Anak-anak mana yang tidak sukakan ayam goreng Kentucky Fried Chicken (KFC). Biar pun terlalu lama berada di negara kita namun hakikatnya bukan semua dari kita mampu untuk makan ayam goreng kegilaan ramai ini dengan kerap. Malah ada yang langsung tidak pernah menjamahnya.

Perkongsian seorang guru yang sanggup berbelanja besar untuk membawa sekumpulan 30 orang anak muridnya ke restoran makanan segera itu seharusnya dipuji. Ada diantara mereka yang langsung tidak pernah menikmatinya sebelum ini.

“Sampai Mereka Melompat Seronok, Happy” Belanja 30 Murid Makan KFC, Usaha Guru Ni Di Puji!

Video yang dikongsikan oleh cikgu Ismaniza Fahiza Ismail ini ternyata mendapat perhatian ramai malah memuji tindakan guru ini.

” Saya pada mulanya nak tarik minat budak-budak supaya kehadiran ke sekolah penuh dan untuk buat kerja sekolah. Mereka nampak seperti kurang minat untuk buat, jadi saya janji siapa buat kerja, nanti saya belanja dan kebetuan semua buat.

“Jadi saya tanya secara rawak nak makan apa dan 90 peratus jawab KFC. Dari situ saya mula tanya sorang-sorang sebab saya hairan kenapa mereka jawab KFC. 98 peratus cakap mereka tak pernah makan apatah masuk KFC, yang biasa makan pun sebab orang bagi dekat rumah,” kongsinya lagi.

“Sampai Mereka Melompat Seronok, Happy” Belanja 30 Murid Makan KFC, Usaha Guru Ni Di Puji!

Namun kata guru Bahasa Inggeris, Pendidikan Jasmani dan Muzik di Sekolah Kebangsaan Syed Sheh, Kupang, Kedah ini lagi, hati kecilnya amat tersentuh malah mengingatkan dirinya ketika dizaman kanak-kanak.

IKLAN

“Masa mereka cakap tak pernah makan, sakit dada saya teringatkan kisah masa kecil dulu. Sebagai guru saya tahu latar belakang mereka, ada ayah meninggal, yatim piatu, bercerai dan sebagainya. Jadi saya berazam untuk bawa mereka merasai berada di restoran itu,” katanya bercerita.

“Sampai Mereka Melompat Seronok, Happy” Belanja 30 Murid Makan KFC, Usaha Guru Ni Di Puji!

Tambah rasa sayu kala melihat kegembiraan anak-anak muridnya ketika berada di KFC cawangan Baling.

“Masa sampai KFC tu mereka melompat-lompat seronok, punya la happy.

“Paling sedih bila mereka teruja tengok sos keluar dari pam, semua serentak cakap ‘wow’. Mereka hairan dan bertanya kenapa tidak letak dalam botol sos.

IKLAN

” Lagi saya bangga bila mana setiap dari mereka kata nak bawa balik ke rumah. Dari sini kita tahu sikap anak-anak murid kita.

“Saya sengaja beli kombo besar untuk setiap orang supaya mereka dapat bawa balik ke rumah, untuk sama-sama rasa dengan adik beradik lain,” katanya berkongsi.

“Sampai Mereka Melompat Seronok, Happy” Belanja 30 Murid Makan KFC, Usaha Guru Ni Di Puji!

Walaupun mendapatkan kecaman namun ibu kepada tiga orang cahaya mata ini punya alasannya yang tersendiri bila mana membuat keputusan untuk membawa kesemua anak muridnya makan di restoran itu berbanding beli dan bawa balik.

IKLAN

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Mereka tak pernah makan dalam KFC, itu impian mereka, untuk orang biasa mungkin mereka rasa benda ni remeh tapi tidak bagi mereka,” kongsinya lagi yang sememangnya sudah lama berhasrat untuk berbelanja buat anak muridnya.

Menarik:10 Kali Kira Jari Anak Tapi Waktu Tu Dia Tenang, Sweetnya Ucapan Aiman Hakim Buat Isteri

Dengar cerita ada yang tak nak balik sebab seronok sangat main air. Faiz Dickie sempat tunjuk bakat terjun sampai perut mengandung pun hilang. Nak tahu siapa juara challenge kali ini, kenalah tengok sampai habis.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Sumber: MStar & Tik Tok cikpuangojes.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI