Selalunya kalau kita hendak buat sate, nak tak nak mesti kita kena bakar. Tapi tahukah anda sate jika digoreng juga mempunyai keenakan rasanya yang tersendiri.
Andai kata anda sekeluarga belum pernah mencuba rasa, memang kena cuba resipi yang dikongsikan ini. Mudah, sedap dan membuka selera.
Sama enaknya seperti sate yang diba Tak perlu la nak repeat asyik masak daging resepi yang sama sahaja. Jadi jom cuba!
Resipi Sate Goreng Versi Masakan Jawa
Bahan-bahan:
1kg daging
5 sudu gula
Garam secukup rasa
Serbuk pati ayam
Ajinomoto
Bahan untuk dikisar:
2 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
3 inci lengkuas
3 inci halia
2 batang serai
1 genggam biji ketumbar
1 genggam jintan putih
Cara-cara penyediaannya:
1. Potong kecil daging dan basuh sehingga bersih. Toskan.
Ads
2. Perap daging dengan gula, biar gula tersebut meresap ke dalam daging anggaran 10-15 minit.
3. Satukan bahan-bahan kisar dan kisar halus. Masa kisar, jangan letak terlalu banyak air.
Ads
4. Lumurkan bahan kisar bersama daging dan ratakan.
5. Tambahkan garam, pati ayam dan ajinomoto jika perlu dan sebatikan.
6. Hasil setelah digaul sebati. Boleh rasa di hujung lidah untuk tahu mana terkurang rasa manis ke masin. Perap semalaman. Jika tidak berani cuba rasa ketika masih mentah, boleh juga cuba bila daging sudah separuh masak nanti.
7. Setelah perap semalaman, masak perapan daging dalam kuali. Tak perlu guna minyak sebab daging tersebutkan keluar minyak secara semulajadi.
Ads
8. Masak daging hingga kering dan empuk. Bila sudah sempurna, angkat dan sedia untuk dinikmati.
Nota: Daging perlu diperap lama supaya rasanya sebati dan daging cepat empuk apabila dimasak.
Nak guna sedikit sahaja, tapi bila disimpan dalam peti sejuk jadi kecut. Ini antara situasi yang pastinya ramai kalangan ibu hadapi. Ramai yang tertanya-tanya bagaimana cara simpan lengkuas, halia dan kunyit supaya kekal segar dan tahan lama.
Maklumlah bahan-bahan ini jika disimpan lama akan cepat kecut dan kering. Akhirnya terbuang begitu sahaja, membazir bukan.
Jadi apa kata jom cuba petua untuk mengekalkan kesegaran lengkuas, halia dan kunyit yang telah dikongsikan oleh Fatin Nursyafawani di bawah.
Cara Simpan Lengkuas, Halia & Kunyit Supaya Kekal Segar
Langkah 1
Basuh bersih semua lengkuas, halia dan kunyit.
Langkah 2
Masukkan ke dalam bekas bersih. Isikan air sehingga tenggelam bahan-bahan tersebut.
Langkah 3
Tukar air setiap 3 hari atau bila dah nampak mula keluar lendir.
Sekiranya anda penggemar kuih Muah Chee, bolehlah cuba resipi ini. Untuk yang belum pernah makan, kuih ini diperbuat daripada tepung pulut dan disalut dengan kacang tumbuk. Rasanya lemak-lemak bercampur masin manis kacang tumbuk. Teksturnya pula kenyal. Sedap sangat!
Resipi yang dikongsikan oleh Zurina Zulkefli ni nampak mudah untuk diikuti. Bolehlah anda mencubanya sendiri nanti.
Kuih masyarakat Cina yg sedap dan sangat mudah nk buat. Muah Chee iaitu bebola tepung pulut bersalut kacang. Kebetulan ada jiran bagi saya kacang berperisa, saya tumbuk hancur buat Muah Chee. Resepi di bawah:
RESIPI MUAH CHEE
Bahan yg perlu ada: – 2 sudu besar kacang tanah – 1 sudu besar gula – 1 cawan tepung pulut – 1 cawan air – 1 sudu besar minyak bunga matahari/minyak bawang goreng/minyak jagung
– Kemudian, baru hidupkan api dapur pada suhu paling kecil. – Kacau adunan di dalam kuali sehingga tepung masak dan likat. Saya ingatkan ya, masak tepung ni sangat melekat. Sentiasa lah kita bersabar. Hehe.
– Kalau nk mudah, boleh dikukus. – Setelah tepung pulut masak, letakkan doh di atas taburan kacang tumbuk.
– Potong kecil menggunakan pisau, dan gaul bersama kacang. – Sedia dihidang.
Apa rasa Muah Chee ni? Kenyal2 disusuli rangup manis rasa kacang. Sedap💕
Bagi anda yang belum pernah merasai keenakan kuih Muah Chee ni, bolehlah cuba resipi ini. Pasti puas hati. Kuih ini sangat sedap dan sesuai dijadikan juadah untuk berbuka puasa, selain guna tepung pulut ni untuk buat kuih onde-onde. Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebut sahaja sup ayam pasti anak-anaklah orang yang paling suka. Cukup hanya nasi dan sup ayam, anak makan bertambah-tambah. Sesekali tambahkan lagi kesedapan dengan Sup Ayam Ala Thai yang memang sedap.
Resipi perkongsian Pn Tengku Syazwanie ini cukup ringkas. Paling utama penambahan beberapa bahan dan cara tumisan buat sup ayam jadi lagi sedap. Jom cuba!
SUP AYAM THAI
Bahan-bahan:
Ayam
Sup bunjut
Halia-tumbuk
Bawang putih -tumbuk
Bawang merah -dihiris
Bawang besar
Serai -kalau serai halus2 buh banyak sikit, kalau besar2 buh 2/3 je la
Kiub ayam
Lobak merah, tomato dan limau purut
Garam secukup rasa
Daun ketumbar dan limau nipis
2 sudu sos ikan
Air secukupnya
Tumbuk bawang putih dan halia. Bawang merah dan bawang besar dimayang.
Tumis bahan tumbuk, serai dan bawang semua sekali dengan hirisan lemak ayam sehingga naik bau/layu.
Masukkan air, hampir nak menggelegak masukkan ayam, sup bunjut, kiub ayam, lobak merah & biar seketika.
Masukkan sos ikan (2 sudu), tomato, daun limau purut.
Letak garam dan secukup rasa atau ajinomoto.
Bila ayam dah masak, masukkan daun ketumbar dan perahan asam limau nipis.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap kali bayi lahir dan kelihatan kuning, mesti ada 'doktor-doktor kampung' yang bagi pelbagai nasihat. Ada yang betul, ada juga yang langsung tak masuk...