Sambal belacan dianggap sebagai pembuka selera bila makan dengan nasi. Hanya satu lauk je, ada nasi panas-panas dan ulam sikit memang boleh bertambah makannya. Cuma cara membuat sambal belacan ni ada pelbagai versi.
Tapi ingat, sambal belacan ni jika silap cara membuatnya boleh buat sakit perut ye. Bukan itu saja, boleh jadi cepat berbuih walaupun dah simpan dalam peti sejuk. Jika buat dalam kuantiti sikit dan hanya sekali makan saja tak ada masalah tetapi jika nak buat stok caranya mesti betul.
Bagi penggemar sambal belacan, tip yang dikongsikan oleh Nurulain Insyirah ini boleh dipraktikkan.
Jom buat stok sambal belacan simpan dalam peti…boleh makan dengan nasi panas-panas. Ikan goreng+timun batang.
PETUA SAMBAL BELACAN
Tips 1
Bakar belacan sekejap supaya sambal kita lebih beraroma
Tips2
Guna asam jawa yang dibancuh dengan air suam. Petua supaya sambal belacan tahan lama
Ads
Tips 3
Limau kasturi yang dikisar bersama kulit (buang biji) sambal lebih wangi dan sedap
Tips 4
Tinggalkan beberapa biji cili api yang masih bertangkai. Petua supaya tidak sakit perut makan sambal
Nak dapatkan mesin pengisar pada harga yang menarik, klik sini
Cara buat ikut urutan
(kisar kasar bahan-bahan ni)
Ads
1. 6 biji limau kasturi (buang biji)
2. 50g belacan yang telah dibakar
3. 3 biji cili merah+1biji cili hijau
4. 8 biji cili padi hijau
5. 25 biji cili padi merah
6. 100ml air asam jawa pekat
7. Masukkan sedikit gula dan garam
Nak buat banyak untuk buat stok pandai-pandai lah tambah bahan-bahan tu ya.
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Ads
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu? Just daftar je kat sini https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aku-tak-takut-beranak/
FREE je tau Webinar ni!!
———————————————————–
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau anda teringin nak masak Lontong kuah lodeh di pagi raya tapi tak pandai, jangan risau hari ini pa&ma akan kongsikan resipi lontong kuah lodeh cara khairul aming. Mudah rupanya nak masak menu ni. Jom cuba!
Sumber: Khairul Aming
Kuah Lodeh:
– 3 biji bawang merah
– 4 ulas bawang putih
– 3 cili padi merah
– 2 ketul kunyit hidup
– 4 sudu udang kering yang telah direndam air
– 1 liter air
– 2 batang serai
– Lengkuas sebesar ibu jari
– 3 kotak kecil santan
– Udang
– Kubis
– Lobak merah
– Kacang panjang
– Fucuk
– Suhun
– Garam, gula & serbuk perasa
Sambal Bilis:
– 3 biji bawang merah
– Segenggam cili keriang yang telah direbus
– 3 ulas bawang putih
– 2 biji lada merah
– Sedikit belacan
– Air
– Sedikit air asam jawa
– Garam, gula & serbuk perasa
– Ikan bilis
Rendamkan fucuk dan suhun dengan air sehingga kembang.
Kisarkan 3 biji bawang merah, 4 ulas bawang putih, 3 cili padi merah, 2 ketul kunyit hidup, 4 sudu udang kering yang telah direndam air.
Masukkan bahan yang dikisar, 2 batang serai, Lengkuas sebesar ibu jari dan 1 liter air. Tunggu sehingga mendidih kemudian masukkan 3 kotak kecil santan.
Masukkan udang bersama kepala udang untuk kekalkan rasa manis. Tunggu sehingga masak.
Seterusnya masukkan sayur kubis, lobak merah, kacang panjang dan fucuk serta suhun yang telah siap direndam tadi.
Kacau sebati, masukkan garam, gula dan serbuk perasa. Dah siap bahagian kuah lodeh!
Seterusnya, cara penyediaan sambal ikan bilis:
Kisarkan 3 biji bawang merah, segenggam cili kering yang telah direbus, 3 ulas bawang putih, 2 biji lada merah dan sedikit belacan.
Tumiskan bahan kisar tadi dalam minyak yang panas sehingga pecah minyak.
Masukkan sedikit air asam jawa dan tambahkan serbuk perasa, garam dan gula secukupnya.
Akhir sekali masukkan segenggam ikan bilis dan tumiskan lagi sehingga pecah minyak. Dah siap.
Untuk nasi impit, rebuskan nasi impit segera.
Tempe dan tauhu goreng garing
Rebuskan telur
Selamat mencuba! semoga pagi hari raya nanti kita dapat cuba masak mengikut resipi ini dan hasilnya sedap.
Bila ada anak kecil mama memang kena lebih kreatif dalam menyediakan makanan yang berkhasiat supaya bayi tak jemu dan tak tolak makanan. Yang penting dalam setiap resipi mama sedia pastikan tiada garam dan gula ya!
Kalau mama nak cuba buat makan pagi atau petang untuk si manja mama yang dah masuk 9 bulan dan ke atas boleh cuba resipi apam oat labu yang mudah ni. Selamat mencuba!
Mama Adyan bersiaran untuk menu 9 & 10 bulan. Macam biasa 👶 pantang nampak makanan,sengih smpai telinga hati banyak senang nyonya oii🤗🤗healthy food for baby😘😘
Bahan-bahan:
2 sb rolled oat organic
1 biji Telur
1 sb cream cheese
1 sk kismis
Labu – 12 potongan kecil (yang ni agak-agak je ikut rentak hati)
1 sb susu formula (jika baby tidak minum fm, ganti dengan susu full cream (sukatan agak-agak jangan terlalu cair atau terlalu pekat)
Kuih yang senang nak buat dan satu keluarga boleh makan pastinya menjadi pilihan ibu. Antara salah satunya baby cakoi yang di cicah dengan sos pandan kastard.
Dengan teksturnya yang lembut dan dimakan panas-panas memang tak sedar boleh habis satu pinggan. Kalau tak mahu cicah dengan sos pun, cicah dengan air teh atau kopi panas-panas pun sedap.
Perkongsian resipi dari Siti Khadijah ini bolehlah dicuba.
RESIPI BABY CAKOI SOS PANDAN KASTARD
Bahan-bahan doh Baby Cakoi
2 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh yis
1 sudu teh gula halus
1/2 sudu teh garam
250 gm air suam
Cara-cara
1. masukkan air suam + yis + gula ( gaul sebati )
2. masukkan tepung dan garam
3. rehatkan doh selama 30 minit
4. selepas rehat , gaul doh untuk buang udara dalam doh, rehatkan kembali selama 30 minit
5. sedia untuk dicanai dan buat bentuk. Goreng minyak penuh sehingga garing
1. masukkan kuning telur + gula ( gaul hingga gula sedikit larut)
2. masukkan tepung ( gaul hingga rata )
3. panaskan santan dan air hingga mendidih
4. campurkan santan ke dalam bancuhan telur ( sedikit demi sedikit )
5. masukkan pewarna hijau dan perisa pandan
6. masak diatas api hingga pekat
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.