Dalam sebuah perkahwinan, seorang wanita yang bergelar isteri harus tahu hak mereka. Walaupun dalam rumah tangga, peranan suami lebih dari isteri, tetapi si isteri tak boleh menidakkan haknya sendiri.
Berkongsi mengenai hal ini, Peguam Syarie & Konsultan Perundangan Islam, Fahmi Ramli menjelaskan bahaya jika isteri terlepas pandang 7 perkara ini tentang hak dirinya sendiri.
Bahaya jika Isteri terlepas pandang 7 perkara ini tentang hak dirinya sendiri.
1. Tempat tinggal asing & selesa
Seorang wanita yang dah bernikah, wajib untuk suami sediakan rumah berasingan daripada keluarganya atau keluarga lelaki itu sendiri.
Tak kisah jika rumah itu sewa ataupun beli, yang penting selesa dan bukan isteri itu yang bayar. Kalau suami yang tinggal di rumah isterinya, suami itu wajib bayar sejumlah wang yang dipersetujui kepada isterinya untuk rumah kelamin tersebut.
2. Belanja utiliti rumah
Bila dah sediakan rumah, jangan lupa pula, bil elektrik dan bil air juga perlu suami tanggung. Ini benda asas di dalam rumah. Kalau tak ada elektrik dan air, apa guna rumah kalau macam tu.
Ini juga sebahagian daripada nafkah tempat tinggal yang isteri berhak dapat daripada seorang suami. Bukan menjadi kewajipan isteri untuk bayar utiliti. Melainkan, bil internet ke bil telefon rumah ke atau bil astro ke, ini bukan keperluan.
3. Makan dan minum
Seorang suami wajib sediakan barang-barang keperluan dapur khasnya. Bahkan, dalam Islam, suami juga sebenarnya yang wajib sediakan makan dan minum. Maksudnya suami yang patut masak, bukannya isteri.
Kalau isteri yang buat, itu dikira sebagai Ihsan atau sedekah daripada isteri. Kalau suami itu tak pandai masak, boleh la isteri itu nak masakkan. Cuma, jangan ingat bila kahwin sahaja, lelaki buat isteri ini macam orang gaji. Masak, basuh baju, cuci rumah semua dia yang buat.
4. Pakaian itu bukan baju semata-mata
Banyak orang fikir, takkan setiap bulan nak beli baju pada isteri. Kalau ikutkan, pakaian sememangnya nafkah wajib setiap bulan, tapi bukan baju atau kain semata-mata.
Tuala wanita, peralatan mandi, peralatan solek, dan macam-macam lagi perkara yang berkaitan dengan keperluan wanita, adalah tanggungjawab wajib seorang suami. Sesetengah orang dia hanya beli baju raya sahaja setahun sekali, tetapi pakaian bulanan langsung diabaikan.
5. Tak boleh dipukul
Haram seorang suami memukul isterinya walaupun niat suami itu untuk mengajar. Tidak ada perkara tersebut dalam Islam. Sekalipun isteri tersebut mungkin tidak hormati suami, tapi bukan cara mengajar isteri tersebut dengan tumbuk, tampar, tarik rambut, tendang dan macam-macam lagi.
Mendidik isteri dalam Islam dimulakan dengan nasihat secara baik, kemudian pisahkan tempat tidur dan kemudian memukul dengan pukulan yang tidak menyakitkan menggunakan hujung kain lembut sahaja. Jika berlaku pukulan, isteri tersebut boleh buat laporan polis atas keganasan rumahtangga.
6. Dilayan dengan cara baik
Suami wajib bercakap dengan percakapan yang baik. Perbuatan seperti memaki hamun, mencarut, bercakap kasar adalah satu bentuk layanan yang tidak baik.
Meskipun hendak bersama dengan isteri, ia tidak boleh datang dalam bentuk paksaan. Apatah lagi apabila isteri berada dalam keadaan haid atau suami nak meliwat isteri sendiri melalui dubur. Haram perbuatan yang melayani isteri seperti itu dalam Islam.
7. Giliran bermalam yang adil
Bagi wanita yang bermadu, hak mereka dalam perkahwinan adalah mendapat giliran bermalam yang adil. Seorang suami yang berpoligami, tidak boleh melebih-lebih isteri yang disukai dan mengenepikan hak isteri yang kurang disukai.
Walaupun mungkin ada isteri yang telah putus haid, tapi dia masih berhak untuk mendapat giliran bermalam. Bukan suami hanya balik waktu siang atau balik sekali sekala sahaja.
Ajarkan juga ilmu ini kepada kawan perempuan atau ahli keluarga anda yang tersayang kerana seorang wanita yang sedang berkahwin atau baru berkahwin perlu tahu hak dirinya sebagai isteri. Kerana kekuatan seorang wanita terletak kepada ilmunya.
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak-anak juga mempunyai perasaan untuk memberontak dan mengamuk jika ada yang tak kena. Perubahan emosi juga mempengaruhi anak untuk bertindak di luar kawalan. Biarpun anak mungkin mengamuk sehingga menimbulkan rasa marah dalam diri ibu ayah, kita tidak seharusnya menghukum mereka sembarangan.
