ikan berlemak dan makanan tertentu yang sarat dengannya seperti susu rumusan dan telur.
Ads
NUTRIEN SEIMBANG
Tidak hanya fokus untuk membina asas otak dengan DHA, ibu bapa juga perlu memastikan anak mendapat pelbagai nutrisi untuk menyokong perkembangan secara keseluruhan.
Kanak-kanak memerlukan nutrien seperti kalsium dan protein untuk membesar, vitamin-vitamin dan mineral untuk menyokong perkembangan fungsi badannya. Apabila asas binaan otak kuat, perkembangan kanak-kanak akan disokong secara mental, fizikal, emosi dan sosial! Oleh sebab itu, ibu bapa seharusnya mengetahui tentang nutrien pemakanan yang diberikan kepada si manja, yang biasanya tertara pada pek produk.
LARA SELEBRITI CILIK YANG BIJAK
Lara Alana ialah salah seorang selebriti cilik yang bijak. Kebijaksanaan dan gelagatnya kerap kali mencuri perhatian ramai. Sebagai ibu, Scha Alyahya menyifatkan kanak-kanak yang bijak ialah seseorang yang boleh belajar menjaga dirinya sendiri, mahir melakukan aktiviti harian dan mempunyai imaginasi yang tinggi.
Ads
“Keperluan nutrisi Lara adalah penting bagi saya. Saya rasa bertuah kerana Lara sihat membesar dengan rumusan susu Dutch Lady yang mempunyai 5X DHA* yang menyokong perkembangan otaknya, bersama dengan protein dan lebih daripada 20 vitamins dan mineral.
SUSU YANG MENYOKONG PERKEMBANGAN
“Saya sangat bangga melihat anak perempuan saya membesar menjadi lebih bijak dan sihat setiap hari. Saya juga rasa gembira kerana saya tahu bahawa Lara menikmati susu kegemarannya pada masa yang sama akan membantu memupuk perkembangan kebijaksanaannya,” kata Scha.
SUKA SENI & MAKIN BERDIKARI
Lara dikenali sebagai kanak-kanak yang suka belajar bagaimana untuk melakukan segala-galanya dan pandai berdikari. Daya imaginasi yang tinggi ketika bermain membantunya membesar sebagai kanak-kanak yang bijak. Bahkan dari segi sosial, Lara juga suka bermain dengan rakan-rakan di sekolah dan juga kawan-kawan baru.
“Inilah rahsia saya, dengan Dutch Lady 5X DHA* untuk Lara!” Kata Scha.
Ads
Untuk ibu bapa yang tidak tahu lagi, susu tepung rumusan untuk kanak-kanak Dutch Lady yang mengandungi 5X DHA* kini boleh didapatkan dalam pek baharu!
Susu Tepung Rumusan Dutch Lady 123, Dutch Lady 456 & Dutch Lady 6+ mengandungi 5x DHA*, protein serta 20 vitamin dan mineral seperti zat besi, kalsium, magnesium, iodin, vitamin A,C,D dan selenium. Amboi, kesemuanya nutrien dalam satu pek! Patutlah Scha gemar memberikan susu Dutch Lady dengan 5X DHA* kepada Lara! Tunggu apa lagi? Dapatkan susu tepung rumusan untuk kanak-kanak Dutch Lady 123, Dutch Lady 456 dan Dutch Lady 6+ pada hari ini!
Rujukan: Early Childhood Education Degrees, The Milestones of Your Little Rocket Scientist’s Development, 2013, available at http://www.early-childhood-education-degrees.com/milestones/. 2 Chang C.Y, Ke D.S, & Chen J.Y. Essential fatty acids and human brain. Acta Neurol Taiwan. 2009 Dec; 18(4):231-41. Retrieved September 5, 2017, from https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/20329590. 3 Kuratko CN, et al. Nutrients. 2013 Jul; 5(7): 2777–2810. 4 Lauritzen L, et al. Nutrients 2016;8(1):1-17. *Berbanding dengan rumusan susu sebelumnya (2009).
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sekejap dah besar anak lelaki Sharnaaz Ahmad, Jebat Jayden. Bakal menginjak usia 3 tahun September depan, nampaknya kehadiran Jebat dalam hidup Sharnaaz amat bermakna sekali.
Biarpun tak dapat melihat setiap hari perkembangan Jebat, Sharnaaz akui waktu dapat bersama dengan Jebat akan dimanfaatkan sebaik-baiknya. Lagi-lagi sekarang ini, Jebat makin bijak dan banyak akal.
Ada je aksinya yang comel dan mencuit hati hinggakan Sharnaaz dapat tenangkan fikiran setiap kali melayan permata hatinya. Sesekali terkeluar loghat utara buat hati jadi terhibur.
Menerusi perkongsian di instagram Sharnaaz, video pendek aksi Jebat merajuk itu mencuri tumpuan orang ramai. Ketika itu Jebat seolah-olah merajuk dan menangis ketika bermain di taman.
Saat di tanya oleh Sharnaaz “Kenapa sayang sedih”, dengan mimik muka comel tu Jebat menjelaskan yang dia sebenarnya lapar dan nak makan fries serta ayam bakar. Alahai comel sungguh gelagat Jebat ni ya.
Selepas dipujuk oleh baba, akhirnya mood Jebat dah kembali ceria setelah babanya berjanji akan tunaikan permintaan itu.
Sementara itu, sebagai seorang bapa, harapan Sharnaaz tetap mahukan yang terbaik buat anak lelakinya. Dalam posting sebelum ini, Sharnaaz sentiasa menitipkan doa agar Jebat sentiasa menjadi anak kebanggaannya.
Walaupun dari sehari ke sehari Jebat semakin meningkat usia, cinta baba buat Jebat tak pernah pudar tapi makin bertambah kuat.
Sharnaaz juga tak jemu melayan setiap keletah Jebat dan menganggap Jebat seperti seorang kawan. Apa saja yang dilakukan dua beranak ini sentiasa buatkan pengikutnya turut terhibur.
Betullah orang kata, cinta seorang ayah auranya boleh membuatkan anak itu rasa lebih dihargai dan membesar dengan bijak. Walaupun jodoh perkahwinan tak panjang, ia bukan halangan untuk cinta baba bertakhta di hati Jebat.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perasan tak bila kita buka tv anak kecil cepat je pergi berdiri depan tu. Bila dilarang terus ke belakang tapi lepas tu mula lah ke depan sampai menghalang orang yang ada dibelakang.
Sebenarnya ada sebab disebalik tabiat anak ini menurut Pakar Psikologi, Dr Rozanizam Zakaria yang dikongsikan petuaibu.com
“Ha, masuklah dalam tv tu!” ayat wajib mak ayah. Ibubapa yang mana pula tak pernah naik angin sebab anaknya ‘block’ view mereka.
Mungkin ramai yang terkejut kalau saya katakan bahawa perilaku tersebut sebenarnya menunjukkan anak anda ‘normal’ secara psikologi. Anda patut bersyukur dan bukannya mengamuk.
Apa yang ramai tidak tahu ialah, sebenarnya perilaku tersebut ialah sebahagian daripada fenomena dipanggil ‘EGOCENTRISM’ menurut Piaget Cognitive Model.
Menurut Piaget (1896-1980), kanak-kanak memahami dunia sekeliling mengikut fasa-fasa yang bertahap. Pada usia kanak-kanak 2 hingga 7 tahun, fasa ini dipanggil PREOPERATIONAL.anak berdiri tengok TV, anak menonton TV, anak tengok TV lama, sebab anak tengok TV berdiri, jangan tengok TV lama
Egocentrism merupakan salah satu komponen pada fasa ini, dimana kanak-kanak merasakan mereka adalah ‘centre of the universe’.
Pandangan mereka terhad kepada pandangan peribadi dan tidak boleh modify pandangan tersebut berdasarkan pandangan orang lain. Hitam kata dia, hitamlah. Tak kira kita explain macam mana yang itu sebenarnya kelabu.
Pada pandangan kanak-kanak, ‘kalau saya nampak, orang lain mesti nampak juga!’ (Sebab tu saya duduk depan tv, saya mana tau saya block view mak ngan ayah!)
Egocentrism tidak sama dengan sifat ‘selfish’, ia hanya antara fasa pembentukan ‘personal view’. Ada banyak lagi fasa yang mereka lalui sebelum kognitif mereka matang sebelum dewasa.
‘Kalau biar, rabun mata nanti doktor..’
Posting ini bukan bermakna kita tidak boleh menegur. Cuma saya ambil specifically contoh anak berdiri di hadapan tv ini untuk membawa ibu bapa memahami bahawa ada perilaku anak-anak ialah petanda perkembangan emosi dan kognitif mereka.
Beza melihat anak berbuat sesuatu kerana ‘nakal’ dan berbuat sesuatu kerana sifat ‘semulajadi kanak-kanak’yang menjadi sebahagian dari perkembangan usia mereka.
Oleh itu, jangan sebarangan mengkritik, menghentam dan memarahi anak-anak. Tindakan kita dalam mendisiplinkan anak-anak MESTI sejajar dengan tahap perkembangan mereka.
Ini yang kita selalu silap. Terutama kalau ada anak lebih dari 2,3 orang. Kita hentam sama rata yang umur 3 tahun kena marah sebab yang sama dengan apa yang umur 7 tahun buat. Padahal tahap kematangan emosi, kognitif dan sosial mereka tidak sama.anak berdiri tengok TV, anak menonton TV, anak tengok TV lama, sebab anak tengok TV berdiri, jangan tengok TV lama
SEBAB ITULAH, Rasulullah menggariskan tarbiyyah anak-anak berdasarkan tahap umur. Umur 7 tahun suruh solat, 10 tahun baru rotan (Hadis Hasan, Riwayat Abu Daud). Begitu juga dalam hal mengasingkan tidur dan sebagainya.
Ada fasanya yang perlu difahami oleh ibu bapa. Banyak lagi perilaku anak-anak yang sebenarnya hanya mencerminkan tahap perkembangan mereka dan bukannya petanda ‘nakal’.
Sumber: Dr Rozanizam Zakaria
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebagaimana yang Ibu kerap kongsikan, kekerapan memukul anak bagi membetulkan anak adalah cara yang sangat merbahaya. Ibu sangat-sangat suka perkongsian Puan A yang kisahnya telah dikongsikan kepada Ibu.
Asalnya, Puan A ini pernah dibesarkan dengan pukulan sebagai cara didikan. Maka dia sendiri sudah merasai bagaimana rasanya ketika dibesarkan dengan cara ini. Kini, dia pula menjadi seorang ibu. Alhamdulillah, beliau punya kesedaran keibubapaan yang sangat baik.
Bacalah, Ibu yakin ianya akan memberi manafaat kepada anda yang berhati indah.
Perkongsian Puan A…
Bila kita pukul anak kecil kita, mereka akan ingat pukul tu benda yang tak salah. Mereka bukan pada tahap umur yang pandai membezakan yang mana betul atau yang mana salah. Jadi, kalau apa saja kita buat, mereka akan ikut. Bila kita pukul dia, lambat laun dia akan pukul adik-adik dia atau mungkin kawan-kawan di sekolah.
Macam mana saya tahu ni ye? Sebab saya produk anak yang dipukul. Sepanjang saya mengandung anak pertama, sampai sekarang, saya banyak membaca ilmu parenting. Saya maafkan ibu ayah saya yang masa tu mungkin cetek ilmu keibubapaan mereka. Saya dan suami (juga produk anak yang dipukul dibantai) bertekad untuk membesarkan anak kami tanpa pukulan.
Namun, saya tak dapat kawal anak-anak orang lain yang sama taska dengan anak saya. Pada suatu masa, saya menjangkakan ada beberapa pelajar yang suka memukul, dan anak perempuan saya juga mula memukul. Kami sangat bersabar dengan anak kami.
Setiap kali dia memukul, saya pegang tangannya.
Dan beritahu dia, “Kita tak boleh pukul. Ia menyakitkan. Tangan bukan untuk pukul. Tangan untuk peluk. (peluk dia). Tangan untuk belai muka dan sayang (cium anak). Tangan juga untuk flying kiss. (beri flying kiss pada dia).”
Kami mengambil masa berbulan-bulan dan lama-lama, Alhamdulillah dia faham yang pukul itu bukan benda baik.
Begitulah perkongsiannya. Nampak susah kan sebab kena bersabar. Ya, tiada siapa yang kata jadi ibubapa itu mudah. Sebab itulah ibubapa adalah orang yang wajib dihormati selepas Allah dan Rasul. Malahan syurga juga ada di tapak kaki mereka.
Andai anda mahu anak anda berhenti memukul, anda terlebih dahulu perlu berhenti memukul. Belajarlah bersabar dan sabar itu wajib dalam mendidik anak-anak.
Terima kasih Puan A atas perkongsian yang hebat ini.
Sumber:
Ibu Rose
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.