Pelakon, Rita Rudaini meluahkan rasa sayu dan sedih kerana akhirnya terpaksa berpisah buat sementara waktu dengan anak sulungnya, Ryan yang kini menuntut di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).
Rita terkenangkan zaman dia membesarkan kedua anak lelakinya sendiri tanpa bantuan sesiapa sehinggalah anak-anaknya besar panjang. Banyak liku yang dilaluinya dan hanya mampu mengadu padaNya yang Maha Esa.
“Tak pernah terbayang….waktu mereka sekecil ini,aku dah galas tanggungjawab sorang-sorang 😌 ..hebatnya energy dan emosi yang ALLAH hadiahkan pada aku dan ibu-ibu tunggal yang lain….”
“bukan senang ye..tengok macam senangkan..liku2,lopak2,gaung,duri di kiri kanan..hanya kami saja yang dapat rasa..nak explain dengan kata-kata memang tak dapat..hanya dengan airmata aku explain padaNYA…”
“Syukur padaNYA yang telah menulis perjalanan hidup aku…indah dengan pengalaman..sangat indah dgn bahagia cara kami sendiri”
Ads
“Hati mommy tiba-tiba sebak sayu sangat…dah setahun Ryan belajar hidup berdikari jauh dari mommy.”
“Setiap malam Ryan tak lupa kol ucap ‘gudnite & i love u mommy’… masa ni mommy tahan airmata dan tahan sakit… sakitnya tak sesakit di khianati dan ditinggalkan dulu…kita tak pernah berenggang.”
“Kemana saja mommy bawak Ryan…Ryan anak yang banyak suka duka, banyak saksi kesedihan-kesedihan mommy… Ryan yang banyak kena tempias”
“Ryan saksi segalanya…tapi Alhamdulillah kamu membesar dengan penuh kelembutan dan kasih sayang dalam hati.”
Ads
“Ryan anak yang sangat baik, tidak pernah sesekali tinggi suara pada mommy, patuh setiap kata-kata mommy… maafkan mommy,mommy banyak salah pada Ryan..”
“Tapi percayalah, mommy buat semua ni ada sebab…hanya TUHAN saja yang tau….mommy doakan Ryan jadi seorang lelaki yang penuh belas kasihan,kelembutan dan kasih sayag dalam diri”
“Mommy berkorban berjauhan dari Ryan..kerana mommy percaya ada yang terbaik menanti Ryan…jangan risau pasal mommy..mommy dah biasa berkorban..pernah berkorban hidup mommy untuk kebahagiaan orang lain,untuk puaskan hati org lain demi pertahankan kamu, Ryan dan adik…tp ALLAH kurniakan anak yang baik,Ryan dan adik untuk jahit luka dan koyak di hati mommy 😌 terima kasih”
Orang kata anak yang tak duduk diam, selalu buat ibu bapa pening kepala adalah anak yang bijak. Sementara nak menunggu anak betul-betul faham dan tahu apa yang salah atau pun betul, tahap kesabaran ibu bapa kena berada di tahap optimum.
Kadang bila kerap sangat marah-marah anak, lama-lama mereka pun dah tak peduli. Jadi penyelesaiannya ibu bapa kena menggunakan pendekatan psikologi kerana terbukti berkesan dan lekat dalam hati anak kita.
Tegas tetap perlu tapi marah tu kena kawal. Barulah anak sentiasa hormat ibu bapanya dan anggap kita istimewa dihati mereka. Seperti perkongsian ibu ini Fitriyanti di Group Anak Sepahkan Apa Hari Ini, tindakan dua anaknya menconteng muka dengan ink stamp dan marker benar-benar buatnya mengucap panjang selepas tersedar dari tidur.
Buat eksperimen conteng muka dan badan
Menurut Fitriyanti, anaknya berusia 3 tahun dan 1 tahun 7 bulan itu memang suka ‘berkarya’ dengan menconteng tangan dan kakinya. Namun tak adalah seteruk kali ini. Kadang bila diberikan kertas mereka selalu melukis dan menconteng ikut apa terlintas.
Tapi untuk kejadian kali ini saya pun terkejut macam mana si kakak dapat idea untuk menconteng mukanya dan adik. Sebab tu jika mereka berdua ini hilang dari pandangan dan senyap sekejap, saya terus risau. Sebab macam-macam mereka boleh buat dalam tempoh itu.
“Masa kejadian ini mereka sebenarnya berada dalam bilik bersama saya. Cumanya waktu itu saya tidur sekejap selepas pulang dari kerja. Tak sangka niat saya untuk lelapkan mata dan kunci jam dalam tempoh 30 minit adalah waktu ‘merdeka’ buat anak-anak,” katanya.
Selongkar beg kerja ibu
Kongsi Fitriyanti lagi, jika sebelum ini mereka ok je dan main mainan dalam bilik kerana pintu bilik memang di kunci dan plug wayar di cabut. Ini kerana saya tahu anak-anak kecil idea dia tu lebih dari yang kita jangkakan.
“Masa saya lelap tu, tak tahu macam mana saya tiba-tiba terjaga kerana suasana dalam bilik sunyi sangat tanpa suara dua beradik. Biasanya mereka main akan bising. Tengok jam yang saya kunci tak sampai 30 minit pun. Bila bangun nampak mereka di sebalik almari.
“Bila datang dekat mereka, terus urut dada kerana habis muka dan badan berconteg dengan ink stamp dan marker. Sedangkan ink stamp dan marker tu tersimpan dalam beg kerja saya.
“Tak tahulah macam mana mereka boleh selongkar dan buat kerja itu dalam tempoh masa yang sangat singkat. Bila saya marah, mereka hanya tersenyum je. Terus ajak mereka basuh muka. Namun si adik saja yang ikut arahan. Kakak tetap berkeras tak mahu basuh.
“Disebabkan kakak tak mahu basuh, saya bawa dia keluar rumah. Masa tu mak, jiran-jiran semua tegurnya. Masing-masing psiko dan cakap tak mahu kawan sebab mukanya tak cantik. Masa tu barulah si kakak nak basuhnya.
“Agak susah juga nak hilangkan kesan tersebut. Terpaksa di gosok kuat dengan sabun hingga ada kesan macam lebam. Dalam dua hari juga baru hilang sepenuhnya, ujarnya.
Anak oh anak
Bila diingat semula memang rasa nak tergelak tapi kita sebagai ibu bapa yang ada anak kecil tak boleh leka. Patutlah orang kata, anak kecil fasa mereka meneroka tu kadang luar dari kemampuan orang dewasa. Tak cukup dinding, muka dan badan jadi bahan uji kaji.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hilang kata-kata, hanya air mata mengalir saat melihat video terakhir yang dikongsikan di Facebook arwah Hasliza Alias yang meninggal dalam keadaan sangat tragis di tangan suaminya sendiri sebelum dibalut dengan cadar, diletakkan dalam tong dan ditanam di kawasan ladang.
Video sambutan hari lahir anak sulung arwah, Muhammad Dayyan Faiq, yang genap 4 tahun, Februari lalu pastinya menjadi kenangan. Difahamkan sambutan hari lahir anak arwah disambut agak lewat dari tarikh kelahirannya (6 Februari) semata-mata untuk merealisasikan hasrat anak sulung yang inginkan kartun kegemaran sebagai hiasan kek.
Ternyata memori sambutan hari lahir yang ke-4 untuk Faiq adalah hadiah istimewa bonda buat penghuni pertama rahimnya. Paling buatkan ramai yang sebak, tatkala mendengar suara arwah menyanyikan lagu hari lahir dan mendoakan kesejahteraan anak “Allah Selamatkan Kamu.. Allah Selamatkan Abang..” dan meminta si anak sama-sama ikut.. Allahuakbar!
Mungkin waktu ini, walaupun arwah dah ada masalah rumah tangga, namun sebagai ibu, arwah tetap nak berikan yang terbaik buat anak-anaknya dan tidak menunjukkan perasaan sedih itu.
