Setelah selamat melahirkan cahaya mata pertama pada 9 September lalu, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad mengakui sehingga kini dia masih belajar untuk menguruskan bayinya.
Berkongsi pengalaman menjaga anak sulungnya, Uyaina memberitahu dia dan suaminya iaitu penyanyi rap, Raja Shahiran sentiasa memberi sokongan mental antara satu sama lain.
Biarpun berdepan dengan pelbagai cabaran, namun Uyaina tetap bersyukur Raja Shahiran adalah pasangan hidupnya buat selama-lamanya.
“Daripada memang tak tahu apa-apa pada beberapa hari pertama (sebenarnya sampai sekarang), malam yang panjang tanpa tidur, menukar lampin setiap jam, meneka jenis tangisan @rajaurhandan masih mencari masa di antara nak bercakap dan berpegangan tangan dan saling memberi sokongan mental yang kami berdua perlukan, saya memilih awak.
Ads
“Saya pilih awak sampai akhir hayat. Sangat gembira, diberkati dan bersyukur kerana awak adalah pasangan hidup saya @rajasyahiranmy. kita boleh lakukan ini, hubby,” kata Uyaina.
Pelakon drama Love Elsa itu turut berkongsi video memperlihatkan suaminya mencium bayi lelaki mereka di TikTok.
Ads
Uyaina mendirikan rumah tangga dengan Raja Shahiran pada 21 Disember tahun lalu dan mereka dikurniakan cahaya mata lelaki bernama Raja Urhan pada 9 September lalu.
Sebelum ini tular mengenai video seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun yang menaiki ambulan selepas mempunyai simptom Covid-19. Bagaimanapun kanak-kanak itu dibenarkan keuar hospital selepas ujian swab yang dilakukan mendapati anaknya negatif Covid-19.
Menerusi Twitter Intan Nurdiyana, dia berkongsi perkembangan terbaru dirinya. Dia bersama-sama ibu bapanya serta suami telah disahkan pula positif Covid-19 setelah menerima keputusan ujian swab. Mereka sekeluarga telah ditahan di Hospital Kluang, Johor untuk pemeriksaan lanjut dan dikuarantin.
Kuarantin dalam wad 12 hari
Menurut Intan, pada awalnya dia dan ayahnya sahaja yang disahkan positif Covid-19. Namun selepas swab ke dua dijalankan ke atas keluarganya, suami dan bapanya turut disahkan positif. Dia telah ditahan di wad hospital selama 12 hari.
Tiada simptom pada diri tapi positif
Pada mulanya, dia mengesyaki ayahnya batuk biasa kerana ayahnya merupakan perokok tegar, manakala dirinya tiada simptom pesakit Covid-19. Namun ujian swab yang dilakukan mendapati kedua-dua mereka disahkan positif Covid-19.
Kawasan tempat tinggal zon merah
Menceritakan mengenai punca mereka sekeluarga positif Covid-19, dia mengatakan bahawa kawasan kejiranan tempat dia tinggal merupakan kawasan Zon Merah iaitu di Simpang Renggam, Johor. Di kawasannya sahaja telah lebih 170 kes positif Covid-19 direkodkan. Punca kluster wabak ini merebak ialah apabila ayahnya yang merupakan orang rewang di salah sebuah majlis di kampung itu.
Layanan doktor dan jururawat terbaik
Doakan yang baik-baik. Jaga hati dan perasaan kami
Ketika berita pemergian Chef Selebriti Adam Mahamed Ismail dilaporkan pada pagi Ahad lalu, rata-rata pengguna media sosial yang mengikuti perkembangan trio popular The Family UK tidak dapat membayangkan perasaan anak-anak buah kesayangannya itu.
Ramai tahu hubungan antara Omar Mukhtar, Fatimah dan Ali dengan Adam yang lebih dikenali dengan panggilan Adamdidam itu terlalu erat.
Berkongsi cerita tentang akrabnya hubungan mereka, kakak sulung Adam, Dr Nor Ashmiza Mahamed Ismail, 42, berkata sejak mendapat tahu bapa saudaranya sakit, Fatimah telah menggantung sehelai tudung di kerusi sepanjang masa untuk menunaikan solat bagi mendoakan bapa saudara kesayangannya itu.
“Di rumah tu, Fatimah ada satu tudung kepala yang dia gantung sepanjang masa di kerusi, dia akan pakai untuk sembahyang dan mendoakan Mamajee dia.
Omar Mukhtar, Fatimah dan Ali adalah adik-beradik yang popular dengan video bertutur dalam dialek Kelantan walaupun membesar di Birmingham, United Kingdom.
Tambah Dr Nor Ashmiza, walaupun masih belum matang, penerimaan mereka terhadap kehilangan Adam tidak seperti kanak-kanak lain yang tidak berapa faham tentang hal melibatkan ajal dan kematian.
Ahad memang benar-benar hari Adam dan kelmarin adalah Ahad yang terakhir bersama Adam.
“Mereka sedar sepanjang masa bahawa Mamajee memang sakit. Cuma, Fatimah sangat terkesan kerana dia amat menyayangi Adam.
“Dia memang berharap Mamajee kembali ke UK. Berita ini amat-amat mengejutkan mereka,” katanya sambil menambah kali terakhir adik beradik tersebut bertemu Adam adalah pada sambutan Aidilfitri tahun lalu.
Beliau yang juga menetap di UK itu turut menganggap Adam lebih daripada seorang adik, malahan beliau ibarat ibu kedua buat chef tersebut.
Menyedari keadaan kesihatannya tidak begitu mengizinkan, Adam sempat menitipkan kata-kata akhir kepada mereka yang mengenalinya.
Pesanan terakhir Adam untuk semua
“Banyak perkara ‘confidential’ yang dia cakap dengan keluarga. Tapi, kepada orang luar, dia selalu cakap dia minta maaf banyak-banyak kalau terasa hati dengan tutur katanya, kalau ada apa-apa minta tolong halalkan.
“Alhamdulillah ada rezeki, semua sempat melihat Adam pergi. Keluarga di UK pun sempat ‘facetime’ dengan dia dan Adam tidak terkilan apa-apa,” katanya yang bersyukur adiknya meninggal dunia dengan cara baik dan pada bulan yang suci.
Sejak awal pengenalan Adam dalam dunia masakan, beliau sering menggunakan tanda pagar #SundayWithAdam untuk berkongsi resipi kepada pengikutnya.
Dia masuk hospital ‘on and off’ dua tiga kali, kemudian memang dia OK. Macam semalam, dia memang sedar sepanjang masa. Dia bagi reaksi dan minum air.
Dalam pada itu, Dr Nor Ashmiza turut meluahkan rasa terkilan terhadap laporan yang mendakwa adik bongsunya mengalami lumpuh dan hanya boleh menggerakkan jari.
“Saya terkejut sebab adik saya bukan macam tu. Adam seorang yang aktif dan suka bekerja kuat hingga ke saat-saat akhirnya.
“Dia masuk hospital ‘on and off’ dua tiga kali, kemudian memang dia OK. Macam semalam, dia memang sedar sepanjang masa. Dia bagi reaksi dan minum air,” jelasnya sambil menambah kesihatan Adam bertambah teruk sejak tiga hari sebelum dijemput Ilahi.
Berapa pantasnya masa berlalu, diam tak diam, anak penyanyi pasangan selebriti, Ernie Zakri dan Syamel kini sudah pun berusia lapan bulan.
Menerusi Instagramnya, Ernie turut memuat naik wajah terbaru Khawla, si cheeky girl yang menjadi peneman setianya bersama suami.
Jarang-jarang berkongsi wajah anaknya, Ernie turut memuat naik beberapa keping wajah terbaru Khawla dalam pelbagai gaya.
Dalam kapsyennya bersempena sambutan ke lapan bulan itu kongsi Ernie, dia sudah mula membayangkan betapa pantasnya Khawla membesar kelak. Macam-macam yang sudah difikirkan oleh ibu muda ini.
“BismillahiMasyaAllah. Hari ni Nur Khawla Soleha masuk 8 bulan. Sekejap je kan.
“Nanti setahun, pastu dua tahun, pastu masuk Darjah 1, pastu college, pastu bagitahu Eibu Daddy dia dah ada BF, pastu BF datang jumpa kat rumah, pastu malu malu jumpa Eibu Daddy cakap nak kahwin, pastu Eibu ada cucu,” tulis Ernie berkongsi.
Bila memikirkan semua itu kata Ernie, dia mula merasa sebak. Malah Ernie juga turut mendoakan anak kecil kesayangannya itu terus sihat membesar malah dipermudahkan laluan hidupnya kelak serta menjadi umat manusia yang baik kepada semua.
“Hmmm..macam tu la jauh nya Eibu Daddy fikir kat anak soleha sorang ni. Ala nangis sorang sorang dah tengah tulis ni.
“Cepatnya dia membesar Ya Allah. Takda lain yang Eibu doa, hanya jadi umat manusia yang baik dan berbakti pada ibu bapa dan sekeliling. Amin inshallah. My cheeky girl. ❤️,” tulis Ernie.
Dalam pada itu, pengikut setia Ernie di Instagram juga turut sama meninggalkan pelbagai reaksi malah turut memuji wajah Khawla yang persis ibunya.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Perut anak buncit selalunya tidak berbahaya, tetapi jika semakin besar, keras dan tegang, ia boleh menjadi tanda masalah kesihatan serius. Ketahui punca, simptom amaran dan bila perlu segera berjumpa doktor.