Ibu bapa yang ada anak lebih dari seorang kena faham kasih sayang antara anak-anak kena sama rata dan tak boleh berat sebelah. Walaupun ada di antara kita yang mungkin mempunyai anak ‘favourite’.
Lagi satu tugas ibu bapa juga kena pastikan bonding antara adik beradik juga kena kuat sampai mereka besar. Ibaratnya hubungan silaturahim ini tak boleh putus biarpun masing-masing dah berkeluarga.
Menurut Ustazah Nazirah Abd Rahim sebagai ibu bapa kita kena tanamkan nilai kasih sayang antara anak-anak.
Adik beradik …sejahat mana pun..baik mana pun..tak ada yang lebih baik kecuali menyambung silaturahim dan berkasih sayang kerana Allah.
Ads
Itulah saham ibu bapa kita. Susah mana pun..carilah adik beradik kita.. Tak ada orang lain yang akan kasihi melebihi kasih sayang adik beradik.
Usah biarkan orang lain merosakkan kasih sayang adik beradik kita. Siapapun adik beradik kita merekalah keluarga kita kerana ibu ayah kita yang melahirkan kita dan membesarkan kita.
Bila kita mati adik beradiklah sahaja yang dapat mandikan kita dan kafankan kita yang muhrim.
Ads
Sayangilah adik beradik kita. Berilah nasihat jika adik beradik salah. Ingatkan jika terlupa. Berilah jika kurang dan selalulah hubungi tanya khabar dan berjumpa. Besarnya pahala kita berkasih sayang sesama adik beradik
Ads
Tangisan adik beradik kita akan kita rasai di malam hari syahdu Allah. Benarkah petunjuk ini Ya Allah..solatlah malam bermohonlah pada Allah dan hubungi adik beradik kita bertanya khabar.
Dalam satu rumah yang ada pelbagai kisah suka duka. Subhanallah..makan sama sama..mandi sama..tidur sama gaduh sama. Semua sehingga besar ada rumah tangga sendiri, usah lupakan adik beradik kita.
Jom baca penjelasan dari Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan berkenaan hal ini.
Soalan:
Assalamualaikum. Saya nak tanya boleh tak kalau saya nak namakan anak lelaki saya dengan nama Dayyan Eijaz. Ada maksud yang tidak baik tak pada nama itu? Terima kasih.
Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.
Soal pemberian nama anak adalah satu perkara yang dititik beratkan oleh syarak. Ini kerana, penamaan nama yang baik merupakan di antara faktor dalam membentuk peribadi yang soleh pada diri seseorang itu. Berikut merupakan beberapa nas nabawi yang menunjukkan kepada hal tersebut:
Daripada Abu al-Darda’ R.anh bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
Maksudnya: Sesungguhnya kamu semua akan diseru pada hari kiamat kelak dengan nama kamu dan nama bapa-bapa kamu. Maka perelokkanlah nama kamu. Riwayat Abu Daud (4948)
Hadis ini dinilai sanadnya oleh Imam al-Nawawi sebagai jayyid manakala Imam Shamsuddin Abu Bakr Ibn Ayyub mengatakan bahawa hadis ini sebagai hasan. Maka jelas daripada teks hadis di atas menyatakan bahawa hendaklah seseorang itu memperelokkan pemberian nama anak-anak serta kaum kerabatnya.
Demikian juga berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Wahb al-Jusyamiy bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
Maksudnya: Berikanlah nama dengan nama para anbiya’. Dan nama yang paling dicintai oleh Allah adalah Abdullah dan Abd al-Rahman. Riwayat Abu Daud (4950)
Berdasarkan hadis di atas, Imam Shamsuddin Abu Bakr Ibn Ayyub menyebutkan bahawa Bani Israil dahulu banyak menamakan anak-anak mereka dengan nama Emanuelle, dan maknanya adalah “Tuhan kami bersama dengan kami”. Oleh yang demikian itu, nama yang paling Allah S.W.T sukai adalah Abdullah dan Abd al-Rahman. Dari sudut seorang kanak-kanak itu, apabila dia dapat berfikir dan berakal kelak akan mengetahui bahawa dia adalah hamba kepada Allah dan Allah adalah sayyidnya dan juga maula (penolong) kepadanya. Rujuk Tuhfah al-Maudud (Hlm. 389).
Perkaitan Di Antara Nama Dan Keperibadian
Sebahagian para ulama menjelaskan bahawa terdapat kaitan yang ketara di antara nama dengan seseorang yang dinamakan dengan nama tersebut. Di antaranya adalah sebagaimana yang disebutkan oleh Imam Shamsuddin Abu Bakr Ibn Ayyub Rahimahullah dengan katanya: Secara kesimpulannya, akhlak serta perbuatan-perbuatan yang buruk itu ada hubungkaitnya dengan nama.