Ternyata walaupun arwah bukanlah orang yang dikenali, namun Allah dah angkat darjatnya di dunia lagi apabila semua orang tak henti mendoakan arwah. Pemergian arwah Hasliza juga turut mendapat perhatian pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun yang sangat sebak dan sedih.
إِنَّا لِلّٰهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعُوْن
“Sesungguhnya kita semua daripada Allah dan kepadaNya jua kita semua akan kembali” Allahu Akbar, kita semua dikejutkan dengan kematian yang begitu tragis. Seorang wanita dan ibu kepada dua orang anak kecil.
SubhanAllah, secara peribadi sungguh saya merasa begitu sayu, apabila melihat antara posting terakhir FB arwah adalah 3 live ceramah saya.
Sungguh indah pemergian arwah
Bermakna saat-saat akhir hidup Arwah adalah dalam keadaan beramal soleh, menyebarkan dakwah dan seruan Nahi Mungkar. Dan posting terakhir arwah pada hari yang dikatakan hilang adalah tentang SOLAT. Bagaimana pula posting kita yang terakhir kelak..
SubhanAllah, sungguh begitu indah pemergian Arwah. Dan tanda Husnul Khatimah ini disebutkan oleh Rasulullah SAW :
إِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِعَبْدٍ خَيْرًا اسْتَعْمَلَهُ قَالُوا وَكَيْفَ يَسْتَعْمِلُهُ قَالَ يُوَفِّقُهُ لِعَمَلٍ صَالِحٍ قَبْلَ مَوْتِهِ
Maksudnya: Jika sekiranya Allah SWT menginginkan kebaikan terhadap hambaNya, maka Allah SWT menjadikannya sentiasa melakukan amal. Para sahabat RAnhum bertanya, “Bagaimana dia menjadikannya sentiasa melakukan amal?”. Rasulullah SAW bersabda: “Allah SWT akan memberikan taufiq padanya untuk melaksanakan amal soleh sebelum daripada kematiannya. Hadith riwayat al-Tirmidzi: (2142)
SubhanAllah, sedikit catatan memori akhir Muka Buku Arwah : 1. 1 Mac 2021 posting last arwah tentang solat. 2. 24 Feb 2021 arwah menukar profile picture kepada gambar 2 orang anaknya. 3. 23 Feb 2021 arwah share video live kuliyah saya bertajuk : Seruan Nahi Mungkar 4. 19 Feb 2021 arwah share video live kuliyah saya bertajuk : Tadabbur Surah alKahfi siri 11 5. 18 Feb 2021 Arwah share video live kuliyah saya bertajuk : Punca dan Solusi Keretakan Rumahtangga 6. 14 Feb 2021 Arwah share posting Saudara Firdaus Syakirin. 6. 10 Feb 2021, Arwah muat naik video dan gambar² sambutan hari lahir anak pertama berumur 4 tahun.
Mungkin lagu itu ubat rindu kamu pada bonda..
Saat ini saya menangis tak tertahan kerana mendengar suara arwah melagukan hari lahir dan mendoakan “Allah selamatkan kamu.. Allah selamatkan Abang..” dan meminta si anak sama-sama ikut..
Duhai Anak, mungkin itulah lagu yang kamu berdua akan ulang-ulang dengar saat kamu dah dewasa kelak, saat kamu rindukan bonda kamu..
“Pemergianmu buat kami pesan-pesan yang indah”
Sungguh, saat ini saya masih terpaku dengan apa yang berlaku, doa demi doa dititipkan buat arwah. SubhanAllah, pemergianmu dalam keadaan meninggalkan buat kami pesan-pesan yang sungguh indah.. Tiada lagi kesedihan dan kesakitan, semoga dirimu disisi Allah dalam RahmatNya dan pengampunanNya. Semoga Barzakhmu seperti Taman Syurga, semoga anak-anakmu penyambung pahala jaariah buatmu..
أَللّٰهُمَّ اغْفِرلَها وَارْحَمْها وَعَافِها وَاعْفُ عَنْهَا وَاجْعَلِ الْجَنَّةَ مَثْوَاهَا
“Ya Allah, ampunilah dia, berilah rahmat, sejahtera dan maafkanlah dia dan jadikanlah surga sebagai tempat istirahatnya” آمين يارب العالمين
Semoga Allah maqbulkan hajat hati saya untuk ziarah bertemu dengan anakanda dan keluarga arwah Hasliza Alias dalam waktu terdekat.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahun 2014, merupakan tahun yang meninggalkan kesan mendalam buat rakyat Malaysia terutama ahli keluarga dan krew kabin Malaysia Airlines (MAS) MH370. Pesawat yang membawa 239 orang itu dipercayai terputus hubungan ketika berada 120 batu nautika di timur Kota Kinabalu di ruang udara Laut China Selatan.
Menerusi Instagram Intan Maizura Othaman iaitu isteri kepada salah seorang pramugara yang terkorban, Mohd Hazrin Mohamed Hasnan dia berkongsi suka dan duka dalam membesarkan dua cahaya mata tanpa suami tercinta di sisi.
Tambahnya, 8 Mac ini genap 6 tahun hari peringatan kehilangan pesawat itu. Sedihnya!
6 tahun sudah berlalu tanpa perkhabaran
Menurut Intan, walaupun sudah 6 tahun masa berlalu, dia masih tidak perasan waktu tersebut berlalu dengan pantas. Sehingga kini tiada kubur dan pesanan yang diterima olehnya daripada suaminya iaitu Mohd Hazrin Mohamed Hasnan.
Namun, sebagai manusia dia seharusnya kuat dan meneruskan kehidupan dalam membesarkan kedua-dua cahaya mata mereka iaitu Iman (11 tahun) dan Muhammad (5 tahun).
Di samping itu, Intan memberitahu bahawa dia terpaksa menipu anaknya hari demi hari kerana mereka masih belum mengerti.
Tambahnya, kedua-dua zuriatnya itu senang dijaga dan mereka sangat berdikari. Sebagai ibu, dia mengharapkan anak-anaknya di bawah lindungan Allah S.W.T sentiasa.
6 tahun sudah berlalu..Tak perasan waktu pantasnya pergi.. Tiada kubur.. Tiada pesan..Tiada lagi tangisan seperti dulu.. hidup mesti aku teruskan
Kan Allah dah janji “mati itu pasti” Takpe, Allah ada.. Anak-anak makin membesar.. Mereka membesar dengan tangisan..
Anak-anak seolah memahami
Tak mengerti sepatah apa..Hanya jawapan tipu hari demi hari..Buntu nak jawab apa lagi.. Sehingga kini baru Iman mengerti, mengerti tak semestinya boleh fahami tapi semuanya samar-samar hingga ke mati..
Lahirnya Muhammad seorang bayi yang kuat. Dia fahami untuk tidak menyusahkan hati ibunya yang kosong..Sedari kecil anak ini tak pernah menyusahkan..hanya tangis bila lapar, lapar dan lapar..
Tidurnya mudah, senyum sahaja..Sedari kecik sudah berdikari.. semuanya mudah berkat dari Ilahi.
Sakit kuning, batuk, demam selsema, itu biasa..ke hulu ke hilir ibu sendiri..Janji anak kecil ini sembuh dan tak susahkan hati mommy.. Aku harapkan anak-anak ini sentiasa di bawah lindungan Allah yang Esa.. menjadi anak-anak yang soleh supaya dapat mendoakan papa yang berada di sana.
Tak lekang dari bibir setiap mereka menyebut papa papa papa..Moga cinta mereka sentiasa mekar hingga ke syurga..Ya Allah, permudahkanlah segalanya.
Sebagai ibu bapa sudah tentu kita ingin anak kita mempunyai imaginasi yang tinggi serta kreatif. Kemahiran berfikir secara kreatif boleh dipupuk sejak dari kecil...