Seolah-olah Ardy faham yang orang rakam wajahnya. Dia juga cukup sporting dan sentiasa beri mimik muka dan posing yang comel tiap kali di rakam lensa kamera.
Mengapa perkembangan sosial penting untuk anak? Perkembangan sosial kanak-kanak adalah proses di mana kanak-kanak belajar bagaimana berinteraksi dengan orang lain, memahami dan mengurus emosi, serta membina hubungan.
Ia penting kerana membantu kanak-kanak mengembangkan kemahiran berkomunikasi, empati dan bekerjasama yang diperlukan untuk kehidupan seharian dan masa depan mereka.
Pembangunan sosial yang sihat membolehkan kanak-kanak membina keyakinan diri dan keterampilan sosial.
Sekiranya kanak-kanak tidak mengalami perkembangan sosial yang sepatutnya, mereka mungkin akan menghadapi kesukaran dalam membina hubungan, mengurus emosi dan berinteraksi dengan berkesan dalam masyarakat.
Bagaimana untuk memupuk perkembangan sosial anak-anak? Kanak-kanak masih dalam proses perkembangan mereka, maka aktiviti yang hendak dilakukan itu mestilah mengikut fasa dan sesuai dengan umur mereka.
Aktiviti perkembangan sosial kanak-kanak 1-2 tahun
Bermain bersama
Libatkan kanak-kanak dalam permainan yang memerlukan penglibatan individu lain seperti menyusun blok atau permainan interaktif. Ini akan mengajar mereka tentang adab menunggu giliran dan berkongsi dengan orang lain.
Selain itu, ia juga boleh memupuk kemahiran komunikasi dalam perkembangan sosial kanak kanak 1-2 tahun.
Sesi bercerita
Sesi bercerita dan berdiskusi tentang karakter dan plot cerita boleh membantu anak mengembangkan pemahaman tentang emosi dan perspektif orang lain. Cara ini bagus untuk perkembangan sosial kanak-kanak.
Aktiviti muzik bersama
Menyertai kelas muzik atau bermain alat muzik sederhana seperti dram dan marakas bersama anak boleh membina kepekaan terhadap irama bersama dan sifat kerjasama.
Aktiviti perkembangan sosial kanak-kanak 4 tahun
Permainan peranan (roleplay)
Permainan peranan seperti berlakon sebagai doktor, guru atau chef membolehkan kanak-kanak mempraktikkan dan memahami pelbagai peranan sosial dan emosi. Ini juga baik untuk perkembangan sosial kanak-kanak.
Sukan dan permainan berkumpulan
Melibatkan anak dalam sukan seperti bola sepak atau permainan berkumpulan seperti ‘polis dan perompak’ boleh membina kemahiran kerjasama, mengurus kemenangan dan kekalahan.
Aktiviti seni bersama
Projek seni berkumpulan seperti melukis mural atau membuat kolaj boleh menggalakkan ekspresi diri dan penghargaan terhadap sumbangan orang lain. Ini cara terbaik untuk perkembangan sosial kanak kanak 4 tahun.
Aktiviti perkembangan sosial kanak-kanak 5 tahun
Permainan papan dan kad
Permainan papan (board game) dan kad yang sesuai seperti ‘UNO’, boleh mengajar anak untuk mengikuti peraturan, mengatur strategi dan berinteraksi secara positif dengan pemain lain.
Aktiviti sukarelawan
Melibatkan anak dalam aktiviti sukarelawan seperti membersihkan taman atau membantu di rumah kebajikan boleh memperkenalkan anak dengan konsep membantu orang lain dan empati sosial. Ini juga bagus untuk perkembangan sosial kanak-kanak.
Perkhemahan atau kelas kurikulum tambahan
Menyertai perkhemahan atau kelas seperti berenang atau seni bela diri akan membina kemahiran sosial dalam suasana yang lebih berstruktur bersama rakan sebaya.
Sumber: Hello Doktor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kelahiran seorang bayi adalah detik paling mengharukan dalam hidup seorang ibu. Tangisan pertama yang bergema bukan sekadar tanda kehidupan, tetapi juga permulaan satu amanah besar yang memerlukan kasih sayang tanpa syarat.
Setiap ibu mahu melakukan yang terbaik untuk anaknya. Dari mendukung, menyusukan, menidurkan, hinggalah kepada amalan tradisional seperti bedung bayi, semuanya dilakukan dengan satu tujuan iaitu memastikan anak selesa, selamat dan membesar dengan sihat.
Namun tanpa ilmu yang betul, perkara yang dianggap kecil seperti bedung bayi boleh menjadi punca risiko serius. Silap bedung bayi bukan sekadar isu keselesaan, malah boleh membawa kepada masalah seperti hip dysplasia, SIDS dan kelewatan perkembangan motor.
Sebagai ibu bapa, tanggungjawab kita bukan sekadar membalut bayi, tetapi membalutnya dengan cinta, kesedaran dan ilmu.
Bedung bayi bukan sekadar tradisi lama. Ia adalah cara untuk bayi merasa aman, seolah-olah masih berada dalam rahim ibu. Bayi yang dibedung dengan betul biasanya akan:
Bedung bayi yang betul memberi keseimbangan antara rasa dipeluk dan ruang untuk bayi bernafas serta bergerak dengan selesa.
Ramai ibu bapa menganggap silap bedung bayi hanyalah isu ketat atau longgar. Hakikatnya, kesilapan ini boleh mengundang bahaya yang nyata dan serius.
Jika bahagian pinggul dan kaki dibedung terlalu ketat, sendi pinggul bayi tidak dapat berkembang dengan normal. Bayi memerlukan kebebasan untuk menendang dan menggerakkan kaki bagi memastikan struktur sendi terbentuk dengan betul.
Silap bedung bayi juga boleh meningkatkan risiko SIDS, terutamanya jika posisi tidur tidak selamat. Bayi yang dibedung terlalu ketat atau diletakkan dalam posisi salah mungkin sukar bergerak untuk bernafas dengan baik.
Bayi memerlukan ruang untuk melatih koordinasi otot tangan dan kaki. Bedung bayi yang terlalu ketat boleh mengekang pergerakan ini dan menjejaskan perkembangan motor secara semula jadi.
Setiap balutan yang terlalu ketat bukan sekadar menahan tubuh kecil itu, tetapi menahan potensi perkembangannya.
Untuk mengelakkan risiko hip dysplasia dan SIDS, bedung bayi perlu dilakukan dengan cara yang betul dan selamat.
Bedung bayi sepatutnya memberi rasa dipeluk, bukan dikurung.
Setiap kali kita membedung bayi, bayangkan kita sedang memeluknya dengan penuh kasih sayang dan tanggungjawab. Bedung bayi bukan sekadar balutan kain, tetapi satu amanah terhadap keselamatan dan masa depan anak.
Bedung yang betul memberi ketenangan kepada bayi dan ketenteraman kepada ibu bapa. Sebaliknya, kesilapan kecil boleh meninggalkan kesan besar yang mungkin disesali di kemudian hari.
Jangan pandang ringan amalan tradisi. Setiap pelukan, setiap balutan, adalah doa dan tanggungjawab. Bayi kecil itu hanya ada satu peluang untuk dibimbing dengan betul — berikan yang terbaik.
Bilangan perkataan yang boleh kanak-kanak sebut akan bagi kesan berapa panjang ayat yang mereka boleh buat.
Menurut Patalogis Pertuturan Bahasa, Aishah Kassimkanak-kanak 2 tahun patutnya sudah boleh buat ayat 2 perkataan. Jadi bilangan perkataan yang mereka kena sebut adalah lebih kurang 70-100 perkataan. Ini purata sahaja. Kalau lebih bagus lah.
Paling sikit 50 perkataan (ini borderline). Jika tak ditingkatkan bilangan, boleh membawa kepada kelewatan untuk perkembangan bahasa seterusnya.
Jadi jika anak sudah 2 tahun ke atas tapi masih cakap sepatah-sepatah, anda perlu lihat bilangan perkataan yang mereka boleh sebut. Jika sikit sebab tu lah mereka belum buat ayat lagi.
Pentingnya ibu bapa tambahkan perkataan yang mereka boleh sebut dulu. Nanti bila bersedia mereka akan buat ayat pula.
Ramai ibu hamil sibuk cari makanan berkhasiat sepanjang kehamilan, tapi kadang-kadang terlupa buah paling simple dan murah pun boleh jadi superfruit, contohnya jambu batu.