Bila sebut laksam ni, perkara paling susah nak sediakan semestinya laksam itu sendiri. Kalau adunan tak cukup cantik, bila kukus tak menjadi. Atau cara mengukus tak betul pun boleh jadi laksam tak dapat digulung cantik.

Sebenarnya ada kaedah yang betul untuk pastikan laksam tak melekat pada pinggan ketika kita nak gulung. Kalau nak tahu kaedahnya, ikuti perkongsian resipi ini.

LAKSAM (sukatan untuk 4 orang makan)

“Sapu Minyak Sikit Supaya Cantik” Rahsia Laksam Tergulung Cantik, Guna Pinggan Ikea Je

Bahan-bahan;
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
6 cawan air (3 air panas + 3 air biasa)
2 sudu besar minyak

IKLAN

Cara penyediaan;

  • Satukan semua bahan di atas kacau sampai tak berketul.
  • Kukus dengan pinggan ikea, saya letak 2 senduk adunan.
  • Kukus sampai gelembung (3 minit). Bila angkat dah suam-suam baru gulung.
    **guna pinggan plastik dan sapu sikit minyak supaya cantik serta tidak melekat.

Bahan kuah;
1 biji kelapa – ambil santan
*7 ekor ikan sardin rebus
*2 ulas bawang merah
1 inci lengkuas (ketuk)
Gula
Garam
1 keping asam keping
1 sudu teh lada hitam

Cara penyediaan;

IKLAN
  • Blend bahan yang bertanda *. Masukkan dalam periuk bersama santan.
  • Masukkan bahan-bahan lain yang di atas, kacau sampai mendidih..jangan tinggal nanti berketul.
  • Kemudian perasakan dengan gula dan garam.

Bahan hiasan (hiris);

  • Kacang panjang
  • Timun
  • Kobis
  • Taugeh
  • Bunga kantan
  • Sambal cili

Kredit: Nor aida

IKLAN

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

“Sapu Minyak Sikit Supaya Cantik” Rahsia Laksam Tergulung Cantik, Guna Pinggan Ikea Je

Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini.Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI