Sambal Tempe Bilis Kacang Bukan Sekadar Kudapan, Makan Dengan Nasi Pun Sedap!

Share

Percayalah, ni kalau meratah depan TV tak perasan habis satu bekas dibuatnya. Memang sedap dan sesuai sangat untuk dijadikan stok kudapan untuk seisi keluarga bahkan enak juga jika dijadikan menu pelengkap hidangan untuk dimakan bersama nasi.

Buat yang pertama kali ingin mencuba menyediakan menu Sambal Tempe Bilis Kacang ini, bolehlah cuba resipi yang dikongsikan oleh Sharinaz Redwan.

Bahan-bahan:

6 peket tempe – hiris nipis, goreng bagi betul-betul rangup.

2 cawan ikan bilis – cuci, goreng bagi rapuh. Kalau goreng jadi lemau, try masuk air fryer kejap, insyaAllah rangup balik.

500g kacang, – cuci, tos, goreng juga.

 

Untuk sambal:

2 senduk cili blend – guna cili kerinting yang pedas lagi ummppphh.

3 biji bawang merah – blend

5 ulas bawang putih – blend

1 ketul gula kabung

4 keping asam keping

Garam secukupnya

Minyak goreng tempe tadi

Cara-caranya :-

1.Tumis bahan blend dengan gula kabung, asam keping, sampai pecah minyak. Kena masak lama sikit sampai cili tu garing ye.

2.setelah siap, tutup api, biar kejap, letak garam ikut tekak masing-masing, boleh masuk tempe, kacang bilis tadi.

3.Siap…makan nasi panas-panas memang sedap.

Semoga bermanfaat.

 

IKLAN