Anak terlampau kuat merajuk pastinya memeningkan kepala ibu dan ayah. Melayan karenah si anak dengan rajukan setiap masa pastinya menjentik rasa kesabaran yang tinggi. Soalnya mengapa anak terlampu suka merajuk setiap masa atau ini hanya sekadar permainan emosi mereka di kala usia ini.

Menurut Puan Aisyah Kassim, yang merupakan Patologis Pertuturan-Bahasa, anak-anak yang sedang membesar sememangnya banyak karenahnya, terutamanya bagi yang masih kecil dan cuba mempelajari untuk memahami dunia dan sekeliling mereka.

Usia 1 hingga 2 tahun merupakan usia di mana kanak-kanak belajar melalui penerokaan benda, perkara-perkara yang terjadi dan orang-orang di sekeliling mereka.

Salah Sikit Je Terus Merajuk, Cara Anak Berekspresi, Mak Ayah Perlu Bantu Alihkan Perhatian!


Menurut teori perkembangan kognitif (kemahiran berfikir) Piaget, kanak-kanak berusia 0-2 tahun berada dalam tahap perkembangan sensorimotor iaitu mereka belajar dengan cara melihat, mendengar, merasa, menggenggam dan mengisap.

Dan spesifik bagi kanak-kanak 1-2 tahun, mereka mula meneroka dan belajar melalui kaitan sebab dan akibat. Di mana mereka akan cuba memanipulasi sebab untuk melihat akibat perbuatan mereka itu. Sebagai contoh, kanak-kanak akan menangis untuk mendapatkan apa yang mereka ingini.

Menangis —> Dapat mainan
(Sebab) (Akibat)

Mengikut Dr. Robert Marvin, Pakar Psikiatri kanak-kanak, kanak-kanak 2 tahun sudah boleh merasai pengalaman emosi yang menyeluruh. Jadi pada usia ini, mereka baru mula untuk belajar memahami dan mengawal emosi-emosi tersebut. Ini menyebabkan kita dapat melihat emosi kanak-kanak ini sentiasa berubah dengan cepat.

Salah Sikit Je Terus Merajuk, Cara Anak Berekspresi, Mak Ayah Perlu Bantu Alihkan Perhatian!

Jadi, tak hairanlah jika pada usia 1-2 tahun ini kanak-kanak akan mencuba pelbagai cara untuk memanipulasi keadaan dan orang-orang sekeliling mereka termasuklah merajuk.

Pada usia ini, kanak-kanak merajuk ditunjukkan dengan kelakuan-kelakuan seperti menangis, merengek, menjerit atau memukul.

FAKTOR DAN KESAN RAJUK

Kanak-kanak 1 hingga 2 tahun mempunyai kosa kata yang sedikit. Ini menyebabkan mereka sukar untuk menyampaikan kehendak dan emosi mereka secara verbal. Jadi cara terbaik adalah dengan merajuk. Tambahan pula, ibubapa sukar untuk memahami apa yang cuba disampaikan oleh kanak-kanak yang mungkin akan memburukkan lagi rajukan mereka.

Sekiranya ibubapa kurang memainkan peranan ketika ini, kanak-kanak akan mengalami kesukaran untuk mengekspresikan emosi mereka dengan betul. Kelakuan tersebut akan berterusan dan semakin lama ianya makin sukar untuk ditangani.

Ini boleh menyebabkan tekanan pada kanak-kanak dan ibubapa itu sendiri. Tekanan yang terhasil akan menyebabkan pembelajaran kanak-kanak juga akan terganggu kerana kesukaran ibubapa untuk memberikan input yang tepat pada mereka.

IKLAN

Salah Sikit Je Terus Merajuk, Cara Anak Berekspresi, Mak Ayah Perlu Bantu Alihkan Perhatian!

Selain itu, kanak-kanak usia ini juga mempunyai daya berfikir yang terhad. Mereka merasakan bahawa mereka tidak mempunyai alternatif lain jika mereka tidak dapat apa yang mereka ingini pada masa tersebut. Sebagai contoh, kanak-kanak ingin bermain dengan pisau dan ibu menyebut “jangan”.

Pada masa itu mereka akan merasakan bahawa tiada lagi perkara yang menarik untuk mereka lakukan dan akan bermulalah episod tangisan atau jeritan mereka. Untuk situasi ini, ibubapa perlu bijak menangani situasi. Ingat, pada usia ini kanak-kanak mempunyai tumpuan yang pendek dan minat mereka boleh berubah dengan cepat.

Jadi ibubapa boleh menggunakan cara mengalihkan perhatian mereka pada sesuatu yang lain. Dengan cara ini juga, kanak-kanak akan belajar bahawa terdapatnya alternatif lain untuk mereka lakukan dan ianya juga menyeronokkan. Dan sudah semestinya, mereka juga boleh belajar untuk mengawal emosi.

Salah Sikit Je Terus Merajuk, Cara Anak Berekspresi, Mak Ayah Perlu Bantu Alihkan Perhatian!

Ada kalanya, kanak-kanak merajuk disebabkan oleh keinginan mereka untuk mendapatkan perhatian dari orang dewasa. Kanak-kanak pada usia ini sukar untuk membezakan perhatian yang baik atau pun tidak.

Bagi mereka, semua perhatian dari orang dewasa adalah baik. Jadi, jika kelakuan merajuk mereka mengundang kemarahan anda, mereka tidak kisah kerana yang penting bagi mereka adalah perhatian yang diberikan.

Jadi ketika ini, adalah sangat penting bagi ibubapa membezakan rajuk mereka agar anda tidak memberikan perhatian kepada sikap yang negatif dan menyebabkan sikap itu berterusan sehingga mereka meningkat usia.

Sebagai contoh, kanak-kanak memukul adik dan dengan cara itu ibubapa akan memberi perhatian padanya dengan memarahi atau menegur mereka. Dari sini mereka akan belajar bahawa kelakuan tersebut boleh menarik perhatian ibubapa, jadi mereka akan meneruskan kelakuan tersebut walaupun dimarahi berkali-kali. Begitu juga dengan sikap tantrum dan sebagainya.

IKLAN

Kanak-kanak 1-2 tahun memang masih kecil dan comel, tapi jangan terpedaya kerana mereka juga boleh menjadi sangat manipulatif. Mereka akan cuba memanipulasi keadaan untuk mendapatkan keinginan mereka. Ada kalanya kita lihat kanak-kanak berguling dan menangis apabila mereka tidak diberikan apa kemahuan mereka.

Seperti yang disebut oleh Piaget, kanak-kanak belajar dengan sebab-akibat. Jadi sekiranya mereka boleh mendapatkan apa yang mereka mahu dengan bergolek, kelakuan tersebut akan diteruskan untuk perkara-perkara lain juga. Sekiranya ianya tidak berjaya, mereka mungkin akan mencuba cara lain pula.

Jadi ibubapa perlu berhati-hati apabila memberi respon pada rajuk anak kerana mereka sangat bagus untuk mengaplikasikan tingkahlaku rajuk dalam semua perkara. Ada yang sehingga usia 5 tahun atau 6 tahun masih lagi melakukan perkara yang sama.

Ini mengganggu proses pembelajaran mereka terutamanya apabila pada mereka memasuki usia persekolahan. Dan jangan terkejut jika sikap tersebut terbawa-bawa sehingga mereka remaja.

Salah Sikit Je Terus Merajuk, Cara Anak Berekspresi, Mak Ayah Perlu Bantu Alihkan Perhatian!

TANGANI RAJUK

Ada kalanya memang sukar untuk memahami dan menangani rajuk anak, tetapi jangan kita lupa bahawa rajuk tersebut adalah sebahagian daripada proses pembelajaran untuk membentuk emosi dan tingkah laku mereka.

Pada ketika ini, adalah sangat penting untuk ibubapa mengajar mengenai emosi atau perasaan. Ibubapa tidak boleh mengharapkan yang kanak-kanak akan memberitahu emosi mereka sedih, gembira, dan sebagainya kerana mereka masih lagi tidak memahami kosa kata tersebut. Tapi anda boleh mengajar mereka dengan melabel emosi tersebut.

Sebagai contoh “adik marah ke” atau adik sedih ya” dan sebagainya mengikut situasi yang sesuai. Dengan cara ini kanak-kanak boleh belajar bahawa ada perkataan yang boleh mereka gunakan untuk menyatakan perasaan mereka.

IKLAN

Salah Sikit Je Terus Merajuk, Cara Anak Berekspresi, Mak Ayah Perlu Bantu Alihkan Perhatian!

Apabila usia anak menghampiri 3 tahun, mereka sudah mulai faham perkataan tersebut dan mereka akan meluahkannya melalui perkataan yang mana ianya lebih sesuai.

Memang kanak-kanak 1-2 tahun ini masih kurang faham mengenai perasaan, tetapi tidak bermakna yang ibubapa boleh mengabaikan tingkah laku mereka yang negatif. Sebagai contoh kanak-kanak merajuk kerana tidak mendapat sesuatu yang mereka inginkan.

Di samping melabel emosi anak seperti sedih atau marah, anda juga perlu mengajar anak bahawa mereka tidak boleh bergolek, tantrum atau memukul. Mungkin pada awalnya mereka tidak faham kenapa, tetapi mereka akan belajar konsep bahawa: Apa yang mereka rasa adalah perasaan biasa dalam kehidupan, tetapi sikap yang boleh menyakiti atau merosakkan sesuatu tidak boleh diterima.

Salah Sikit Je Terus Merajuk, Cara Anak Berekspresi, Mak Ayah Perlu Bantu Alihkan Perhatian!

 

Dan ingat, jangan sekadar melabel sikap yang negatif sahaja, sebutkan juga sikap positif yang dilakukan oleh kanak-kanak.

“Pengajaran ini bukan sekadar belajar tentang perasaan, tetapi ianya pembelajaran awal untuk menyesuaikan diri dengan masyarakat, menguruskan kemarahan, memahami perasaan dan bergaul dengan orang lain”

Artikel berkaitan: Kuat Merajuk & Suka Berbohong, Rupanya Tu Cara Anak Tunjuk Rasa Kurang Secure & Yakin Diri, Ini Yang Ibu Ayah Kena Tahu

Anak Sulung Merajuk Tengok Mama Lebihkan Adik Baru Lahir, Belilah Jiwa Anak Sulung

Salah Sikit Je Terus Merajuk, Cara Anak Berekspresi, Mak Ayah Perlu Bantu Alihkan Perhatian!

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI