Gelagat pasangan selebriti, Datuk Fizz Fairuz dan isterinya, Datin Almy Nadia tidak pernah membosankan. Ada sahaja aksi pasangan ini yang mencuit hati ramai dengan gelagat mereka.
Datuk Fizz Fairuz yang terkenal dengan sifat lucu dan suka menyakat isteri kali ini turut membuatkan ramai yang ketawa berdekah.
Aksi dan celoteh Fizz yang merawat isterinya ketika sedang sakit buat ramai yang terhibur.
Baru sahaja selesai menjalani pembedahan membuang cyst serta kandungan luar rahimnya, Almy turut ketawa tanpa henti saat disakat suaminya yang tampil sebagai seorang doktor ketika merawatnya di rumah.
Ads
Tidak hanya membawa ubat-ubatan ketika merawat bahkan suami kepada empat orang cahaya mata ini tampil lengkap berpakaian ala doktor yang lengkap tertulis namanya sendiri.
“Saya masuk dulu, assalamualaikum. Jangan terkejut eh, kita cuma nak tahu mana urat,” seloroh Fizz yang hanya menggunakan peralatan berupa permainan anaknya.
Malah Fizz juga turut muncul dengan lengkap berpakaian sut PPE khusus buat isterinya.
Ads
Gurauan dan gelagat Fizz sudah semestinya dipuji wargamaya malah ramai yang menyifatkan Fizz sebagai seorang suami yang pandai mengambil hati dan menceriakan isteri yang sedang sakit.
Tergamaknya si ibu bapa meninggalkan anak ini sendiri, itulah perasaan pertama kali melihat anak kecil ini tidur di tepi jalan beralaskan kotak dan berselimut cuaca dingin malam.
Apabila Abbe Hae bertanya dimana keberadaan si bapa, penghuni jalanan lain berkata bapa kanak-kanak tersebut pergi memancing.
Si ibu pula sedang ditahan di pusat rawatan ketika ini.
Abbe Hae yang geram dengan sikap lepas tangan si bapa yang tidak mengendahkan keselamatan anak kecil ini meminta agar seseorang mengambil anak ini sebelum dia sendiri yang ambil dan tidak akan pulangkan anak ini kembali.
Mujur ada rakan gelandangan lain yang sudi menjaga anak kecil ini sementara menanti kepulangan si bapa. Jika diikutkan hati geram, memang Abbe Hae yang membawa pulang anak ini dan tinggal di bawah jagaanya.
Mendapat tontonan sebanyak 1.9 juta, ramai warga maya sebak melihat keadaan anak kecil yang sebaya anak sendiri tidur beralaskan kotak di tepi jalan tanpa pengawasan penjaga di sisi.
Ibu Bapa Ada Anak Istimewa, Pakar Psikiatri Kongsi Tip, Jadikan Panduan
Anak-anak istimewa merupakan anugerah yang diamanahkan ALLAH kepada kedua ibu bapanya untuk dijaga dan disantuni. Memang berat ujian buat ibu bapa yang diuji dengan kehadiran anak istimewa. Sebab itulah sokongan daripada masyarakat dan orang sekeliling amat diperlukan bagi melancarkan urusan ibu bapa yang terpilih ini.
Memiliki anak istimewa pastinya bukanlah suatu ‘perjalanan’ yang mudah. Anggota keluarga perlu menjadi pendidik terbaik untuk anak-anak istimewa ini. Apabila anggota keluarga sendiri mempunyai kefahaman yang baik tentang keadaan anak istimewa, akan lebih mudahlah masyarakat memahami mereka.
Melalui hantaran pakar psikiatri, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Rozanizam Zakaria dilaman media Facebooknya, beliau berkongsi tip khas buat ibu bapa yang memiliki anak istimewa.
Tip ini khusus buat ibu bapa yang mempunyai anak yang berkeperluan khas, tidak kira apa juga keadaan sama ada Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD), disleksia, autisme, kecacatan intelek, cerebral palsy atau apa juga keadaan yang memerlukan penjagaan khusus.
1. Belajar
Pastikan anda faham diagnosis anak anda. Dapatkan penilaian dan maklumat daripada doktor yang merawat. Dapatkan maklumat sepenuhnya, secara berperingkat, sama ada secara langsung dari doktor atau bacaan yang tepat. Ini termasuk dalam hal rawatan dan pemeriksaan susulan.
2. Daftarkan
Bagi anak yang sudah/akan bersekolah, pastikan anak didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (borang khas JKM yang ditandatangani doktor) sebaiknya pada usia pra-sekolah. Ini penting untuk bagi memastikan anak mendapat keistimewaan yang dikhususkan untuk mereka seperti elaun khas/kemasukan ke pendidikan khas.
3. Sekolahkan
Bincang dengan doktor dan cikgu tentang penempatan sekolah (akan ditentukan oleh JKN setelah borang diserahkan) sama ada kekal di aliran perdana, aliran khas integrasi atau pusat dalam komuniti. Dalam keadaan macam mana pun anak anda, jangan abaikan pendidikan anak.
4. Betulkan perspektif
Letakkan situasi pada perspektif yang tepat. Fahami bahawa tingkahlaku dan keadaan anak anda adalah disebabkan kondisi perubatannya dan bukan sekadar ‘perangai’. Jangan rasa malu atau marah dengan perbuatannya. Suatu hari, bila mereka dewasa, apa yang anda lalui ini mungkin akan menjadi kenangan yang manis untuk anda.
5. Berkompromi
Jangan terlalu tertekan dengan perkara yang kecil. Ada kalanya, jalan terbaik ialah berkompromi daripada menimbulkan persengkataan besar. Ada ketikanya anda terpaksa mengalah bila mereka tidak mahu makan/pakai baju warna oren/duduk di kerusi.
6. Jangan abaikan sisi positif
Kekalkan sisi positif anak anda. Tidak kira betapa sukarnya menjaga anak anda, pasti ada sisi indah dalam kehidupannya. Tuliskan semua perkara positif tentang anak anda dan lihat semula tiap kali anda berasa terlalu tertekan. Contohnya, setiap kali anak membuat salah, mesti dia datang peluk ibunya selepas itu.
7. Jaga diri
Jaga kesihatan anda. Anda adalah orang yang paling penting dalam hidup anak anda. Maka anda perlu kekal sihat dan kuat untuknya. Dapatkan rehat dan tidur yang cukup, jumpa doktor bila sakit dan dapatkan bantuan bila perlu. Jangan jadi hero.
8. Jaga rutin
Tetapkan rutin yang konsisten seperti waktu makan, bermain, tidur, dan keluar rumah. Anak istimewa mudah terkesan dengan perubahan rutin. Permudahkan urusan mereka dan jangan libatkan mereka dengan terlalu banyak aktiviti dalam sehari.
9. Bersifat realistik
Tetapkan jangkaan yang realistik sesuai dengan kemampuan anak anda. Jika anak anda ada masalah autisme, dileksia dan masalah pembelajaran, jangan paksa mereka jadi jurutera/doktor/arkitek bila besar nanti. Biar mereka terokai minat dan kemampuan mereka.
10. Cipta makna kejayaan sendiri
Cipta makna kejayaan untuk anak anda. Sebagai contoh, seorang ibu perlu realistik dan berpada dengan meletakkan tanda aras berjaya bila anaknya boleh solat, mengaji dan berdikari sendiri. Tidak menjadi pelajar harapan sekolah pun tidak mengapa. Raikan kemampuan mereka dan jangan terlalu fokus kepada apa yang mereka tidak mampu lakukan.
Selalu bersangka baik dengan ALLAH. Setiap yang diatur oleh ALLAH adalah yang terbaik untuk masa lalu, masa kini dan masa akan datang. Jangan berputus asa untuk terus berdoa, agar ALLAH pelihara anak-anak ini ketika kita masih ada. Bila kita sudah tiada lagi di dunia ini, anak istimewa ini sebenarnya tiket untuk ibu ayah ke syurga.
Minggu ini tidak tahu hendak pergi ke mana. Apa kata pergi ke Expo Negaraku 2017, di Dataran Merdeka. Selain masuk percuma, pelbagai aktiviti menarik untuk anak-anak boleh didapati di sini. Ekspo yang dianjurkan oleh Unit Perancang Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri dibuka secara percuma setiap hari bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam selama sebulan sehingga 15 Disember ini. Ada masa lagi, segera ke sana!
Terdapat lima kubah yang mesti anda dan keluarga lawati dan setiap kubah menyediakan pelbagai aktiviti yang berbeza. Ikuti perkongsian bapa ini, Reza Hamid mengenai tempat-tempat menarik di expo ini yang menerangkan aktiviti berdasarkan setiap kubah yang dilawatinya. Katanya, alang-alang kerajaan berhabis ribuan ringgit duit negara buat pameran tu, rugilah jika kita tak datang.
Kubah 1: Tuah Dikongsi Bersama
Kubah ini kena baris panjang sikit sebab nak masuk tengok video 5 minit tentang kisah Alia.
Kubah 2: Kemudahan Infrastruktur
Mula-mula masuk nampak terowong bawah tanah. Depan sikit boleh beratur naik tren LRT iaitu reka bentuk sama dalam tren cuma tak gerak.
Bahagian lain pula, anak-anak suka sebab ada simulator bawak bas RapidKL. Boleh anak-anak cuba pegang stereng bawa bas.
Bahagian belakangnya ada menara kawalan kat airport yang mana anak-anak bolehlah cuba jadi pilot untuk landing ke takeoff sambil tengok skrin besar kat depan.
Di kubah ini juga ada ada skrin gergasi bunga-bunga berguguran sambil ceritakan tentang penjimatan air. Sini ramailah orang amik gambar sebab pemandangan cantik.
Bahagian akhir ini memang anak-anak suka sebab ada ruang melukis guna warna kayu. Menariknya lepas lukis, boleh scan di mesin dan lukisan akan didigitalkan sebelum dipancarkan kat skrin gergasi. Pasti anak-anak melompat kegembiraan apabila lihat lukisan mereka di skrin.
Kubah 3: Kehidupan dan Kesejahteraan
Masuk je akan tengok ada 20 buah telefon dari zaman 60-an sampailah 90-an. Telefon ni akan bunyi dan bila angkat adalah rakaman suara beri penerangan ringkas pada kita. Khabarnya, PM Datuk Seri Najib Razak pun akan call kat fon tu dan tengoklah nanti siapa pengunjung yang dapat bercakap dengan beliau bila angkat panggilan.
Ruang lain pula ada pameran rumah PR1MA, perumahan, sekolah, hospital, TVET, wonder women, interaktif wall, video perikanan, pertanian dan sektor utama industri negara.
Kubah 4: Gaya Hidup Malaysia
Rasanya kubah ni paling ramai suka sebab masuk-masuk dah rasa suasana dalam hutan sebab akan akan nampak air terjun multimedia tinggi kedalamaan 10 meter. Bahagian depan tu boleh berjalan atas boadwalk kayu kiri kanan sambil kiri kanan pokok-pokok besar seperti meranti tembaga, keruing dan mempisang.
Selain itu, masuk bilik besar yang dalam design multimedia seakan dalam kereta kabel, lif dari bangunan 118 tingkat Menara PNB118. Bolehlah rasa ‘dibawa’ naik kereta kabel Langkawi, lebuh raya PLUS dan seluruh Kuala Lumpur. Menarik dalam kubah ini.
Kubah 5: Masa Depan Gemilang
Dalam kubah ini ada tilam polestrin empuk untuk baring dan sofa single untuk tengok tayangan multimedia mengisahkan pembangunan negara akan datang. Ada sambungan kisah Alia kat sini bersama Perdana Menteri. Nak tau kena datang sini!
Jika ikut pandangan saya, kubah 2,3 dan 4 yang kena luang banyak masa sebab banyak pameran interaktif untuk kanak-kanak dan dewasa. Lagi satu surau juga disediakan di kawasan berhampiran kubah. Kereta boleh parking kat basemen dataran. Tempat fully aircond jadi memang sejuk terutama kubah 1 dan 5.
MASUK PERCUMA setiap hari sampai 15 Disember bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kicap untuk anak perlu dipilih dengan teliti kerana sesetengah produk mengandungi gula, garam dan bahan tambahan yang tinggi. Ketahui panduan memilih pilihan yang lebih sihat untuk si kecil.