Jarang-jarang berlaku, seorang budak lelaki berusia satu tahun menggemparkan ramai pihak bila menggigit seekor ular tedung hingga mati.
Budak lelaki itu yang dikenali sebagai Govinda dipercayai menyangkakan reptilia berbisa sepanjang kira-kira semeter itu ialah alat mainan.
Menurut laporan media, ular tedung itu memasuki rumah keluarga Govinda di perkampungan Mohachchhi Bankatwa di bawah blok Majhaulia di Bihar, India.
“Neneknya yang sedang mengumpul kayu api terlihat reptilia tersebut melilit tangannya dan cuba menghalaunya.
“Namun Govinda bertindak lebih pantas dengan menggigit ular itu hingga terputus dua.
Ads
Kanak-kanak itu bagaimanapun dikatakan kini pengsan akibat terkena racun dari ular berkenaan namun kini dilaporkan dalam keadaan baik.
Govinda dikejarkan ke pusat kesihatan berhampiran sebelum dipindahkan ke kemudahan perubatan kerajaan untuk rawatan susulan.
Pemeriksaan ke atasnya menunjukkan budak itu tidak mengalami sebarang gejala keracunan dan kekal stabil di bawah pemantauan doktor.
Ads
Daftarkan anak-anak ke Jom Mewarna sekarang. Terbuka untuk kanak-kanak berusia 4-8 tahun dan rebut peluang untuk memenangi hadiah wang tunai bernilai RM1000!
Ada banyak lagi aktiviti fun yang lain, jangan ketinggalan untuk berkunjung ke Astro Home of Kids di Pavilion Damansara Heights bermula 1-3 Ogos 2025 ini!
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kes penderaan bayi yang tular baru-baru ini bukan sahaja mengejutkan masyarakat, malah meninggalkan kesan emosi mendalam kepada ramai ibu bapa. Rakaman yang tersebar luas itu mengundang kemarahan serta kebimbangan, terutamanya dalam kalangan ibu bapa yang terpaksa mengamanahkan anak kecil mereka kepada pengasuh demi kelangsungan hidup.
Turut terkesan dengan kejadian tersebut, pelakon Datin Intan Najuwa tampil menyuarakan pandangan tegas mengenai tanggungjawab dan tahap kesihatan mental individu yang memilih kerjaya sebagai pengasuh, khususnya mereka yang menjaga bayi dan kanak-kanak kecil.
Intan atau nama penuhnya, Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, menegaskan bahawa setiap individu yang ingin bekerja sebagai pengasuh perlu memastikan kesihatan mental berada dalam keadaan baik sebelum memikul amanah besar menjaga anak-anak orang lain.
Menurutnya, bayi adalah golongan paling lemah kerana belum mampu bersuara atau mempertahankan diri, sekali gus menjadikan empati dan kawalan emosi sebagai keperluan asas dalam profesion tersebut.
Menerusi satu perkongsian di platform Threads, pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu menasihatkan individu yang tidak mampu mengawal emosi agar mencari pekerjaan lain demi mengelakkan kejadian tidak diingini.
“Sekarang ini cerita dia kalau nak jadi pengasuh, tolong pastikan kesihatan mental awak okey dan mampu menjaga kanak-kanak terutamanya bayi.
Jika tak mampu mengendalikannya, lebih baik cari pekerjaan lain. Jangan aniaya anak orang,” katanya.
Kenyataan tersebut jelas mencerminkan kebimbangan terhadap keselamatan bayi-bayi kecil yang sepenuhnya bergantung kepada ihsan dan tanggungjawab orang dewasa.
Intan turut meluahkan kemarahan terhadap tindakan pengasuh yang didakwa mengasari bayi berkenaan. Walaupun kes penderaan bayi ini tidak melibatkan anaknya sendiri, Intan mengakui emosinya sangat terganggu sebagai seorang wanita dan bakal ibu.
“Walaupun bukan anak aku yang kena tapi kalau aku jumpa pengasuh itu, memang habis aku pijak-pijak kau.
Pakai kaki saja dekat bayi itu, sumbat masuk penjaralah orang macam ini,” luahnya dengan penuh emosi.
Kemarahan itu menggambarkan perasaan ramai ibu bapa yang merasakan bayi tidak sepatutnya menjadi mangsa kegagalan emosi dan sikap tidak berperikemanusiaan individu dewasa.
Dalam masa sama, Intan berharap pihak berkuasa tidak memandang ringan isu ini dan memastikan pelaku kes penderaan bayi menerima hukuman setimpal dengan perbuatan mereka.
“Apa-apa pun pihak berkuasa tolong jangan lepaskan orang jahat. Mereka layak dihukum atas apa yang mereka lakukan,” tambahnya lagi.
