Jika anda mulai buntu mencari manisan pencuci mulut untuk berbuka nanti, puding yang satu ini amatlah disarankan. Puding Laici Berkuah yang dikongsikan oleh Mariana Zainal ini amatlah mudah disediakan.
Bukan seperti puding biasa tetapi berkuah laici yang sedap dan enak. Nak buatnya pun teramatlah mudah. Jom ikuti langkah yang dikongsikan olehnya. Mudah!
Menu ikan siakap selalu jadi pilihan kita setiap kali makan di luar. Bukan tidak gemar masak sendiri tetapi ikan siakap seakan istimewa untuk sajian keluarga.
Sesekali apa kata kita cuba sendiri menu dari ikan popular ini. Bosan dengan tiga rasa atau stim, apa kata kali ini anda cuba resipi sambal kicap pedas Thai perkongsian Liza Idris. Terangkat!
Nah resipi “Ikan Siakap Sambal Kicap Pedas Thai”. Sedap tau. Simple sangat. Bahan pun mudah. Korang cuba la masak ni. Lain macam sedap tu. Makan je terasa seperti berada di Restoran Thai Kayangan.
Bersihkan ikan siakap, kelar serong ke belakang. Bedakkan dengan garam, kunyit dan tepung jagung.
Panaskan minyak, goreng ikan yang dah siap dibedak tadi. Angkat dan ketepikan dulu. Bukan disisihkan.
Bahan buat kuah cukup mudah.
1 biji bawang besar.
5 ulas bawang putih.
3 ke 5 biji cili api.
(Kisar je semua bahan di atas)
2 sudu cili kisar.
2 sudu cuka.
5 sudu kicap biasa.
1 sudu maggie cukup rasa.
Sedikit sayur kubis dan carrot.
Daun sup dan daun ketumbar.
Panaskan minyak dan tumis sampai kekuningan. Saya guna balik sedikit minyak ikan goreng tadi. Masuk 2 sudu cili kisar. Kacau dan biar cili masak sedikit. Bahasa mudahnya, pecah minyak.
Masuk 5 sudu besar kicap, 2 sudu besar cuka. Masuk 1 cawan air. Saya letak air dalam pengisar yang ada saki baki bawang tadi. Katanya petua masakan lebih sedap.
Masuk bunga kubis dan carrot. Kacau dan kacau lagi sampai sayur dah lembut sedikit.
Perasakan dengan maggie cukup rasa. Tabur daun bawang dan ketumbar. Kacau dan kacau lagi. Kalau dalam masakan tak apa, jangan kacau orang sudahlah.
Tabur lagi daun bawang dan ketumbar sebagai penyeri. Siap!
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir?
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mi kuning biasa mungkin sudah biasa. Namun mi sanggul yang disimpul comel seperti sanggup ini jarang-jarang kita jumpa. Inilah mi yang cukup popular di waktu kecil dahulu.
Sama seperti mi kuning, mi sanggul tidak kurang hebatnya. Lebih lembut dan lemak. Lagi padu rasanya dengan resipi goreng basah berlemoih. Jom cuba resipi Pn Nurul Ateekah ini. Padu!
RESEPI MEE SANGGUL GORENG BASAH
BAHAN-BAHAN
2 Mee Sanggul (direbus sehingga masak dan toskan )
200gram Udang ( dicuci bersih )
Telur 4 biji
Bawang Putih 4 ulas ( dikatok )
Tomato 1 biji ( belah 4 )
Kucai (agak2)
Taugeh (agak2)
Cili Kisar 7 sudu besar
Sos Tiram 4 sudu besar
Sos Cili 4 sudu besar
Sos Tomato 4 sudu besar
Kicap Manis( agak2)
Serbuk Perasa( jika perlu)
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga sedikit keperangan.
2 . Kemudian, masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
3. Masukkan udang. Gaulkan dan biarkan sehingga udang masak.
4. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, kicap manis dan serbuk perasa. Gaulkan sekata.
5. Masukkan tomato dan pecahkan telur di dalam kuali. Gaulkan.
6. Masukkan mee sanggul, taugeh dan kucai. Gaulkan kesemuanya sehingga sekata dan biarkan masak seketika.
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Churros yang berbentuk panjang mungkin sudah terbiasa bagi kita. Apa kata kali ini untuk mendapat anak-anak kecil, kita jadikan bebola kecil.
Tetap rangup dan sedap walau dalam versi bebola. Jom cuba resipi perkongsian Shima Bakar ini.
Churros merupakan hidangan tradisi yang berasal dari Sepanyol & Portugal. Ia kemudiannya popular di seluruh dunia termasuklah Malaysia.
Ia adalah sejenis “choux pastry” yang dipaip memanjang ke dalam minyak panas. Biasanya digaul dengan campuran gula & serbuk kayu manis sebelum dihidangkan. Kini, ada pelbagai bentuk churros dan ada pelbagai cara menikmati churros.
Antara yang best ialah Churros Celup Coklat. Biasanya churros berbentuk silinder @ jejari, tapi hari ni kita nak buat bentuk bebola pulak. Jadi, jom kita tengok macamana nak buat Churros bentuk bebola & dicelup sos coklat yang pekat & melekat ni.
Bahan Churros:
200g tepung gandum
400g air
35 g butter Anchor
2 biji telur
1 1/2 sudu besar gula
3/4 sudu kecil garam
Bahan Sos Coklat:
300g susu cair
3 sudu besar gula
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu kecil tepung jagung
80g milk choc Beryls (dark pun boleh)
1️. Dalam kuali , satukan air, butter, garam & gula. Masak hingga mendidih.
2️. Kecilkan api, masukkan tepung dan gaul hingga menjadi doh yang sebati.
3️. Alihkan doh ke dalam bekas , masukkan 2 biji telur dan mix hingga sebati. Saya guna mixer. Kalau nak sebatikan guna senduk pun boleh, cuma memerlukan lebih tenaga.
4️. Dah sebati, masukkan dalam piping bag. Guna Nozzle 9 F untuk hasilkan bentuk bebola.
5. Jika nak guna nozzle lain pun boleh. Jika nozzle kecil, churros akan jadi memanjang tapi rangup. Jika nozzle besar seperti yang Kak Shima guna, churros akan jadi montok, rangup diluar, lembut berongga di dalam.
6️. Guna api sederhana bila minyak dah panas, paipkan adunan sepanjang 1 inci & potong dengan gunting. Buat sampai penuh kuali. Pastikan minyak tidak terlalu panas ketika mula paip. Supaya churros tidak overcooked kat luar, dalam tak masak. Churros juga akan “pecah” jika suhu awal terlalu panas.
7️. Goreng hingga kuning keemasan. Toskan.
8. Untuk sos pula, satukan susu cair, serbuk koko, tepung jagung & gula (kecuali coklat). Biarkan masak dan guna api sederhana. Kacau hingga sebati, pekat & meletup-letup.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINIhttps://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.