Berkongsi khabar duka, pelakon dan selebriti serba boleh, Zulin Aziz mendedahkan dirinya baharu sahaja mengalami keguguran pada Ogos lalu.
Zulin dan suaminya, Farhan Norzini yang melangsungkan perkahwinan pada 20 Februari lalu akur bukan rezeki mereka untuk memiliki cahaya mata.
Hal itu dikongsikan oleh Zulin menerusi video siaran langsung di Tik Tok miliknya.
Melalui sesi Live itu, Zulin turun menjawab pelbagai pertanyaan termasuklah mengenai kehamilan yang membuatkan dia dan suami mudah terguris.
“Saya baru lepas gugur, orang tanya saya bila nak ada baby.
“Sabar la… Saya baru gugur bulan lepas,” katanya.
Ads
Terguris hati dengan pertanyaan itu, Zulin turut membuat teguran secara terbuka agar tidak bertanya soal sensitif kepada dirinya.
Malah kata Zulin lagi, masyarakat sepatutnya lebih peka sebelum bertanyakan soalan sedemikian terutamanya yang melibatkan soal rezeki, hubungan, perkahwinan dan cahaya mata.
Ads
“Kalau nak tanya soalan walaupun kita tidak tahu, elak tanya soalan sensitif. Kau tidak ada common sense kalau tanya soalan.
“Macam dulu, waktu single, orang tanya bila nak kahwin,” kata Zulin menerusi salah satu petikan di Live nya.
Semoga Zulin cepat-cepat kembali sihat dan terus bersemangat untuk memperoleh rezeki cahaya mata mata kelak.
Ads
Terdahulu, Zulin dan suaminya, Farhan Norzini melangsungkan perkahwinan pada 20 Februari lalu.
Terlalu aktif dan stres adalah antara sebab punca kandungan kembar Datin Sri Nurshahida diancam keguguran.
Semalam, Datuk Sri Aliff Syukri berkongsi keadaan Datin Sri Nurshahida yang mengalami pendarahan. Lebih memilukan kandungan tersebut merupakan kandungan kembar.
Dalam posting Instagram, ibu kepada lima cahaya mata ini mengakui sedang hamil kembar. Namun apa yang menyedihkan salah satu kembar tersebut menghadapi kemungkinan tidak dapat bertahan.
Beliau juga menyatakan bahawa stres dan terlalu aktif menjadi punca kepada pendarahan yang membawa kepada ancaman keguguran kepada kandungan kembarnya itu.
Alhamdulillah terima kasih pada semua yg prihatin DM dan Whatsapp saya…. terlalu banyak saya tak sempat nak balas.
Saya memang hamil kembar tapi salah satunya dah alami pendarahan semalam dan mungkin keguguran.
Mungkin saya sendiri yang terlalu aktif. campur macam-macam benda yg berlaku seminggu dua ni jadi saya mmg agak sibuk dan stress.
Satu lagi baby masih ada. Alhamdulillah nampak sihat dan masih juga dalam pantauan.
Para follower mendoakan agar kandungan Datin Sri Shahida selamat serta memberikan semangat kepadanya. Ada juga ibu-ibu yang berkongsi pengalaman hamil kembar.
ALAMI SITUASI SAMA
@aliahsiti Alhamdulillah tahniah Datin. Datin jgn stress2 lagi lps ni yaa.. tak elok utk kandungan tu. Saya juga pernah mengalami situasi seperti Datin.. Mengandung kembar tapi satunya mengalah di awal kandungan.. Alhamdulillah skrg ank saya dah berusia 8thn..
KEGUGURAN SEPERTI DARAH HAID
@julie_aisyah Saya prnh alami mcm Datin Sri. Hamil kembar utk pregnant kali ke3. Keguguran mcm darah haid. 1 dpt hidup dlm perut.
TAKE A GOOD REST
@emma_ayob Alhamdulillah datin @shahidadherbs..take a good rest..berehatlah..jangan buat kerja kuat sangat dan pikir macam2 buat masa ni..baby dlm perut dan kesihatan datin yg lg penting.
BLEEDNG SANGAT BANYAK
@m4m4_4kids Sedih plak dgar citer datin sbab penah kat situation ni jugak.. Bby kembar sy lgi sorg xdpat diselamatkan sbab bleeding yg sgt bnyak.. Sorg lgi selamat, alhamdulillah da 4thn skrg.. Sy doa kn semoga datin n bby sihat dgn izin Allah inshaallah… Aamiin…
JANGAN FIKIRKAN KOMEN NEGATIF
@mizdatool Allahu..be strong Datin..semoga dipermudahkan segalanya. Jangan terlampau difikirkan komen2 negatif..Allah lebih tahu ape yg datin and family hadap..take care datin and family..
Pengalaman memberikan anak buat pertama kalinya memang menyeronokkan. Bagi pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat dia bersyukur bila mana anaknya makan cukup berselera setiap hari.
Menjawab pertanyaan pengikutnya di Insta Storynya mengenai pemakanan anaknya, kata Ayda Jebat dia paling bersyukur kerana anaknya tidak memilih makanan atau picky eater.
Apa jua makanan yang diberikan padanya, dia tidak memilih.
“Tak picky eater, dia makan je apa yang kita bagi. And dia makan banyak.
“Makanan kita pun dia perhatian..hahaha,” tulis Ayda ringkas.
Malah kata Ayda lagi, dek kerana anaknya mempunyai masalah ekzema, dia lebih menjaga pemakanan Ana Nayla malah tidak pernah mengambil sebarang makanan dari luar.
Semuanya disediakan sendiri dari rumah, baik makanan utama mahupun biskut untuk bayinya. Kata Ayda, dia paling elakkan pengambilan perasa dalam makanan anaknya. Semuanya disebabkan dia bimbang Ana Nayla akan terkesan begitu juga pengambilan perasa tambahan yang tidak disyorkan buat bayi di bawah usia dua tahun.
“No instant food! Even cookies ke, biskut baby pun tak beli luar. Tak pernah bagi serbuk perasa.
“Oh no, untuk apa ya nak ada perasa? Doktor Ana Nayla ak bagi. Makanan mesti masak dari rumah. No outside food pun.
“Lagi pun baby ada eczyma, kena jaga food dia,” begitu kongsi Ayda di Insta Storynya.
Apa yang dilakukan oleh Ayda ini sememangnya tepat dan amat disarankan. Lagi-lagi bila si kecil kesayangan mempunyai masalah ekzema. Perlu berhati-hati dalam pemilihan makanan setiap hari.
Sebelum berjumpa doktor untuk mendapatkan keputusan rasmi kewujudan bayi, anda boleh mengambil ujian kehamilan di rumah sendiri. Artikel ini akan memberikan anda panduan mengenai cara untuk menjalankan ujian kehamilan di rumah.
Wanita perlu mengambil ujian sekurang-kurangnya seminggu selepas mereka terlepas tempoh haid bagi mendapatkan hasil yang paling tepat. Ambil terlalu awal boleh cenderung kepada jawapan palsu apabila ujian adalah negatif tetapi sebenarnya, anda hamil. Dinasihatkan untuk mengambil ujian pada waktu pagi apabila air kencing pekat.
Terdapat dua jenis ujian kehamilan iaitu ujian air kencing di rumah dan ujian darah yang dijalankan di pusat perubatan. Ujian air kencing dirumah adalah 99% tepat manakala ujian darah adalah lebih tepat. Ketepatan ujian kehamilan bergantung kepada:
Dalam beberapa kes yang jarang berlaku, ujian membawa hasil palsu jika terdapat protein atau darah dalam air kencing. Selain itu, jika pengambil ujian itu mengambil beberapa jenis ubat-ubatan, ia boleh menjejaskan ketepatan ujian.
Ujian kehamilan di rumah adalah sangat mudah digunakan dan memberikan hasil yang tepat dalam masa yang singkat selagi wanita ikut arahan dengan teliti.
Terdapat banyak cara untuk melakukan ujian. Ini adalah bagaimana untuk menggunakan ujian bukan digital.
Langkah 1: Wanita boleh memilih salah satu daripada kaedah ini:
Langkah 2:Tunggu beberapa minit untuk melihat hasilnya.
Langkah 3: Baca hasilnya. Bergantung kepada jenis kit ujian, hasilnya ditunjukkan berbeza. Jika anda hamil, hasil ujian boleh menjadi:
Jika wanita menggunakan ujian digital, langkah 1 dan langkah 2 adalah sama seperti dalam ujian bukan digital. Walau bagaimanapun, pada langkah terakhir, ujian akan membaca keputusan dengan jelas, sama ada “mengandung” atau “tidak mengandung”.
Jika ujian memberikan hasil positif, jumpa ke doktor untuk mengesahkan.
Jika ujian memberikan hasil negatif tetapi anda masih percaya bahawa anda sebenarnya hamil, pergi ke pusat perubatan juga untuk mendapatkan pengesahan doktor.
Pink dan ibu mengandung berpisah tiada, hehehe, macam sepasang kekasih pula. Buku pink (biasanya di klinik kesihatan kerajaan) akan dibuka apabila ibu didapati telah hamil. Kiranya buku pink ni merupakan rekod pemeriksaan kesihatan sepanjang ibu mengandung.
Bagi wanita yang baru pertama kali bakal bergelar ibu, mesti tertanya-tanya, bilakah waktu yang paling sesuai untuk buka buku pink ni kan?
Sebenarnya bukan ibu yang baru nak menimang anak pertama jer, ibu-ibu yang dah ada anak 2-3 orang pun boleh blur sekejap terutamanya jika jarak kehamilan setiap anak tu agak jauh, macam 3-4 tahun, gitu.
Kebanyakan waktu yang disyorkan untuk membuka buku pink adalah setelah kehamilan mencecah 10 minggu.
Ada sesetengah klinik kerajaan memerlukan pengesahan kehamilan, contohnya daripada klinik swasta, ada sesetengahnya pula tak kisah asalkan kita memang betul-betul confirm yang kita hamil.
Semasa para ibu nak buka buku pink tu nanti, nurse yang bertugas mesti akan tanya tarikh hari pertama period terakhir kita.
Sebab itulah ibu-ibu sekalian perlu aware tentang bila hari pertama period kita setiap bulan. Tujuannya supaya dapat dijangkakan usia kandungan ibu.
Tarikh check UPT: 1 September 2017
Hari pertama period terakhir ibu: 1 Julai 2017
Jadi, dari hari pertama last period ibu tu, sehingga ke hari check UPT, usia kandungan lebih kurang 8 minggu dan menghampiri 9 minggu dah.
Boleh tunggu seminggu dua lagi untuk buka buku pink.
Haaaa, mudah kan?
Buka buku pink lambat ni biasanya akan menjadi isu kalau ibu pernah mengalami masalah atau komplikasi sewaktu mengandung atau bersalin semasa kehamilan terdahulu.
Mungkin juga sekiranya para ibu mempunyai sejarah keluarga berpenyakit kronik seperti kencing manis atau darah tinggi.
Macam kalau ibu pernah mengalami anemia kronik, kalau buat tak tahu, bayi mungkin boleh mengalami keguguran.
Kalau jadi kes macam ni, penelitian dengan lebih lagi perlu diberikan. Kalau tak, selalunya takde hal lah sangat.
Boleh saja dan dinasihatkan buka awal sekiranya ibu merupakan golongan berisiko tadi. Kalau tak, agak leceh sikitlah nak kene check darah dan urin serta menunggu giliran yang agak lama, selalunya.
Tapi kalau awal sangat, macam 2-3 minggu tu, ada yang berkongsi pengalaman, nurse suruh balik dulu. Lepas tu datang balik bila usia kandungan dah 10 minggu.
Mungkin kalau kita takde masalah, lebih baik ruang waktu tu diberikan kepada mereka yang lebih memerlukan. Di samping itu, 10 minggu ke atas tu mungkin juga waktu yang paling sesuai memantau perkembangan ibu hamil.dan bayi.
Kebiasaannya perlu bawa IC. Walaupun ada sesetengah ibu yang berkongsi, perlu bawa sijil nikah serta bil eletrik atau air, tapi seingat saya, semasa nak buka buku pink dulu, saya diminta tunjukkan IC jer. Sijil nikah pun tak perlu. Tapi bawa jer kad nikah yang macam IC tu.
Bil elektrik atau air tu sebab kalau klinik kerajaan, diaorang nak pastikan yang alamat rumah kita adalah betul sebab pembahagian pemeriksaan kesihatan semasa mengandung dibuat mengikut kawasan tempat tinggal.
Ada orang yang alamat rumah dalam IC berlainan dengan kawasan coverage (mungkin guna alamat kampung) klinik kesihatan tu. Bil air atau elektrik kan sebagai penunjuk alamat semasa kita.
Kalau klinik swasta, tak kisahlah nak tinggal kat mana-mana pun.
Biasanya, untuk ibu yang pertama kali buka buku pink, 2 ujian yang akan dilakukan iaitu:-
Seterusnya nanti, nurse akan buat interview sikit. Nak tahu berkenaan sejarah kesihatan keluarga suami dan isteri seperti penyakit 3 serangkai. Macam ibu ni, kalau pernah mengandung, dulu ada tak mengalami GDM (kencing manis semasa hamil), anemia, darah tinggi dan sebagainya.
Walaupun interview tu sikit, soalan mungkin banyak dan macam-macam…hahaha. Layankan ajer. Semua info yang ditanya oleh nurse ni biasanya penting untuk kesihatan ibu dan bayi.
Selepas tu, nurse akan buat pemeriksaan breast. Selalunya nak tengok keadaan breast, ok ke tak tak bila time nak menyusu nanti. Nipple timbul ke tak. Check sikit dan sekejap jer.
Kemudian nanti, ibu diminta untuk masuk ke bilik pemeriksaan yang ada tabir kain tu. Nanti nurse akan tekan-tekan perut untuk ambil ukuran janin.
Biasanya rasa ketulan jer kalau baru 10-12 minggu ni sebab masih kecil.
Ada apa dengan buku pink ni? Penting kah?
Sangat penting untuk dibawa ke mana-mana sahaja buku ni, ye ibu-ibu sekalian, terutamanya time checkup lah. Jangan pula nak checkup nanti, boleh tertinggal buku pink ni. Tak pasal-pasal dengar ceramah free daripada nurse tu karang.
Dalam buku pink ni terdapat segala macam rekod kesihatan ibu dan bayi termasuklah berat ibu, ukuran bayi, bacaan hb, keputusan bacaan darah, keputusan bacaan air kencing, risiko ibu hamil, ulasan nurse, ulasan doktor, keadaan bayi dan macam-macam lagilah.
Kalau nak pergi bercuti atau travel jauh-jauh, balik kampung ke, silahlah bawa bersama buku pink ni. Mana tahukan, kalau berlaku apa-apa ke, mudah untuk ibu-ibu refer ke klinik atau hospital yang berdekatan.
Kalau ikutkan, pada awal kehamilan ni, check mengandung adalah 1 kali sebulan jer. Tapi kalau ada masalah kesihatan macam GDM (kencing manis semasa hamil), darah tinggi atau bacaan HB rendah (khasnya anemia kronik), checkup selalunya perlu dilakukan 2 minggu sekali. Penat tu nak melayan, kan?
Jadi, para ibu sekalian, dari awal lagi perlu jaga kesihatan, jaga pemakanan dan selalu bersenam. Nanti bila nak buka buku pink, takdelah masalah kesihatan lain pula.
Semoga ibu-ibu melalui pengalaman mengandung dengan hati yang tenang dan riang. Berseri macam warna buku pink ni.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Sumber: Naimah Wahab, Hello Doktor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!