Sampai hati bayi sekecil 11 bulan diseksa hanya kerana menangis. Hati ibu mana yang sanggup melihat anak sendiri diperlakukan sebegitu, apatah lagi oleh insan yang diamanahkan untuk menjaga dan melindungi.
Pipi kecil yang sepatutnya dicium penuh kasih sayang itu, sebaliknya ditampar hingga lebam hanya kerana tangisan yang tidak mampu diungkap dengan kata-kata.
Di Mahkamah Sesyen hari ini, seorang pengasuh, Ng Lee Fhung, 58, dihadapkan atas pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap bayi perempuan berusia 11 bulan itu di sebuah rumah di Taman Setia Jaya, di sini, antara jam 9 pagi hingga 6 petang pada 6 Ogos lalu.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh sebagai individu bertanggungjawab menjaga bayi berkenaan, didakwa menganiayai mangsa sehingga menyebabkan kecederaan fizikal, dengan menampar pipi hingga lebam kerana tidak berhenti menangis.
Ads
Gambar sekadar hiasan
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda sehingga RM30,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan terhadap tertuduh kerana didapati tidak fasih berbahasa Melayu, dan mahkamah menetapkan tarikh 22 September ini untuk sebutan semula kes bagi kehadiran jurubahasa.
Ads
Hakim turut membenarkan ikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap 1 haribulan, tidak mengganggu atau berhubung dengan saksi pendakwaan, serta menyerahkan pasport kepada mahkamah.
Ads
Kes ini sekali lagi membuka luka di hati ramai ibu bapa betapa nyawa anak kecil terlalu berharga untuk diletakkan di tangan yang salah.
Tangisan bayi bukan sekadar bunyi, tetapi bahasa jiwa yang meminta perhatian, pelukan, dan kasih sayang. Namun apabila suara kecil itu dibalas dengan kekerasan, ia bukan saja meninggalkan lebam di pipi, tetapi trauma yang mungkin membekas seumur hidup.
Ibu bapa pastinya berasa lega selepas Kementerian Pelajaran Malaysia KPM membenarkan pemakaian baju sukan ke sekolah berikutan cuaca panas yang dialami kini.
Keadaan cuaca panas sekolah Malaysia yang melanda negara sejak kebelakangan ini sudah pastinya menambahkan lagi kerisauan ibu ayah.
Menerusi satu kenyataan media pada 27 Mac 2026, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa pihaknya menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi memastikan aspek keselamatan serta kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga sekolah sentiasa diberi keutamaan dalam situasi cuaca panas sekarang ini.
Menurut kenyataan tersebut, titah berkenaan menjadi peringatan penting kepada semua institusi pendidikan di bawah KPM supaya sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga dalam menghadapi keadaan cuaca ekstrem ketika ini.
Dalam usaha memastikan keselamatan terus terjamin, KPM turut mengeluarkan arahan kepada semua sekolah untuk memantau pelaksanaan aktiviti luar. Ini termasuk mengurangkan atau menangguhkan aktiviti luar yang melibatkan pendedahan berpanjangan kepada matahari.
Langkah ini penting bagi mengelakkan murid terdedah secara berlebihan kepada suhu panas yang boleh menjejaskan kesihatan, khususnya risiko dehidrasi, keletihan melampau dan strok haba.
Selain itu, kelonggaran turut diberikan kepada murid, guru dan warga sekolah untuk memakai pakaian sukan yang lebih sesuai, selagi masih mematuhi garis panduan kesopanan yang ditetapkan. Pendekatan ini amat relevan dalam konteks cuaca panas sekolah Malaysia yang semakin mencabar.
Pakaian yang lebih ringan dan selesa dilihat mampu membantu mengurangkan ketidakselesaan serta meningkatkan fokus murid dalam sesi pembelajaran harian.
Kenyataan ini jelas menunjukkan komitmen KPM dalam memastikan kesejahteraan warga sekolah tidak terjejas walaupun berdepan perubahan cuaca yang mencabar. Pendekatan yang diambil juga selari dengan keperluan semasa yang menuntut tindakan segera dan berkesan.
Dalam menghadapi cuaca panas sekolah Malaysia, kerjasama semua pihak termasuk pentadbir sekolah, guru serta ibu bapa amat penting. Peranan ibu bapa misalnya termasuk memastikan anak-anak membawa bekalan air mencukupi dan memakai pakaian yang sesuai.
Pentadbir sekolah perlu memastikan garis panduan dipatuhi sepenuhnya, manakala guru pula memainkan peranan dalam memantau keadaan murid sepanjang sesi pembelajaran. Sekiranya terdapat tanda-tanda keletihan atau masalah kesihatan, tindakan segera perlu diambil.
Ibu bapa pula disarankan untuk sentiasa peka terhadap keadaan anak-anak, terutamanya selepas pulang dari sekolah. Ini kerana kesan cuaca panas sekolah Malaysia boleh berlarutan jika tidak ditangani dengan baik.
Secara keseluruhannya, pendekatan yang diambil oleh KPM ini memperlihatkan usaha berterusan dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih selamat, kondusif dan prihatin terhadap kesejahteraan semua pihak di sekolah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Bagi wanita ini, tiada luka yang lebih pedih bagi seorang isteri selain kehilangan suami yang menjadi pelindung, sahabat, dan separuh jiwa. Begitulah kisah seorang wanita tabah yang baru kehilangan suami tercinta kisah yang dikongsikan di Threads, Whymas, dan membuat ramai menitis air mata membacanya.
Setiap baris ayat yang ditulis penuh dengan rasa kasih mendalam dan rindu yang tiada penghujung. Baju uniform penuh tumpahan susu anak menjadi saksi betapa tinggi rasa tanggungjawab seorang ayah terhadap anaknya. Dia pergi bukan dalam kelalaian, tapi dalam kasih yang sedang dilunaskan mengambil susu anaknya.
“Suami sayang tinggalkan saya dan anak cukup lengkap. Alhamdulillah saya dikurniakan suami yang sangat bertanggungjawab dan bertolak ansur. Allah ambil awak sayangku MUHAMMAD AMIR, sebab awak orang baik-baik. Rindunya suara u panggil i ‘IBUUUU’. SYURGA BUAT MU WAHAI SUAMIKU SAYANG.”
Setiap coretan ini adalah luahan hati seorang isteri yang baru kehilangan insan tercinta. Tiada kata yang dapat menggambarkan betapa dalamnya kasih, dan betapa peritnya kehilangan. Isteri arwah telah berkongsi 10 foto bersama kisah setiap gambar yang penuh menyentuh emosi — kisah cinta sejati yang kini tinggal kenangan, namun kekal hidup dalam doa dan ingatan.
Dengan nama Allah, suami saya seorang yang baik. Saya selalu doa takut kehilangan suami saya sebab dia satu dalam sejuta. Semua kawan-kawan awak bercerita baik tentang awak sayangku. Dari Perak, dari PD dan jauh-jauh ramai datang ziarah awak abiyku sayang. Ramai sangat sayangkan awak.
Gambar raya tahun ni. Anak saya sangat rapat dengan suami saya. Nama anak saya pun ada iras nama suami saya. Suami saya nak sangat letak nama anak “EMEER” sejak zaman kami bercinta lagi.
Saya cek hp awak sayangku. Awak tulis notes semua detail segala pass peribadi awak. Masa tarikh ni juga awak cakap nak letak KWSP penama anak dan saya. Dan awak tak habis-habis bercerita tentang “KALAU SAYA TAK ADA”.
Semua keperluan anak, barang-barang sabun, bahan masakan semua awak tinggalkan cukup lengkap. Awak tinggalkan saya dan anak dengan baik. Awak suami yang sangat bertanggungjawab.
Suami saya dah book hotel untuk surprisekan birthday saya di Terengganu pada hujung bulan ni. Awak meninggal pun pada bulan hari jadi saya. Dan awak dah tempah kambing tiga ekor untuk aqiqah anak kita bulan depan.
Setiap kali suami pergi kerja, kebiasaannya saya akan pakaikan stoking dan siapkan suami saya. Tapi masa tu penat balik klinik lambat, saya tak pakaikan pun stoking dan siapkan suami. Masa suami nak buka pintu, suami cium saya dan anak sambil cakap “sayang ibu”, “sayang Harraz”. Hari tu juga suami pergi patah balik ambil susu anak — dan pulang sebagai jenazah.
Inilah asbab suami saya meninggal. Untuk makluman semua, sepanjang saya kenal suami saya, dia seorang yang sangat expert bawa moto. Tak apa, saya redhaaaa.
Conversation terakhir saya dan suami. Kebiasaannya suami akan VC terus kalau balik lambat. Tapi tidak hari itu, saya VC tak angkat. Saya call orang lain tolong angkatkan.
Nampak tak yang melekat tu… Tu packet susu anak yang melekat kat sweater suami saya.
Rupanya baju uniform penuh tumpahan susu anak. Baju itu menjadi bukti kasih seorang ayah yang sentiasa mendahulukan anak dan keluarga.
Walaupun pemergiannya menyayat hati, kisah ini mengingatkan kita betapa besar pengorbanan seorang suami dan ayah dalam menjalankan tanggungjawabnya.
Setiap ayat yang dikongsi isteri arwah ini mengalirkan air mata sesiapa sahaja yang membaca. Kisah kasih seorang suami yang meninggalkan dunia dalam keadaan sedang menjalankan tanggungjawab — mengambil susu anaknya. Begitu dalam kasihnya, begitu indah pengorbanannya.
Kini hanya tinggal kenangan, doa, dan rindu yang tidak pernah padam. Semoga arwah Muhammad Amir ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Dan semoga si isteri dan anak kecilnya terus kuat menghadapi hari-hari mendatang.
Sesungguhnya cinta yang lahir dari keikhlasan akan kekal hingga ke syurga. Kisah baju uniform penuh tumpahan susu anak ini menjadi simbol kasih sejati yang tidak terpadam oleh masa.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon Puteri Sarah berkongsi keberangkatan ke Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan ibadah umrah buat kali kedua bersama dua orang anaknya iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.
Perkongsian itu membuatkan ramai tertanya-tanya akan keberadaan suami, Syamsul Yusof yang juga pengarah tersohor kerana tidak kelihatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Mana tidaknya, kelibat suaminya Syamsul Yusof tidak kelihatan sebaliknya hanya ibu bapa serta adik-beradik Sarah yang dilihat hadir mengiringi perjalanan tersebut di KLIA.
Semoga mendapat umrah yang mabrur
Dalam pada itu, terdapat warga TikTok memuat naik semula perkongsian di Insta Story yang memaparkan suasana di lapangan terbang di mana kelihatan Sumayyah dan Syaikhul sedang menunggu masa untuk berlepas mengerjakan ibadah umrah.
“Semoga mendapat umrah yang mabrur sis Puteri Sarah Liyana. Moga Allah permudahkan segala urusanmu, amin,” tulisnya.
Sayu mata Sumayyah, macam cari ayah..
Pun begitu, air muka anak bongsu Puteri Sarah dan Syamsul Yusof berjaya mencuri perhatian ramai apabila kerana kelihatan sayu dan seperti mencari sesuatu yang ‘hilang’ di depan mata.
Rata-rata warganet mengatakan air muka yang ditunjukkan oleh Sumayyah berkemungkinan sedang mencari kelibat ayahnya sebelum mereka berangkat ke Tanah Suci Mekah.
Difahamkan, ini adalah kali keenam pelakon drama Suri Hati itu menunaikan umrah dimana empat kali bersama suaminya yang juga pengarah popular sebelum memiliki cahaya mata. Dan, ia merupakan kali kedua Puteri Sarah mengerjakan umrah bersama anak-anak tanpa kehadiran suami.
Sehingga kini, kisah rumah tangga pasangan ini terus menjadi perhatian ramai selepas Puteri Sarah memfailkan permohonan cerai terhadap Syamsul yang mengaku sudah berkahwin dengan seorang wanita bernama Ira Kazar di Thailand.
Untuk rekod, Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.