Kek marble antara kek pilihan yang menjadi kegemaran ramai kerana teksturnya yang lembut. Berbanding kek moden yang pelbagai jenis, kek ini tak cepat muak berbanding dengan kek aising yang pelbagai corak.

Bagi memberi pilihan untuk anda, Resipi Cikgu Azlina ini boleh anda cuba kerana ia cukup gebu dan mudah sangat-sangat untuk membuatnya.

Bahan asasnya sama, cuma bagi resipi Kek Marble Yogurt Paddle Pop ini ia menggunakan yogurt asli sebagai bahan utamanya.

Marble Yogurt Paddle Pop Viral

Kek Marble Yogurt Paddle Pop Viral. Warna Cantik, Teksturnya Lebih Lembut & Lembab!

6 biji telur gred b
1 cawan gula castor 170-180g
1 sudu besar ovalate
2 sudu kecil esen vanila
5 sudu besar yogurt asli tak kisah jenama apa

Kek Marble Yogurt Paddle Pop Viral. Warna Cantik, Teksturnya Lebih Lembut & Lembab!

IKLAN

Ok jangan lupa, tambah tepung self rising 2 cawan (200g) dalam tu dan 5 sudu besar susu pekat. Dalam resepi ni tak menggunakan susu segar dalam adunan ya sebab dah di ganti dengan yogurt.

Mana-mana yang suka rasa lebih bersusu boleh kurangkan sikit tepung 170 gram plus 30 gram susu tepung

Kek Marble Yogurt Paddle Pop Viral. Warna Cantik, Teksturnya Lebih Lembut & Lembab!

Ok putar 3 minit slow. Kemudian naikkan hight speed sampai gebu macam gambar di atas. Angkat kepala mixer adunan tak jatuh ke bawah maka adunan kamu perfect.

IKLAN

Kek Marble Yogurt Paddle Pop Viral. Warna Cantik, Teksturnya Lebih Lembut & Lembab!

Butter atau majerin tu cairkan awal-awal ya. Dah cair baru sukat 160 gram dalam 1 cawan lebih sikit je. Dan kalau majerin atau butter tu suam lagi bagus kek lagi moist

Kek Marble Yogurt Paddle Pop Viral. Warna Cantik, Teksturnya Lebih Lembut & Lembab!

IKLAN

Ni contoh colour mak guna. Kalau nak guna jenama lain pun boleh je.

Kek Marble Yogurt Paddle Pop Viral. Warna Cantik, Teksturnya Lebih Lembut & Lembab!Ok guna loyang 9×9. Adunan dituang bertindan antara satu sama lain di tengah-tengah sampai habis hentak kan sikit. Permukaan dia cuma lorek-lorek biasa je. Suhu oven set dulu 170 panaskan 5 minit.

Turunkan 150 darjah set masa 45-50 minit, masukkan loyang tadi dan letak tgkat rak bawah sekali dan tunggu sampai masak.

Kalau lepas 40 minit jangan buka oven goyangkan pintu oven je tengok tengah-tengah adunan kek tu kalau masih bergoyang teruskan membakar. Jangan cocok tengah-tengah kek tu awal-awal mendap tengah kek nanti. Dah masak terbalik kan atas redai dan tunggu 2-3 jam untuk corak atas dia. Siap!

Kredit Resipi: Azlina Ina Fans

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI