Jika orang tak kenal, ramai yang menyangka bakal ibu ini adalah murid sekolah rendah namun bagi Syakila Norazma Amira, 27, atau mesra di panggil Yaya dia dah lali. Mempunyai tubuh yang genit dan menjalani kehidupan sebagai seorang isteri seperti wanita normal lain bukanlah sesuatu yang sukar.

Kisah perkahwinan pasangan suami isteri ini pernah tular kerana keikhlasan si suami menerima wanita kecil molek dengan ketinggian 119cm sebagai isteri.

“Alhamdulillah, Rezeki..” Bakal Ibu, Tinggi 119cm Akan Timang Anak Sulung Februari Depan

Kenal pada 10 Mei 2020, bertunang pada 3 Februari 2021 dan akhirnya mengambil keputusan mendirikan rumah tanggan pada 18 Mac lalu. Walaupun pelbagai dugaan dan  kata-kata dari mulut orang, ternyata rezeki mereka apabila Syakila telah pun mengandung.

@buyahhhalhamdulillah syukur dgn rezeki yg allah bagi. baby dah 11weeks dh. doa kan yaya dgn baby sihat dan dijauhkan dari wabak covid19. amin ##fyp ##esekelii♬ Hanya Rindu – Andmesh

Terbaru, dalam video di TikToknya, Yaya berkongsi berita gembira itu apabila dia bakal menimang cahaya mata pada Februari 2022.

“Alhamdulillah, Rezeki..” Bakal Ibu, Tinggi 119cm Akan Timang Anak Sulung Februari Depan

IKLAN

Sekitar Ogos lalu, Yaya ada berkongsi yang dia pergi menjalani pemeriksaan kesihatan mengandung di klinik ketika sedang hamil 11 minggu. Ketika itu dia sempat meminta doa baik netizen semoga kandungannya selamat dan terhindar khususnya daripada wabak Covid-19.

“Alhamdulillah, Rezeki..” Bakal Ibu, Tinggi 119cm Akan Timang Anak Sulung Februari Depan

Selepas lama tak berkongsi keadaan kandungannya, sedar tak sedar dah nak masuk 6 bulan usia kandungan. Syakila ada memuat naik videonya dan suami yang bersiar-siar sebelum anak sulung mereka lahir tak lama lagi.

@buyahhhbagi cam sikit ibu nak dating dgn daddy sebelum baby keluar😜 ##fyp ##ese♬ suara asli – Mardi97 – ᴍᴀʀᴅɪ

Bagaimanapun, baru-baru ini, Yaya meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir netizen memberi komen berbaur negatif kepadanya.

IKLAN

“Alhamdulillah, Rezeki..” Bakal Ibu, Tinggi 119cm Akan Timang Anak Sulung Februari Depan

Melalui satu hantaran di IG Story, dia akui masih ingat lagi ada mulut-mulut yang mempertikaikan seolah-olah dirinya sukar dapatkan zuriat ketika berkahwin dulu. Namun ujarnya, kuasa dan rezeki daripada Allah SWT jauh lebih besar daripada jangkaan manusia.

“Alhamdulillah, Rezeki..” Bakal Ibu, Tinggi 119cm Akan Timang Anak Sulung Februari Depan

IKLAN

Bukan itu saja, ada yang bertanya macam mana dia nak bersalin nanti memandangkan saiz badannya kecil. Tak mahu memikirkan perkara remeh itu, Yaya mengambil langkah tak mahu memberikan respon tersebut sebaliknya menyerahkan perkara tersebut kepada Yang Maha Esa.

Kredit: TikTok Buyahhh ; terengganutv

**Dengan sukacitanya kami telahpun umumkan Jenama Pilihan Pa&Ma! Untuk senarai penuh dan bagi memastikan Jenama Pilihan Pa&Ma 2021 akan terus menjadi rujukan ibubapa boleh klik ke https://jenamapilihan.majalahpama.my/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI