Menurut salah seorang krew, dia malah tertarik dengan perwatakan Syaikhul Islam meskipun baru berusia 5 tahun. Bukan setakat beri kerjasama yang bagus sepanjang di set penggambaran, malah si cilik itu disifatkan matang serta pandai cuit hati orang sekeliling terutama sewaktu bercerita mengenai figura mainan miliknya.
Reaksi Puteri Sarah dilihat sedang mengalirkan air mata melihat telefon pintarnya sementara Syaikhul melihat kembali video klip rakaman.
Pelakon dan pengacara, Dynas Mokhtar kini hamil anak keempat dan bakal melahirkan pada penghujung Mei. Dia tidak mahu tahu jantina anak keempatnya kerana mahukan kejutan.
Dynas atau nama sebenarnya, Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar, 39, berkata, dia dan suami sudah memiliki dua anak lelaki dan satu anak perempuan.
Menurut dia dan suaminya, mereka belum membuat pemeriksaan mengesan jantina bayi kerana mahukan kejutan. Namun mereka tidak kisah soal jantina anak keempat ini lelaki atau perempuan kerana yang penting anak yang dilahirkan nanti sihat dan cukup sifatnya,” katanya kepada Harian Metro.
Kongsinya lagi dia berasa penat dan mengalami alahan yang teruk pada kehamilan kali ini berbanding kehamilan sebelum ini.
Menerusi satu video di tiktok, Dynas berkongsi video salam raya bersama suami dan anak lelakinya. Di ruangan komen, peminat memuji Dynas yang kelihatan berseri sepanjang kehamilannya. Ramai juga yang meneka jantina kandungannya. Dalam masa yang sama juga anak lelakinya mendapat pujian tingkahnya yang comel!
Dynas telah berkahwin dengan ahli perniagaan, Mohamad Shazrik Che Mohd Din, 40 pada tahun 2018 dan dikurniakan anak lelaki Edriel Obil, 3. Menerusi perkahwinan terdahulu Dynas dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Khyra Khalyssa, 12 dan Mohamed Haqaish, 9.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sempena ulang tahun Vie Zaalia yang ke-8, Datin Vie Shantie Khan menerusi laman instagramnya memuat naik sebuah ucapan yang sangat istimewa buat anak ketiganya ini.
Datin Vie mendedahkan bagaimana sikap anak ketiganya itu dan menyifatkan Vie Zaalia sebagai anak yang sangat matang dan pandai berdikari walaupun usianya masih kecil.
Ini membuatkan Datin Vie berasa sebak dan bersyukur dikurnikan anak yang sangat prihatin dan penyayang.
Walaupun sentiasa dimanjakan kerana jarak umur yang agak jauh daripada anak pertama dan anak kedua, Vie Zaalia lebih pandai berdikari berbanding abang dan kakaknya itu.
Saya tak tahu jika anak ketiga lebih manja dan lebih pandai berdikari berbanding kakak dan abangnya. Kerana begitulah sikap dan sifat @viezaalia dari kecil. Berbeza umur 5 tahun dari kakak pertamanya @viezaarakhan dan 3 tahun dari abangnya @zareefyusofofficial membuatkan @viezaalia lebih suka berdikari walaupun dimanjakan sepenuhnya oleh sesiapapun dirumah. Hanya dia sahaja yang ‘masih baby’ dalam keluarga saya ketika itu ❤
Tambah Datin Vie, anak ketiganya itu tidak mempunyai rasa iri hati dengan kehadiran adik barunya walaupun dia sudah lama menjadi anak yang paling kecil di dalam rumah tersebut.
Bila sahaja saya mengandungakan @vieraissa2020 dialah yang paling excited dengan berita itu 💛 Sedikit pun dia tidak rasa tersaing kerana bakal mendapat dan berbahagi kasih dengan bakal adiknya yang lahir. Infact, selama saya mengandung dialah yang menjaga saya bagai menatang minyak yang penuh 🤍
Saya bersyukur Allah SWT memberikan mereka sebagai rezeki amal ibadah saya didunia dan ketika sudah kembali ke akhirat kelak. Inshaa Allah saya akan menjaga amanah ini sampai keakhir hayat dikandung badan.
Terima kasih @viezaalia kerana menjadi anak, adik, kakak dan cucu yang baik kepada keluarga Mumy. I love you with all my heart and soul
Rata-rata wargamaya mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran dan mendoakan agar Vie Zaalia semoga menjadi anak yang solehah buat ibu bapanya.
Datin Vie Shantie Khan pernah mendirikan rumah tangga bersama pengarah dan pelakon popular, Datuk Seri Eizlan Yusof sebelum mengambil keputusan berpisah dan mereka dikurniakan 3 cahaya mata iaitu Vie Zaara, Zareef Yusuf dan Vie Zaalia.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
PA&MA GALA MOMS yang diinspirasikan bersama CETAPHIL, sebuah program Anugerah Digital yang memberi penghargaan kepada 20 mama millennial yang bukan hanya mempunyai pengaruh yang kuat di media sosial malah memberi inspirasi buat ibu-ibu millennial di luar sana.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Duit perbelanjaan sekolah untuk anak-anak biasanya di beri secara tunai setiap hari dan ada juga yang di beri secara mingguan.
Namun lain pula bagi Sekolah Antarabangsa yang mana menggunakan kad sebagai ganti tunai di kantin sekolah.
Sistem ini biasanya digunakan di pejabat-pejabat besar dan masih belum dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan.
Seperti perkongsian ibu ini yang tular di media sosial, anaknya yang belajar di Sekolah Antarabangsa menunjukkan baki kad makan bernilai hampir RM500 pada bulan tersebut.
Menurut Puteri, anaknya tidak menggunakan duit belanja tersebut kerana berpuasa pada bulan itu.
“Duit belanja bulan ini tapi tak habis sebab adik puasa”
Menurut Putri, baki kad boleh di bawa ke bulan seterusnya jika masih ada baki lebihan yang tidak terguna.
Rata-rata warga maya teruja melihat sistem ini dan mencadangkan agar sistem seperti ini dapat dilaksanakan di semua sekolah bagi memudahkan urusan murid-murid.
afif aminuddin
Sbnrnya sekolah kerajaan pon boleh adekan system2 mcm ni,cuma perlu peruntukan kerajaan aje,senang anak2 p sekolah takyah bawak duit klw tak hilang..
Halimah
Skrg apa2 makin mhk, jd tak heran klu blja sklh dah naik😁time kita sekolah bwk 50sen ikat hujung sapu tangan😂
Khairul Hanee
Sebenarnya gov school also can like actually can be mor efficient tapi tulah selalu duitnya tulah, hmmm lain lak dia melencong