Sambal ikan bilis segera yang dijual di kedai sememangnya jadi pilihan kita sebagai penambah rasa dalam sajian kita. Ia sentiasa jadi pilihan kerana ikan bilis kekal rangup malah rasanya cukup sedap.
Nak tahu apa rahsia kerangupan sambal bilis itu? Selalu kita tertanya-tanya. Rupanya inilah rahsianya yang dikongsikan oleh Noriza Jaja. Tiada penambahan air dalam sambalnya. Patutlah kekal rangup. Jom cuba!
Akak nak share resepi SAMBAL BILIS RANGUP yang orang duk jual tu. Akak dah buat memang rangupp berhari-hari tau. Makan dengan apa saja pun sedap. Yang pasti memang takde guna air dalam sambal ni sebab tu sambal ni rangup.
SAMBAL BILIS RANGUP
Ikan bilis -dibasuh dan di toskan hingga kering.
Bawang kecil -dihiris halus(basuh bawang dulu pastu baru hiris tau)
Bawang putih -pun dihiris.
Cili kering -di basuh dan keringkan
Asam keping, garam dan gula
Tepung beras, tepung jagung dan tepung gandum @ Tepung Tempura Bestari
Gaul ikan bilis dengan ketiga-tiga tepung tadi. Akak lebihkan tepung beras dari tepung yang lain. Sukatan agak-agak je InshaAllah tetap garing bila betul cara goreng nye.
Gaulkan juga bawang kecil, bawang putih tadi dengan tepung-tepung tadi.
Ads
Panaskan api sederhana besar dan goreng bawang kecil dan bawang putih dulu berasingan. Kena kawal api ye kalau tak hangus nanti. Agak-agak dah golden brown boleh angkat dan toskan.
Pastu gorengkan ikan bilis hingga garing toskan.
Ads
Cili kering tadi digoreng dalam 2-3 minit atau agak-agak garing tapi jangan sampai hangus nanti pahit. Kemudian kisar cili kering TANPA AIR ye.
Dalam kuali dengan sedikit minyak tumis cili kering tadi kemudian masukkan garam dan gula dan juga asam keping. Gula lebihkan sikit ye. Kacau sampai gula dan garam larut.
Kemudian tutup api dan sejukkan sambal. Bila dah sejuk baru masukkan bahan-bahan goreng tadi dan kacau rata.
Ads
Siap untuk dinikmati.
Edit post: Jika terbanyak minyak masa menggoreng takpe..korang just kaut sambal bilis yang dah di gaul dengan semua bahan-bahan tadi dan toskan dengan penapis. Kemudian lapik dengan tisu dapur dalam bekas kedap udara dan tuang sambal bilis tadi.
Selalu tengok makanan korea “Japchae” dalam drama kan, nak buat menu ni tak susah pun. Menu yang berkhasiat ada bermacam sayuran ni boleh dinikmati bersama anak-anak sebab tak pedas pun!
Kalau nak guna suhun untuk gantikan bahan utama iaitu mi kaca pun tiada masalah. Mari ikuti perkongsian resepi di bawah oleh Puan Zurina Zulkefli.
Sumber: Puan Zurina
Bahan-bahan:
Mi kaca (glass noodle)
Biji bijan
Sayur Pak choi atau bayam (direbus)
Telur dadar (digoreng dan dihiris)
Lobak merah (dihiris memanjang dan disangai)
Cendawan shitake (dihiris memanjang)
Cara-cara penyediannya:
Rebus mi kaca selama 5 minit sehingga lembut, kemudian toskan. Letak tepi.
2. Sediakan sos hitam dengan mancampurkan kesemua bahan di bawah dan masak di atas kuali:
3 sb kicap cair/masin.
3 sb kicap pekat.
2 sb sos tiram.
2 sb minyak bijan.
1 sb gula/gula perang.
1 sk garam.
3. Tuang sos hitam tadi ke atas mi kaca yang direbus tadi. Gaul sebati.
4. Masukkan campuran sayur tadi. Gaul rata.
5. Tambah biji bijan yang telah disangai. Siap, boleh dihidang.
Dah siap menu berkhasiat ini! Mudah bukan? Mi kaca atau nama lain, sweet potato noodles ini boleh dibeli di mana-mana pasaraya besar seperti Lotus, Aeon dan juga di Shopee.
Burger adalah alternatif sajian untuk si kecil. Syaratnya ia mesti dibuat sendiri dan bukannya menggunakan patty daging yang siap diproses. Ia homemade!
Tidak dinafikan ibu ayah akan sentiasa mencari jalan agar anak makan sajian yang dihidangkan. Sajian yang berkhasiat dan seimbang penting bagi memastikan tumbesaran si kecil pada tahap yang optimum.
Resipi burger ayam dari The Baby Little Fat ini boleh mama papa gunakan untuk menyediakan patty daging ayam untuk sajian burger si kecil. Bahan yang diperlukan juga tidak banyak dan rencam. Cuma yang tinggal ialah kerajinan dan kesungguhan.
Mini Homemade Chicken Burger
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN
Isi ayam
Telur
Tepung gandum (unbleached)
Bawang putih
Paprika
Bawang besar Holland
Roti ban kecil (plain baby bun)
LANGKAH PENYEDIAAN
#1 Masukkan ayam boneless dan masukkan dalam blender kering atau food processor. Kalau takde semua tuuu guna je blender biasa. Tambah air sikit kalau tersekat di skala 4.
#2 Ini adalah daging ayam yang siap dikisar.
#3 Tambahkan bawang holland, telur dan bawang putih. Kemudian kisar sekali lagi. Bawang holland adalah senjata kesedapan burger ini.
#4 Masukkan paprika.
#5 Sediakan pinggan yang ditabur tepung untuk diletakkan patty yang siap dibentuk nanti.
#6 Buat bentuk bulat kecil bersesuaian dengan saiz ban. Masukkan dalam peti sejuk beku untuk kekalkan bentuknya kira-kira selama 30 minit.
#7 Kemudian anda boleh goreng dengan minyak sedikit sehingga patty masak. Letakkan patty daging ayam ini di tengah roti ban yang telah dibelah.
Siap untuk dihidangkan untuk anak dan seisi keluarga.
Apam nasi sememangnya sering menjadi pilihan untuk sajian keluarga. Mana tidaknya, bukan sahaja kita dewasa dapat menikmatinya, anak-anak pun cukup sukakan apam dek kerana strukturnya lembut dan gebu. Buat anak senang nak makan.
Nak tarik perhatian anak, jom cuba resipi apam nasi mudah ni. Cukup senang!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.