Ads

SACC Santuni Anak Yatim Sempena Bufet Ramadan ‘Citarasa Orang Kita’

Shah Alam Convention Centre (SACC) kembali memeriahkan bulan Ramadan dengan penganjuran Bufet Ramadan bertemakan Citarasa Orang Kita yang berlangsung bermula 19 Februari hingga 18 Mac. Selain menyajikan pelbagai hidangan berbuka puasa yang menyelerakan, SACC turut mengambil peluang bulan yang penuh keberkatan ini untuk menganjurkan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bersama anak-anak yatim sebagai tanda keprihatinan serta usaha berkongsi rezeki dengan golongan yang memerlukan.

Program CSR ini dianjurkan oleh SACC dengan kerjasama Yayasan Islam Selangor Darul Ehsan (YIDE) serta Pusat Jagaan Pertubuhan Kebajikan & Perlindungan Nur Qaseh Malaysia, dengan Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. sebagai penaja utama. Melalui program ini, seramai 45 orang anak yatim diraikan dalam satu majlis penuh bermakna yang merangkumi sesi penyampaian sumbangan serta majlis berbuka puasa bersama.

SACC Santuni Anak Yatim Sempena Bufet Ramadan ‘Citarasa Orang Kita’

SACC Santuni Anak Yatim Sempena Bufet Ramadan ‘Citarasa Orang Kita’ SACC Santuni Anak Yatim Sempena Bufet Ramadan ‘Citarasa Orang Kita’

Program CSR Bersama Anak Yatim Sempena Bufet Ramadan Citarasa Orang Kita

Inisiatif ini membuktikan bahawa penganjuran Bufet Ramadan Citarasa Orang Kita bukan sekadar acara gastronomi, tetapi turut membawa nilai kemasyarakatan yang tinggi. Majlis ini memberi peluang kepada anak-anak yatim untuk merasai kemeriahan berbuka puasa dalam suasana penuh kasih sayang serta sokongan komuniti.

Selain menikmati juadah berbuka yang lazat, anak-anak yang diraikan turut menerima sumbangan sebagai tanda penghargaan dan keprihatinan daripada pihak penganjur serta rakan penaja. Program ini mencerminkan semangat Ramadan yang menekankan nilai berkongsi rezeki, kesyukuran dan keprihatinan terhadap golongan yang memerlukan.

SACC Santuni Anak Yatim Sempena Bufet Ramadan ‘Citarasa Orang Kita’

SACC Santuni Anak Yatim Sempena Bufet Ramadan ‘Citarasa Orang Kita’ SACC Santuni Anak Yatim Sempena Bufet Ramadan ‘Citarasa Orang Kita’ SACC Santuni Anak Yatim Sempena Bufet Ramadan ‘Citarasa Orang Kita’

Lebih 100 Hidangan Menarik Dalam Bufet Ramadan Citarasa Orang Kita

Bufet Ramadan Citarasa Orang Kita menampilkan lebih daripada 100 pilihan hidangan tradisional pelbagai kaum yang disediakan oleh barisan chef berpengalaman SACC. Setiap hidangan disediakan dengan teliti bagi memastikan kualiti rasa yang autentik dan memuaskan selera para tetamu.

Ads

Antara hidangan menarik yang menanti para pengunjung termasuk Ayam Cili Daun Kesum, Daging Masak Lomak Minang, Ikan Kari Bendi, Stir Fried Squid Celery, Udang Goreng Kunyit dan Siew Pak Choy Garlic. Tidak ketinggalan menu istimewa seperti Kambing & Nasi Kebuli, Sup Periuk SACC serta Nasi Ambeng SACC yang pasti menggamit selera.

Gerai Istimewa Pelbagai Sajian

Selain hidangan utama, para tetamu juga boleh menikmati pelbagai sajian dari gerai istimewa seperti Mee Kari Nyonya, Laksa Utara, Teppanyaki, Pad Thai, Pasta, Kebab & Shawarma. Setiap gerai menyediakan hidangan yang dimasak secara segar bagi memastikan pengalaman berbuka puasa lebih istimewa.

Pilihan pencuci mulut tradisional turut disediakan bagi melengkapkan pengalaman menjamu selera. Pelbagai kuih-muih tempatan serta manisan klasik menjadikan suasana berbuka puasa lebih meriah bersama keluarga dan rakan-rakan.

SACC Santuni Anak Yatim Sempena Bufet Ramadan ‘Citarasa Orang Kita’

SACC Santuni Anak Yatim Sempena Bufet Ramadan ‘Citarasa Orang Kita’ SACC Santuni Anak Yatim Sempena Bufet Ramadan ‘Citarasa Orang Kita’ SACC Santuni Anak Yatim Sempena Bufet Ramadan ‘Citarasa Orang Kita’ SACC Santuni Anak Yatim Sempena Bufet Ramadan ‘Citarasa Orang Kita’ SACC Santuni Anak Yatim Sempena Bufet Ramadan ‘Citarasa Orang Kita’

Ads

Harga Bufet Ramadan Citarasa Orang Kita

Bufet Ramadan Citarasa Orang Kita ditawarkan pada harga RM106 nett bagi dewasa. Manakala kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun boleh menikmati hidangan pada harga RM55 nett.

Dengan pilihan hidangan yang pelbagai serta suasana yang selesa, bufet ini menjadi antara pilihan menarik bagi mereka yang ingin menikmati pengalaman berbuka puasa yang meriah di Shah Alam sepanjang Ramadan.

Bagi mereka yang ingin merancang majlis berbuka puasa bersama keluarga, rakan sekerja atau sahabat handai, tempahan awal amat digalakkan kerana sambutan terhadap Bufet Ramadan Citarasa Orang Kita setiap tahun sangat menggalakkan. Untuk tempahan dan maklumat lanjut  melayari semua platform media sosial rasmi Shah Alam Convention Centre di @shahalamconventioncentre.

SACC Santuni Anak Yatim Sempena Bufet Ramadan ‘Citarasa Orang Kita’

 

Ads

 

 

 

 

 

 

 

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

“Kenapa Bunuh Semua Anak Saya…” Tak Sempat Jumpa Tertuduh Meninggal Tiga...

Tragedi Tiga Beradik Alor Semela pada 2013 masih meninggalkan luka mendalam buat seorang ibu yang kehilangan tiga anaknya. Selepas 13 tahun, persoalan “kenapa bunuh anak saya” masih belum terjawab.