Maksud Nama Dayyan Eijaz
Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, berikut kami nyatakan penjelasan berkenaan nama Dayyan Eijaz. Perkataan Dayyan دَيَّانُ mempunyai beberapa maksud seperti berikut:
Maksudnya: Akan dibangkitkan umat manusia pada hari kiamat dalam keadaan telanjang, tidak berkhatan, serta tidak memiliki sesuatu pun. Kemudian Allah S.W.T menyeru mereka: Aku adalah al-Malik dan Akulah al-Dayyan. Riwayat Ahmad (15612)
Manakala perkataan Eijaz إيجاز pula membawa maksud berikut:
Kesimpulan
Sebagai kesimpulan, kami berpandangan bahawa penamaan anak dengan nama Dayyan Eijaz adalah dibolehkan. Ini kerana, nama tersebut tidak membawa maksud yang buruk, dan tidak juga dilarang oleh syarak selain ia turut membawa kepada maksud yang baik. Semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman yang jelas lagi terang kepada kita dalam beragama. Ameen.
Proses membesarkan anak bukan mudah kerana semua ibu bapa akan melalui proses ‘tiada pengalaman’ untuk menguruskan anak pertama. Kadang-kadang kita sendiri tak faham apa yang anak cuba lakukan, apa yang anak cuba katakan. Kadang-kadang segala daya telah dilakukan namun tantrum si kecil masih tak reda.
Namun masanya akan pantas berlalu apabila dia mula mencecah umur yang pandai uruskan diri. Tiada lagi tangisan anak kecil, tiada lagi yang datang nak bermanja, minta di dodoi, minta buatkan susu.. kerana…
TAK SELAMANYA ANAK ITU KECIL…
Anak-anak kecil yang banyak kerenah akan semakin besar dan menjadi dewasa.
Ibu bapa yang sudah dewasa akan menjadi bertambah tua dan lemah tenaga.
Masa anak-anak kita kecil dan banyak kerenah akan berlalu dengan cepat dan pasti.
Namun, masa ibu bapa bertambah tua dan lemah dan tidak berupaya tidak tahu sampai bila.
Oleh itu bersabarlah semasa anak-anak kecil kita masih belum bijak mengawal perlakuan dan berfikir.
Jika dia salah, betulkanlah dengan sabar dan menghormati perasaannya. Dia ada hormat diri, janganlah diruntuhkan dengan idea-idea bongkak yang datang dari ego yang bermaharajalela.
Suatu hari, anak yang dulunya kecil akan lebih besar daripada kita dan lebih bijak serta berupaya daripada kita. Kita akan berlapang dada bila anak-anak ini penuh dengan kasih sayang yang tebal kepada ibu bapanya. Mereka akan menyuap kita dan membersihkan lampin serta tempat tidur kita.
Ya, kita bukan buat baik supaya anak buat baik balik kepada kita. Namun, Allah mentadbir alam ini dengan hukum yang tidak memilih kasih. Diantaranya, hukum TANAM DAN TUAI. Apa yang kita tanam, itulah yang kita tuai.
Kita tanam kasih, maka kasihlah yang kita tuai. Dan ia datang kembali kepada kita berlipat kali ganda tidak semestinya daripada anak-anak kita.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mainan dan anak kecil memang tak dapat dipisahkan. Walaupun di rumah dah ada permainan sama, sampai di kedai, nampak je terus minta nak lagi. Sampaikan ada ibu bapa yang lalu je bahagian mainan, cepat-cepat alihkan perhatian anak.
Mana-mana ibu bapa pasti akan lalui situasi ini. Samalah seperti perkongsian ibu bapa ini di page Gaya hidup minima.
Tempat yang sering buat kami pening kepala sebagai ibu bapa muda suatu masa dahulu.
Kadang-kadang anak ikut sekali dan kami pening mereka nak itu ini yang sebenarnya dah ada seumpamanya di rumah atau memang tak sesuai langsung dengan mereka.
Banyak masa juga kami pening sendiri, sebab sebelum keluar dah dipesan oleh anak yang ditinggal dirumah, balik bawak balik mainan ye.
Anak pandai pesan hasil salah didikan kami juga, asal outstation atau keluar ke pasaraya ada je ‘buah tangan’ mainan untuk mereka.
Kajian menunjukkan anak-anak tak perlukan mainan yang banyak. Mereka sebenarnya lebih fokus bermain dan menjadi lebih kreatif apabila mainan terhad.
Semoga ibu bapa muda tidak ulang kesilapan kami. Sentiasa ada mainan baru dibeli, anak hanya ‘pegang’ sehari dua kemudian bosan dan tersimpan dalam kotak di stor.
Hasilnya pening lagi nak simpan (tak donate atau buang dulu sebab simpan untuk adik-adik mereka nanti).
Akhirnya kami buang dan donate juga setelah ‘sibongsu’ luluskan. Penat mengemas dan mengangkut kotak mainan semasa pindah memang kenangan ‘indah’ yang akan kami wariskan ilmunya kepada anak-anak, biar mereka jadi lebih minimalis dan tak ulang kesilapan kami.
Sebenarnya ‘sibongsu’ masih usia suka bermain dan suka bermain, masih bermain dengan mainan warisan abang kakak.
Sekarang kami dah tak beli baru melainkan betul-betul special dan baru macam pop it. Ayat yang kami selalu ulang sekarang: bajet beli mainan (hadiah) ni kita guna untuk pergi jalan-jalan atau makan-makan ye. Syukur dia setuju dan happy je.
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.