Lebih menyentuh hati, Intan turut mempertahankan golongan ibu bapa yang terpaksa menghantar anak kepada pengasuh kerana tuntutan kerja dan kehidupan.
“Tak ada ibu yang suka-suka nak keluar kerja dan tinggalkan anak mereka dengan pengasuh.
Kebanyakan mereka tiada pilihan. Ini soal untuk terus hidup hari ini dan demi masa depan anak mereka. Jadi, tolonglah berempati,” jelasnya.
Luahan ini mencerminkan realiti ramai ibu dan bapa di luar sana yang terpaksa membuat keputusan berat demi kelangsungan hidup keluarga.
Sebelum ini, tular sebuah video memaparkan seorang pengasuh yang didakwa mendera beberapa bayi di sebuah pusat asuhan kanak-kanak di Desa Petaling, Kuala Lumpur. Suspek, seorang wanita berusia 26 tahun, telah ditahan pada 16 Disember lalu bagi siasatan lanjut oleh Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur.
Kes penderaan bayi ini sekali lagi menjadi peringatan besar bahawa keselamatan anak-anak bukan perkara remeh dan tidak boleh dikompromi dalam apa jua keadaan.
Sangka hamil rupa-rupanya Norsiah hidap kanser hati tahap empat. Sepasang suami isteri di Kampung Bok Bak sedang melalui ujian kehidupan yang amat mencabar apabila kedua-duanya didiagnosis dengan penyakit kronik serius yang memberi kesan besar terhadap kehidupan seharian mereka.
Norsiah Hashim, 35, pada mulanya menyangka dirinya hamil apabila perutnya membesar secara luar biasa. Namun, pemeriksaan perubatan mengesahkan bahawa dia sebenarnya menghidap kanser hati tahap empat, yang menyebabkan perutnya dipenuhi cecair.
Suaminya, Mohd Zaki Md. Isa, 36, pula berdepan dengan penyakit buah pinggang kronik dan perlu menjalani rawatan dialisis sebanyak tiga kali seminggu. Keadaan ini menyebabkan beliau tidak lagi mampu melakukan pekerjaan berat.
Menurut Norsiah, semuanya bermula apabila kedua-dua kakinya mengalami bengkak. Beliau kemudiannya mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, sebelum menerima diagnosis mengejutkan pada Julai tahun lalu.
“Saya tidak sangka penyakit ini datang dengan begitu cepat. Sekarang, perut saya membesar seolah-olah saya mengandung sembilan bulan,” katanya semasa lawatan Pengerusi Cancer Survivors Malaysia (CSM), Zuraini Kamal, yang hadir menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai dan barangan keperluan asas kepada mereka.
Akibat penyakitnya, Norsiah kini mengalami kesukaran untuk bergerak dan memerlukan bantuan tongkat untuk berjalan perlahan dalam rumah. Dalam masa yang sama, Mohd Zaki yang dahulunya bekerja sebagai pemandu di syarikat telekomunikasi, terpaksa berhenti kerja kerana keadaannya yang semakin uzur.
“Kehidupan kami kini bergantung sepenuhnya kepada bantuan daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) bagi menampung perbelanjaan harian dan kos perjalanan ke hospital,” katanya lagi.
Mereka juga terpaksa mendapatkan bantuan daripada kenalan dan jiran untuk urusan ke hospital kerana Mohd Zaki tidak lagi mampu memandu dalam jarak yang jauh.
Lebih menyayat hati, keluarga ini turut menghadapi cabaran lain apabila bapa Norsiah, Hashim Lahman, 72, mengalami masalah penglihatan dan pernah menjalani pembedahan pada tahun 2022.
Selain itu, kakaknya Siti Hajar, 40, merupakan seorang OKU yang pekak dan bisu, tinggal bersama mereka. Anak tunggal Siti Hajar, Muhammad Syukur Md. Zuki, 21, juga merupakan OKU pelbagai, dan kedua-duanya hanya bergantung kepada bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk kelangsungan hidup.
Semenjak Norsiah jatuh sakit, segala urusan rumah banyak dibantu oleh Siti Hajar, termasuk memasak dan menguruskan keperluan isi rumah.
Pihak hospital memaklumkan bahawa Norsiah memerlukan penderma yang sesuai untuk menjalani pembedahan bagi merawat kanser hati, namun sehingga kini, penderma yang sesuai masih belum ditemui.
Lebih membimbangkan, anak perempuan mereka, Nur Aira Medina, yang kini berusia empat tahun, turut menghidap penyakit sawan sejak kecil.
Perkembangan otak bayi dalam kandungan berlaku dengan sangat pesat. Ketahui 5 cara mudah yang ibu hamil boleh lakukan untuk merangsang pemikiran logik dan perkembangan otak bayi sejak dalam rahim.