Hilang kata-kata, hanya air mata mengalir saat melihat video terakhir yang dikongsikan di Facebook arwah Hasliza Alias yang meninggal dalam keadaan sangat tragis di tangan suaminya sendiri sebelum dibalut dengan cadar, diletakkan dalam tong dan ditanam di kawasan ladang.
Video sambutan hari lahir anak sulung arwah, Muhammad Dayyan Faiq, yang genap 4 tahun, Februari lalu pastinya menjadi kenangan. Difahamkan sambutan hari lahir anak arwah disambut agak lewat dari tarikh kelahirannya (6 Februari) semata-mata untuk merealisasikan hasrat anak sulung yang inginkan kartun kegemaran sebagai hiasan kek.
Ternyata memori sambutan hari lahir yang ke-4 untuk Faiq adalah hadiah istimewa bonda buat penghuni pertama rahimnya. Paling buatkan ramai yang sebak, tatkala mendengar suara arwah menyanyikan lagu hari lahir dan mendoakan kesejahteraan anak “Allah Selamatkan Kamu.. Allah Selamatkan Abang..” dan meminta si anak sama-sama ikut.. Allahuakbar!
Mungkin waktu ini, walaupun arwah dah ada masalah rumah tangga, namun sebagai ibu, arwah tetap nak berikan yang terbaik buat anak-anaknya dan tidak menunjukkan perasaan sedih itu.
Ternyata walaupun arwah bukanlah orang yang dikenali, namun Allah dah angkat darjatnya di dunia lagi apabila semua orang tak henti mendoakan arwah. Pemergian arwah Hasliza juga turut mendapat perhatian pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun yang sangat sebak dan sedih.
إِنَّا لِلّٰهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعُوْن
“Sesungguhnya kita semua daripada Allah dan kepadaNya jua kita semua akan kembali” Allahu Akbar, kita semua dikejutkan dengan kematian yang begitu tragis. Seorang wanita dan ibu kepada dua orang anak kecil.
SubhanAllah, secara peribadi sungguh saya merasa begitu sayu, apabila melihat antara posting terakhir FB arwah adalah 3 live ceramah saya.
Sungguh indah pemergian arwah
Bermakna saat-saat akhir hidup Arwah adalah dalam keadaan beramal soleh, menyebarkan dakwah dan seruan Nahi Mungkar. Dan posting terakhir arwah pada hari yang dikatakan hilang adalah tentang SOLAT. Bagaimana pula posting kita yang terakhir kelak..
SubhanAllah, sungguh begitu indah pemergian Arwah. Dan tanda Husnul Khatimah ini disebutkan oleh Rasulullah SAW :
Ads
إِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِعَبْدٍ خَيْرًا اسْتَعْمَلَهُ قَالُوا وَكَيْفَ يَسْتَعْمِلُهُ قَالَ يُوَفِّقُهُ لِعَمَلٍ صَالِحٍ قَبْلَ مَوْتِهِ
Maksudnya: Jika sekiranya Allah SWT menginginkan kebaikan terhadap hambaNya, maka Allah SWT menjadikannya sentiasa melakukan amal. Para sahabat RAnhum bertanya, “Bagaimana dia menjadikannya sentiasa melakukan amal?”. Rasulullah SAW bersabda: “Allah SWT akan memberikan taufiq padanya untuk melaksanakan amal soleh sebelum daripada kematiannya. Hadith riwayat al-Tirmidzi: (2142)
Posting terakhir arwah pada hari kejadian sebelum kematiannya
SubhanAllah, sedikit catatan memori akhir Muka Buku Arwah : 1. 1 Mac 2021 posting last arwah tentang solat. 2. 24 Feb 2021 arwah menukar profile picture kepada gambar 2 orang anaknya. 3. 23 Feb 2021 arwah share video live kuliyah saya bertajuk : Seruan Nahi Mungkar 4. 19 Feb 2021 arwah share video live kuliyah saya bertajuk : Tadabbur Surah alKahfi siri 11 5. 18 Feb 2021 Arwah share video live kuliyah saya bertajuk : Punca dan Solusi Keretakan Rumahtangga 6. 14 Feb 2021 Arwah share posting Saudara Firdaus Syakirin. 6. 10 Feb 2021, Arwah muat naik video dan gambar² sambutan hari lahir anak pertama berumur 4 tahun.
Mungkin lagu itu ubat rindu kamu pada bonda..
Saat ini saya menangis tak tertahan kerana mendengar suara arwah melagukan hari lahir dan mendoakan “Allah selamatkan kamu.. Allah selamatkan Abang..” dan meminta si anak sama-sama ikut..
Ads
Duhai Anak, mungkin itulah lagu yang kamu berdua akan ulang-ulang dengar saat kamu dah dewasa kelak, saat kamu rindukan bonda kamu..
“Pemergianmu buat kami pesan-pesan yang indah”
Sungguh, saat ini saya masih terpaku dengan apa yang berlaku, doa demi doa dititipkan buat arwah. SubhanAllah, pemergianmu dalam keadaan meninggalkan buat kami pesan-pesan yang sungguh indah.. Tiada lagi kesedihan dan kesakitan, semoga dirimu disisi Allah dalam RahmatNya dan pengampunanNya. Semoga Barzakhmu seperti Taman Syurga, semoga anak-anakmu penyambung pahala jaariah buatmu..
أَللّٰهُمَّ اغْفِرلَها وَارْحَمْها وَعَافِها وَاعْفُ عَنْهَا وَاجْعَلِ الْجَنَّةَ مَثْوَاهَا
“Ya Allah, ampunilah dia, berilah rahmat, sejahtera dan maafkanlah dia dan jadikanlah surga sebagai tempat istirahatnya” آمين يارب العالمين
Semoga Allah maqbulkan hajat hati saya untuk ziarah bertemu dengan anakanda dan keluarga arwah Hasliza Alias dalam waktu terdekat.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Suami isteri bersama anak lelaki maut selepas kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan lori di Kilometer 216 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, hari ini.
Pegawai Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Muhamad Ezanee Hamat berkata, pihaknya menerima penggilan berhubung kemalangan itu pada 11.02 pagi dan 21 anggota dari Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah, Ayer Keroh dan Tampin dikejarkan ke lokasi.
Menurutnya, sejurus tiba didapati terdapat kemalangan membabitkan Honda Jazz dan lori dipandu seorang lelaki.
“Pasangan suami isteri berusia 28 tahun dan anak lelaki berusia setahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas kesihatan, manakala pemandu lori tidak cedera,” katanya.
Beliau berkata, operasi tamat pada 1.09 tengah hari dan kemalangan menyebabkan kesesakan sejauh lima kilometer.
“Mayat ketiga-tiga mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, ” katanya.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendent Arshad Abu ketika dihubungi memaklumkan mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat.
Bayi berusia enam bulan meninggal dunia. Laporan polis daripada seorang bapa mengenai kematian bayinya berusia enam bulan akibat kemalangan tidak benar apabila bedah siasat mendapati mangsa maut disebabkan perbuatan jenayah.
Bayi Enam Bulan Meninggal Dunia
Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintenden Mohamad Nasir Drahman berkata, pihaknya menerima satu maklumat daripada seorang lelaki iaitu bapa mangsa bahawa bayi lelaki itu berada dalam keadaan tidak sedar di rumah pada Isnin.
“Namun apabila urusan bedah siasat dilakukan, kecederaan tersebut dapat dikesan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Mohamad Nasir berkata, kes tersebut diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan serta jika sabit kesalahan boleh dihukum mati.
Menurut beliau, pihaknya bertindak menahan suspek yang berusia 25 tahun semasa berada di pekarangan Unit Forensik, Hospital Kajang pada Isnin jam 11.30 malam.
Katanya, ujian air kencing ke atas suspek mendapati positif dadah jenis syabu.
Menurutnya, suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga 22 April bagi siasatan lanjut.
Gembira ibu Ainul Mardhiah apabila doktor Malaysia, Dr Amalina Bakri yang sedang bertugas & melanjutkan pelajaran di UK sedia membantu.
Ibu Ainul Mardhiah, 8 bulan yang mengalami kanser Germ Cell Tumor, Nurul Erwani Zaidi mengatakan Dr Amalina telah pun menghubunginya menerusi aplikasi Whatsapp selepas berhubung melalui mesej di Instagram.
“Petang semalam (waktu Malaysia) Dr Amalina ada hubungi saya di WhatsApp, dia beritahu akan bantu Ainul Mardhiah,” kata Nurul Erwani Zaidi, 24, ibu kepada bayi lapan bulan, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang menghidap kanser Germ Cell Tumor.
Nurul Erwani berkata, Dr Nur Amalina Che Bakri cuba menghubunginya dengan membuat carian di Instagram (IG) sebelum mereka berhubung melalui mesej di media sosial itu.
Katanya, selepas mendapat mesej di IG, dia memberikan nombor telefonnya kepada Dr Amalina sebelum doktor yang berpangkalan di United Kingdom (UK) itu menghubunginya menerusi WhatsApp.
MEMINTA LAPORAN PERUBATAN
Nurul Erwani juga menyatakan dalam perbualan mereka, Dr Amalina turut memminta laporan perubatan anaknya untuk membawa isu berkenaan kepada doktor di sana termasuk pakar dalam bidang masing-masing dan akan sentiasa berhubung dengan Nurul Erwani.
“Begitupun, Dr Amalina juga beritahu yang UK sedang cuti umum dua hari, jadi dia hanya dapat kemukakan kepada doktor lain laporan perubatan itu, minggu depan (ini) dan akan terus menghubungi saya selepas bermesyuarat dengan doktor lain,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
IBU GEMBIRA KERANA SUDI CARI JALAN PULIHKAN AINUL
Menurut Nurul Erwani, sebagai ibu, dia gembira apabila ada doktor dari luar negara sudi membantu mencari jalan memulihkan penderitaan yang dialami Ainul Mardhiah.
DR AMALINA INGIN MEMBANTU
Sebelum ini, Dr Amalina menerusi Instagram beliau telah memuat naik status kecenderungannya menjadi doktor untuk membantu orang lain dan mengutarakan penyakit dialami Ainul Mardhiah.
KES AINUL DIANGGAP KOMPLEKS
Dalam statusnya berkenaan dia ada menyatakan yang dia menerima laporan perubatan Ainul Mardhiah daripada Nurul Erwani, malah juga menghubungi beberapa rakan doktornya daripada pelbagai bidang kepakaran untuk membincangkan kes yang dianggap kompleks itu.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.