Anak mana yang tidak gemarkan aiskrim. Rasa manis dan warnanya yang cantik dan pelbagai rupa buat anak rasa tertarik. Sesekali mama boleh sediakan aiskrim sendiri untuk mencipta bonding dengan anak. Resipi aiskrim dua bahan ini memang mudah. Malah bahannya pun teramatlah ringkas.
Resipi Aiskrim Yogurt daripada Umairah Jamaah ini memang unik dan kreatif. Paling menarik hanya gunakan dua bahan sahaja iaitu yogurt dan epal. Mudah!
Musim panas ni best kan kalau dapat makan benda sejuk-sejuk. Lagi best kalau anak-anak dapat buat sendiri makanan tu.
Dapat la sekali-sekala belajar guna bahan kat dapur. Belajar bab sukatan. Ingat steps nak buat makanan tu. Latih kemahiran berfikir. Latih kemahiran motor halus. Yang paling penting ibu dan anak dapat ber’bonding time’ sesama 💗
Ni Kak Mai share resepi ice-cream termudah diabad ini. Guna dua bahan aje. Tak payah nak prepare sangat. Simple.
Ads
Bahan-bahan:-
• 1 cawan yogurt (nak letak extra pun boleh)
• Sebiji Epal
Nak buat ice cream macam ni?
Ads
Nah dua bahan ni aje. Guna plain yogurt sebab tiada gula tambahan, perasa dan pewarna tiruan. Pastu yogurt ni agent probiotic yang sangat baik untuk usus kita. Sebiji epal nak guna hijau atau merah terpulang.
Ads
Epal tu dadukan. Pastu masukkan ke dalam blendar. Masukkan jugak secawan yogurt tadi.
Ni watak tambahan. Kalau ada serbuk kayu Manis, boleh aje letak sikit. Kalau ada la. Kalau takde tak apa. Kan epal match dengan serbuk kayu manis kan.
Ok dah siap blend. Tuang kat dalam tray macam ni. Eh kalau nak guna bekas lain boleh saja wak. Pastu sejukkan kat dalam peti ais. Kena telan pil saboriah sikit. Sebab anak akan kerap bertanya dan tanya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Resipi dengan bahan-bahan memasak yang banyak adakalanya membuatkan kita merasa sukar untuk menyediakannya. Ditambah pula dengan cara membuatnya yang memakan masa membuatkan menu ringkas menjadi pilihan setiap kali memasak di dapur.
Namun resipi yang satu ini, Ayam Percik ringkas ini bukan hanya sedap malah cara memasaknya juga tidaklah sesukar mana. Nak tahu bagaimana menyediakan Ayam Percik ini? Jom cuba. Super sedap!
RESEPI AYAM PERCIK PALING MUDAH
Ini ayam percik resepi yang agak simple tapi sedap. Ada beberapa lagi versi lain, nanti saya update ye. Okay jom tengok resepi di bawah.
BAHAN-BAHAN A
• 1/2 ekor ayam
• 2 kotak santan yang saiz kecil
• 1 sudu teh pes asam jawa (bancuh dengan air)
• 1 sudu teh halba
• Air secukupnya
• Gula dan garam secukup rasa
BAHAN-BAHAN B (DIKISAR)
• 15 tangkai cili kering (saya guna 5 sudu besar cili kering yang sudah dikisar)
• 5 biji bawang merah
• 4 ulas bawang putih
• 2 batang serai
• 1 inci halia
1. Bersihkan ayam, kelar dan toskan. Gaulkan ayam dengan sedikit garam.
2. Masukkan ayam ke dalam kuali bersama bahan yang dikisar, santan, asam jawa, halba, gula, dan garam.
3. Masak sehingga kuahnya tinggal sedikit dan ayam sederhana masak. Pastikan kuah tadi sebati dengan ayam.
4. Letakkan ayam di atas pemanggang dan bakar hingga masak sepenuhnya dan sedikit garing. Sambil tu sapukan kuah ke atas ayam berulang kali sambil terbalikkan supaya ia melekat cantik.
5. Siap dan sedia untuk dihidang.
Selamat mencuba!
EPISOD 8 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: SI CILIK BERJIWA BESAR
Setiap parents pasti menginginkan anak-anak yang berjiwa besar. Mempunyai semangat tolong-menolong, akhlak yang baik serta menghormati orang tua. Oleh itu, ibu dan ayah sendiri harus menunjukkan contoh terbaik untuk menjadi ikutan anak-anak. Mereka umpama kain putih, ibu ayahlah yang bertanggung jawab untuk ‘mencantikkan’ hiasannya.
Saksikan Episod ke 8, PA&MA Journey Bersama JoviaNina pada 14 Oktober 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Keputusan kerajaan untuk membuka semula Taska demi memastikan ibu bapa dapat kembali bekerja sepenuhnya bukanlah satu keputusan yang mudah dilakukan. Namun demi memastikan ibu bapa dapat bekerja dengan tenang tanpa memikirkan keselamatan anak-anak dan bimbangkan risiko terdedah kepada wabak yang melanda negara kita, SOP lengkap dikeluarkan untuk panduan pemilik taska dan tadika.
Namun kerisauan pastinya masih tetap ada bagi semua ibu bapa. Begitu juga dengan pengusaha taska yang mengambil satu tanggungjawab yang besar dalam memastikan hal ini berjalan lancar. Menurut kata Puan Liyana Nazli, pemilik Atfal Jannah Kuantan & Kemaman – Pusat Intervensi Awal Kanak-Kanak, membuka semula Taska bukanlah satu tindakan yang mudah.
Bukan hanya dengan SOP yang ketat bahkan ia tanggungjawab bersama dalam memastikan anak-anak selamat di samping ibu bapa juga dapat kembali bekerja dengan tenang tanpa memikirkan anak-anak. Sebagai pengusaha Taska, ini yang dikongsikan oleh beliau demi memastikan anak-anak di Taska bebas risiko.
Done with AJ Kuantan today!
Satu lagi perkara yang perlu diberi perhatian oleh pengusaha pusat jagaan ialah meminimakan peralatan dan perabot yang digunakan sepanjang operasi. Untuk mengurangkan risiko pencemaran serta memudahkan kerja-kerja pembersihan dan sanitasi harian.
Dalam SOP semua permukaan perabot dan lantai perlu disanitasi sekurang-kurangnya dua kali sehari (pertukaran sesi pagi ke petang dan sebelum pulang). Jadi semua peralatan yang sukar untuk disanitasi teacher simpan dahulu buat sementara waktu, antaranya seperti: – ball pool – karpet – floor mats
Peralatan lain yang digunakan berkala disimpan dalam almari tertutup dan berkunci. Teacher minta terapis rekod peralatan pembelajaran yang digunakan oleh individu pelajar setiap hari, sanitasi selepas digunakan dan disimpan di tempatnya semula. Aktiviti seperti permainan yang melibatkan kumpulan tidak dijalankan buat sementara waktu.
Perabot pun diminimakan. Hanya yang betul-betul digunakan saja ada di ruang aktiviti dan dilabelkan dengan nama pelajar yang menggunakannya.
Ha, bukan mudah nak buka semula pusat jagaan selepas tempoh PKP… InsyaAllah moga selamat semuanya. Faiza azamta fatawakkal ‘alallah!
Kebimbangan Tetap Ada
Pa&Ma sempat bertanyakan kebimbangan serta pematuhan SOP yang seharusnya dipatuhi Taska demi memastikan anak-anak terjamin keselamatan mereka. Sesungguhnya banyak usaha yang perlu dilakukan oleh pihak Taska demi memastikan semua ini berjalan dengan baik. Malah ia juga menjadi tanggungjawab bersama, baik pihak Taska begitu juga dengan ibu bapa dalam memastikan anak-anak selamat.
Bagaimana kebimbangan dan kesediaan pihak taska untuk membuka semula taska?
Sebagai pihak taska memang ada rasa bimbang sebab pematuhan SOP ini melibatkan semua pihak. Bukan sahaja daripada pihak TASKA. Kami sangat berharap ibu bapa juga dapat mematuhi SOP seperti yang ditetapkan supaya keselamatan semua orang terjaga. Tetapi melihatkan SOP yang ketat dan terperinci, sepatutnya memang selamat saja untuk TASKA yang mengikuti SOP untuk menerima pelajar. Mungkin ada sesetengah TASKA yang akan menghadapi masalah untuk mematuhi kerana kekangan ruang dan tenaga kerja.
Sejauh mana Taska memastikan SOP berjalan lancar?
Dalam pematuhan SOP sebagai pemilik TASKA, perlu pastikan kakitangan faham prosedur dan mengapa langkah-langkah tersebut perlu dijalankan. Kakitangan perlu dilatih supaya segala prosedur berjalan lancar. Selain daripada itu memang perlu terangkan kepada ibu bapa mengapa setiap langkah dalam SOP itu perlu dipatuhi untuk keselamatan semua yang terlibat.
Tak boleh ambil mudah. Kedua-dua pihak kakitangan TASKA dan ibu bapa kedua-duanya perlu tandatangan borang akuan pengisytiharan kesihatan untuk declare bebas risiko Covid. Sebarang ketidaktepatan maklumat boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Bagaimana meyakinkan semula ibu bapa untuk hantar anak?
Memang susah nak yakinkan ibu bapa. Jika mereka ada pilihan untuk menjaga anak sendiri di rumah, tak ada masalah. Kita tak paksa ibu bapa untuk hantar anak, malah lebih bagus sekiranya ada sebahagian daripada ibu bapa yang ada alternatif jagaan yang lain untuk memberi peluang kepada yang benar-benar memerlukan khidmat jagaan daripada TASKA. Apabila jumlah kanak-kanak berkurang, pematuhan SOP tu lebih baik.
Tambah di peringkat awal ni masing-masing baru nak biasakan diri dengan norma baru, perlukan latihan dan peringatan. Secara berperingkat, kita boleh buka operasi dengan kapasiti kanak-kanak seperti biasa apabila semuanya telah terlatih dengan norma baru. Sebagai pemilik TASKA kita kena tunjukkan komitmen kita untuk pematuhan SOP untuk meyakinkan ibu bapa.
Pesanan saya, dalam menghalang penularan wabak Covid memang tanggungjawab semua orang. Masing-masing ada peranan masing-masing, jadi perlu beri kerjasama yang sepenuhnya. InsyaAllah moga kita semua sentiasa dalam pemeliharaan Allah dan dijauhi dari wabak Covid 19.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Macam-macam resipi pemanis mulut viral sepanjang PKP ni. Ada yang rumit, ada yang mudah, ada yang hanya guna 2-3 bahan dah boleh jadi. Macam-macam gaya masakan ada. Untuk ibu yang baharu nak mencuba buat pemanis mulut, eloklah cuba resipi yang tidak terlalu sukar. Kebarangkalian untuk ‘menjadi’ pun tinggi.
Biasanya proses untuk membakar bahulu ambil masa dan tak jadi kalau tersalah jaga suhu api. Silap-silap boleh rentung! Resipi yang dikongsikan Zuraita Mohd Anua ini sangat mudah. Tak perlu berkecah dapur pun, tapi boleh hasilkan bahulu ekspres yang sedap.
Ikuti perkongsian resipi ini.
Mudah sangat nak buat. Putar pakai blender dan bakar dalam sandwich maker jer. Cepat pulak tu siapnya. Tadi tengok resipi kat facebook, terus beli tepung dan buat. Memang best giler rasa dia. Lembut lak tu. Makan pulak panas-panas. Disebabkan kita bakar dalam sandwich maker, redha jelah bahulu korang bentuk piramid yer.
Taknak cakap banyak lah, uols cuba pulak eh. Ni bahulu basic jer. Pada yang dah biasa buat bahulu ni, tentu dah macam-macam korang letak dalam tu kan.
Tip : Untuk elakkan bahulu bau hanyir telur, jangan lupa buang urat putih waktu kita pecahkan telur tu.