Salahkah saya biarkan anak tidur dipangkuan? Perkara utama yang GAGAL di fahami ramai ibubapa ialah hakikat bahawa bayi 0-3 bulan mempunyai konsep hidup yang sangat berbeza dari bayi yang lebih berusia. Ia di gelar fasa ‘trimester ke-4 yang hilang’.

Salah Ke Biarkan Bayi Tidur Dipangkuan? Bayi 0-3 Bulan Tidur Lebih Lena Gaya Ala Rahim

Trimester ke-4 merujuk kepada 3 bulan pertama hidup bayi SELEPAS dilahirkan (jika bayi lahir cukup bulan). Ia merupakan lanjutan dari 3 trimester yang telah bayi habiskan dalam kandungan:

3 bulan awal kehamilan (trimester pertama) + 3 bulan tengah ( 2nd trimester) + 3 bulan akhir (3rd trimester).

Habis tu, “..yang hilang” itu apa? Yang hilang itu adalah rahim. Maksudnya apa?. Bayi merasa seperti masih berada dalam rahim walau hakikatnya dia telah di lahirkan ke dunia ini. Ayat mudahnya; bayi tak boleh ‘move on’ lah tu. Kerana itu,bayi 0-3 bulan juga disebut ‘belum menetas’ dan bayi 4 bulan ke atas pula telah (hatching).

Buktinya? Jika anda berminat mahu bukti yang agak rumit, maka boleh cari sebarang artikel mengenai perbezaan otak bayi 0-3 bulan VS bayi 4 bulan ke atas.

Saya di sini lebih berminat menerangkan bukti yang lebih mudah bagi manfaat ramai pembaca. Baik. Saya beri 1 contoh:

Bayi 0-3 bulan menangis secara reflek. Bayi tak berfikir dan tak belajar untuk menangis. Jika belum masanya bayi menangis, dia tak akan menangis biar siapa pun yang datang kepadanya. Jika sampai masanya bayi menangis, walau yang cuba menenangkan dia adalah ibu dan ayahnya sendiri, bayi akan terus menangis jika ibu dan ayahnya tiada kemahiran mententeramkan bayi. Namun, jika yang datang menenangkan bayi itu adalah ‘orang asing’ dalam hidup bayi, namun orang itu tahu cara tepat menenangkan bayi, bayi pasti dapat bertenang

IKLAN

Kenapa? Tidakkan bayi kenal ibubapa sendiri? Oh, bayi SANGAT kenal ibunya dari hari pertama lagi. Cuma, di usia 0-3 bulan, bayi belum pandai pilih-pilih orang. Bayi menangis atau bertenang bukan kerana orang, tetapi kerana mahirnya seseorang itu mematikan reflex menangis bayi. Dan, HANYA ADA SATU CARA paling efektif untuk melakukan ini,iaitu dengan cara menenangkan bayi dengan teknik yang menyerupai alam rahim. Kenapa? Kerana bayi masih belum sepenuhnya ‘move on’ dari alam rahim.

Beza halnya jika yang sedang menangis itu adalah bayi yang telah melepasi usia 3 bulan. Misalnya, cuba anda ambil bayi 6 bulan dari tangan ibunya, majoriti bayi akan dengan segera menangis kerana takutkan wajah asing anda. Ini kerana di usia ini, tangisan bukan lagi dalam bentuk reflek. Sebaliknya, bayi telah pandai berfikir dan membuat kira-kira bila dia perlu menangis. Dah maju ler tu..

Baik, berbalik pada alam rahim. Ia bermaksud, semua bayi 0-3 bulan akan bertenang dan tidur lebih lena JIKA di tenangkan dan di tidurkan gaya ala rahim. Caranya?. Secara ringkas:

Bayi telah duduk dalam keadaan berlipat dan menggerekot (di gelar fetal positioning) selama 9 bulan. Tak cukup pula, di tambah lagi dengan dinding rahim yang membalut kemas posisi begitu. Oleh itu, bayi telah terbiasa merasa bagai di peluk dan didakap sepanjang masa.

IKLAN

MAKA , sentiasa lah beri bayi rasa bagai di dakap dengan apa cara pun untuk dia kekal tenang dan lena. Nak dakap, dukung, peluk, riba atau gendong  SILALAH. Jika dah penat atau tak larat  BEDUNGLAH untuk di letakkan di bawah (tiarapkan bayi kecil).

Bayi telah duduk terapung dalam kandungan, di kelek ibu ke sana ke mari. Oleh itu, mereka telah terbiasa merasa bagai di hayun.

MAKA, bayi cari dan gemarkan rasa berhayun. Nak dodoi, tepuk, menari pusing-pusing satu rumah dengan bayi, dukung bawa bayi berjalan-jalan naik turun rumah atau gendong  SILALAH. Jika dah penat atau tak larat  gunalah buaian bayi (pastikan dari jenis buai patuh ciri keselamatan yang utama).

Kenapa Bayi Hisap Jari Sejak Dalam Kandungan

Bayi telah biasa menghisap jarinya seawal usia kandungan 6 bulan sebagai latihan untuk memudahkan proses penyusuan selepas kelahiran. Ini jelas, bayi di dalam kandungan menghisap bukan sebab lapar , kerana makanan di salur menerusi plasenta. Namun, ‘kesan sampingan’ latihan hisapan ini ialah, selepas dilahirkan, bayi tetap juga mahu menghisap sesuatu walau telah kenyang. Tabiat ler tu..

IKLAN

MAKA, nak biarkan bayi memerap di dada (mengempeng)  SILALAH. Jika tak larat  gunalah puting tiruan (sebab bayi bawah 4 bulan belum kuat koordinasi ototnya untuk hisap ibu jari. Ini lain ceritanya dengan semasa dalam rahim. Rahim yang sempit dan badan yang berlipat menyebabkan tangan bayi memang dah berada dekat dengan mukanya).

Maka jelas, TIADA SALAH jika mahu anak tidur berpeluk didada atau diriba ibu. Malah TIADA SALAH jika mahu anak berdodoi berjam-jam dan mengempeng lama-lama.

SAMA JUGA TIADA SALAHNYA jika mahu anak berbuai atau berputing. Semua cara ini SAMA WALAU TAK SERUPA. Dan..bayi tak kisah cara apa pun yang beri, IBU ATAU ALAT, dia pasti gembira dan lena. Kerana bayi hanya menuntut apa yang rahim telah biasakan dia.

Jadi, sesama ibu USAH membeza antara satu sama lain hanya kerana pilihan kita berbeza kerana tujuan akhir ibu tetap sama : iaitu membuat bayi tenang dan lena.

Nota: menjelang usia 4 bulan, bayi sudah boleh menerima pelajaran untuk tidur tanpa atau dengan bantuan minimum sahaja dari ibu atau alat. Pelajaran tidur ini dilakukan secara berperingkat namun tidak akan dibincangkan di sini.

Sumber: Baby Language

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI