Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Kisah ayah kepada lima orang cahaya mata yang masih kecil dan kehilangan isteri selepas dijemput Allah kerana penyakit kanser benar-benar buat ramai yang sebak.
Di saat anak masih nak bermanja dan memerlukan kasih seorang ibu, ternyata takdir Allah lebih dari segalanya.
Walaupun diri dah reda tetapi hari-hari yang dilalui tanpa insan bergelar isteri dan ibu pasti cukup dirasai. Sudah pasti perasaan rindu mula menerpa dalam diri suami dan anak-anak yang masih dahagakan kasih seorang ibu.
Menangis panggil mama…
Menjengah ke laman Facebook ayah berjiwa kental ini dengan nama akaun Zhafri Nabilah, tiba-tiba hati menjadi sayu apabila melihat salah satu posting mengenai anak ketiganya, Aisya, yang tidak mampu menahan rindu kepada arwah ibunya.
Menurut Zhafri, anak ketiganya itu pandai berdikari walaupun baru berusia 4 tahun. Nampak ceria, namun siapa sangka disebalik keceriaan itu anak kecil ini sudah mula mengerti apa itu kehilangan.
Ads
Sabarlah anak, aku juga merindui mama mu
Aisya anak ke-3 ku seorang yg pandai berdikari.. baru berusia 4 tahun, namun boleh menjaga adiknya yg berusia 3 tahun. Bagi mandi, cari baju adik, kdg2 utamakan adiknya makan..
Pagi tadi, dia ke sekolah dgn riang dan ceria. Namun ku diberitahu oleh ibu pengasuhnya
“Cikgu hantar aisya balik awal td sebab dia menangis kat sekolah”
lalu ku tanya “Kenapa menangis?”
Ads
“Dia panggil mama! mama!” di sekolah.. Allahu.. rupanya ia mengerti apa yg berlaku..
Perit hati melihat anak-anak menanggung rindu kepada ibu, begitu juga dengan jiwa sang suami yang juga terpaksa menempuh hari-hari mendatang tanpa seorang isteri disisi, yang dulu menjadi tulang belakangnya.
Arwah yang disahkan menghidap kanser telah menghembuskan nafas yang terakhir pada 17 Ogos lalu, meninggalkan lima cahaya mata perempuan.
Tiada kata yang dapat mengungkap kesedihan yang sedang menusuk sanubari keluarga ini, biarlah waktu mengubat kerinduan mereka terhadap insan yang mereka sayangi ini. Semoga, bertemu kembali di akhirat kelak.
Ads
Akan jaga amanah dan beri pendidikan terbaik
Terima kasih kerana menghadiahkan seorang lagi puteri buatku. Pesan terakhirmu akan ku jaga iaitu supaya menjaga anak-anak dengan baik dan memberi pendidikan agama kepada mereka. Kamu juga meminta supaya mereka titipkan al-fatihah kpd ibu mereka setelah selesai solat setiap waktu.
Disaat negara kita ditimpa musibah wabak Covid-19, masih ada segelintir masyarakat yang tidak bertamadun dan memetingkan diri sendiri. Mereka ini sanggup mengambil hak kerajaan yang diagihkan di hospital bagi tujuan alat keselamatan dan kebersihan untuk semua seperti hand sanitizer dan penutup mulut & hidung (untuk ahli perubatan dan kesihatan).
Perbuatan ini sangat tidak bertanggungjawab di saat barisan hadapan negara kita kekurangan sumber ini untuk berjuang melawan Covid-19. Malah ada sesetengah hospital terpaksa mencatu topeng mulut dan hidung ini akibat kekurangan stok.
Permintaan untuk hand sanitizer dan topeng muka dan mulut di pasaran amat tinggi sehingga tidak dapat memenuhi ‘demand’ tersebut dalam masa terdekat. Maka lahirlah golongan yang ‘selfish’.
“Alhamdulillah sempat ambik barang-barang ni dekat serdang”
Tertanya-tanya bagaimana pelik akaun facebook tersebut mendapat bekalan itu, salah seorang pengguna facebook bertanya kepadanya.
Namun jawapan daripada pemilik akaun sangat mengejutkan;
“Abang niene banyak stok, orang kerja hospital kan”
Jawapan pemilik akaun facebook itu mencetuskan kemarahan netizen. Netizen turut mencadangkan agar tindakan diambil oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia kepada pesalah.
Pemilik akaun facebook yang kedua pula menjual barangan tersebut di laman media sosialnya.
“Bukan mencuri tapi dapat daripada sepupu yang bekerja di hospital”
Gambar-gambar screenshot tersebut telah tersebar namun nama pemilik akaun sudah di censored terlebih dahulu.
Jika benar, rakyat Malaysia sangat berharap agar individu-individu ini dikenakan hukuman. Disaat ini kita sepatutnya bersatu hati memutuskan rantaian Covid-19.
Bagi admin pula, biarlah kita tiada mask dan hand sanitizer asalkan kita menjaga kebersihan dan yang paling utama sentiasa duduk dirumah bukan keluar dan menyusahkan pihak barisan hadapan negara.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Niat mahu mendapatkan kucing peliharan yang berkelakuan aneh secara tiba-tiba membawa kepada penemuan bayi perempuan yang dibuang berhampiran kawasan pembakaran sampah di Jalan Dusun Muda.
Bayi perempuan yang masih bertali pusat dan terdapat kesan darah pada anggota badan itu ditemui pada jam 8.10 pagi. Pemilik kucing tersebut, Mohd Norazam Che Wahab. Dia sebelum itu melepaskan kucing betina peliharaannya di luar rumah namun secara tiba-tiba haiwan berkenaan terus berlari pantas ke kawasan rumput berhampiran tempat pembakaran sampah.
“Saya dengar bayi menangis, mula-mula saya ingatkan bunyi kucing lain dan tak nampak apa-apa.
Dia yang bimbang kucing terbabit hilang mengikut haiwan itu berlari dan kemudian berhenti di kawasan sampah berkenaan sebelum terdengar tangisan bayi. Sebaik ternampak bayi tersebut dia kemudian berlari memanggil jiran untuk mengambil dan mengangkatnya kerana bimbang digigit semut.
“Saya tanya jiran, mereka beritahu saya tidak ada bayi di rumah itu sebelum ternampak seorang bayi perempuan tidak berpakaian di atas rumput,”
Penduduk yang membantu mendukung bayi tersebut dan membalutnya dengan sehelai tuala.
“Mereka kemudian keluar ambil bayi tersebut dan balut dengan sehelai tuala. Salah seorang anak jiran pula menghubungi pihak polis untuk memaklumkan penemuan ini,”
Salah seorang jiran memberitahu, ketika keluar rumah pada awal pagi tadi untuk menghantar anak ke sekolah, dia ternampak sebuah kereta berhenti dalam tempoh agak lama di kawasan penemuan bayi perempuan itu. Tapi tak syak apa-apa yang pelik sampailah dia sendiri beritahu perkara itu kepada Norazam selepas penemuan bayi ini.
Mohd Norazam mendukung kucing peliharaannya yang membawa kepada penemuan seorang bayi perempuan di Jalan Dusun Muda. Diharapkan bayi tersebut berada dalam keadaan yang baik dan ditempatkan bersama keluarga yang baik-baik.
Bagi ibu yang menunggu masa nak bersalin, mesti teruja untuk buat persiapan menyambut orang baru. Bukan saja persiapan membeli barangan bayi semata-mata, tetapi mental dan fizikal juga harus bersedia.
Maklumlah proses kelahiran setiap anak tak sama. Ada ibu yang perlu melalui sakit kontraksi beberapa hari, ada tu sakit kejap terus bersalin. Rezeki masing-masing kan!
Namun sebagai ibu yang bakal berjuang antara ‘hidup dan mati’ pasti mahu bersalin di hospital yang lengkap dengan kemudahan dan kepakaran doktor bagi memastikan semua berjalan lancar.
Ada sesetengah situasi, ibu tak sempat sampai ke hospital tetapi bersalin di rumah atau dalam kereta kerana bayi dah keluar. Sama juga keadaan yang berlaku pada seorang ibu apabila viral kisahnya bersalin dalam kereta berdekatan Kuil Batu Caves sempena Hari Thaipusam.
Apa yang menarik perhatian ramai, masing-masing begitu sepakat dan membantu si ibu melahirkan bayi dengan selamat sebelum ambulans sampai.
Perkongsian di FB LK Savantharaja ini menarik perhatian orang ramai kerana si ibu dibantu oleh masyarakat India yang ketika itu datang untuk sembahyang sempena sambutan Thaipusam.
WANITA MELAYU NAK BERSALIN, MUJUR ADA HERO-HERO DI HARI THAIPUSAM
Saya datang sembahyang di kuil Batu Caves pagi tadi. Ternampak seorang wanita minta tolong di luar kuil. Terus saya berlari sebelum nampak seorang ibu bangsa Melayu nak bersalin dalam kereta.
Saya dan beberapa pengunjung lain terus tutup tingkap kereta dengan kain (vesthi). Masa baby selamat dilahirkan, saya bagitau ”KAKAK YOU AND YOUR BABY ARE BLESSED”. Rasa gembira dia selamat timang baby girl.
Ambulans pun terus sampai lepas baby keluar. Sebelum mereka pergi hospital, saya sempat selfie dengan bapa kepada baby tu untuk kenangan.
Kredit: FB LK Savantharaja
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.