Ada beberapa kaedah yang boleh kita lakukan untuk menghukum tanpa menyakiti anak. Bergantung kepada tahap keterukan kenakalan mereka, “time-out” perlu dilaksanakan. Walau bagaimanapun, ia perlu dilakukan dengan cara yang betul. Ikuti artikel ini untuk mengetahui 6 taktik hukum anak dengan “time-out”.
Cara Hukum Anak Dengan “Time Out”;
#1. Pilih tempoh dan tempat yang sesuai
Salah satu daripada aspek yang paling penting dalam “time-out’’ adalah tempat yang sesuai. Anda perlu memastikan tempat tersebut adalah masih dalam jangkauan pemerhatian anda dan tidak mempunyai apa-apa yang boleh mengganggu seperti rakan-rakan atau adik-beradik anak anda, televisyen atau permainan.
Anda boleh memilih tempat yang membosankan seperti penjuru dinding. Selepas menentukan tempat, putuskan pula bagaimana anda mahu hukum anak anda.
Anda disarankan meluangkan masa selama 1 minit untuk kanak-kanak berumur 1 tahun dan berikutnya. Jika tempohnya terlalu pendek, “time-out’’ ekstra adalah diperlukan dan tempohnya adalah separuh daripada tempoh asal.
#2. Ajar anak anda mengenai deskripsi “time-out’’
Ketika anda dan anak anda sedang berada dalam mood yang baik, ajar mereka mengenai “time-out’’. Tunjukkan mereka tempatnya dan terangkan mengapa mereka perlu melaluinya.
Biarkan mereka tahu kesilapan spesifik yang mana akan menyebabkan mereka dihukum. Anda boleh gunakan contoh seperti memukul rakan-rakan, mencarut dan menjerit sebagai kelakuan yang boleh mengakibatkan “time-out’’.
Jika anak anda mula berkelakuan buruk, hukum anak anda dan disiplinkan mereka sesegera mungkin. Jangan sesekali bertangguh. “Time-out’’ adalah lebih berkesan jika ia dilakukan pada waktu itu juga selepas mereka melakukan kesalahan. Kanak-kanak masih belum mempunyai memori yang kuat. Oleh itu mereka akan cepat lupa dan keliru tentangnya jika anda bertangguh.
Jika anda berada di luar rumah jika anak anda berkelakuan buruk, ada alternatifnya. Anda boleh menyuruh mereka melakukan “time-out’’ di penjuru dinding pasar raya atau di kerusi taman rekreasi.
#4. Kawal kemarahan anak anda
Tujuan “time-out’’ dilakukan adalah untuk memastikan mereka kekal tenang dan dapat mengawal diri. Jadi, sebagai ibu bapa anda sendiri perlu mengawal mood anda. Jangan sesekali marah, kritik atau memukul mereka.
Cuma jelaskan pada mereka mengenai kesalahan mereka dalam nada suara yang tenang dan minta mereka melakukan “time-out’’. Kemudian, jelaskan pada mereka mengenai kesalahan yang mereka lakukan selepas tamat hukuman.
#5. Kekal konsisten
Ada juga kanak-kanak yang berdegil tidak mahu melakukan “time-out’’. Mereka cenderung untuk meninggalkan tempatnya, menangis atau menyorok. Jika mereka berkelakuan sebegini, anda perlu lebih teliti perhatikan mereka dan pastikan mereka tidak berganjak sepanjang hukuman dijalankan.
Setiap kali mereka cuba melarikan diri, mula semula hukuman tersebut. Dengan melakukan ini, anak anda tidak akan beranggapan hukuman ini boleh diambil ringan.
#6. Maafkan anak anda
Selepas tamat tempoh “time-out’’, terangkan kepada anak anda mengenai kesalahan mereka dan keperluan hukuman dijalankan. Kemudian, tanya perasaan dan pemikiran mereka terhadapnya. Puji mereka kerana mampu menghabiskan “time-out’’ tersebut. Paling penting, maafkan mereka dan teruskan hari anda seperti biasa.
“Kepentingan Bahasa Inggeris untuk dikuasai rakyat adalah demi menempatkan Malaysia sebagai negara maju berdasarkan bidang pendidikan, itu tak boleh dinafikan,” demikian ditegaskan oleh Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik ketika ditemubual oleh media.
Bahasa Inggeris diakui menjadi bahasa antarabangsa yang paling penting dikuasai oleh semua orang demi menempatkan diri dalam perkembangan dunia yang semakin maju.
Kementerian Pendidikan komited melakukan tranformasi sistem pendidikan negara dengan menerapkan elemen penting iaitu sistem pendidikan berteraskan teknologi dan penekanan berkaitan Bahasa Inggeris.
Menurut laporan dalam Sinar Harian, Dr Maszlee Malik berkata, perkara itu menjadi fokus kementeriannya selaras dengan aspirasi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau percaya kebebasan memilih oleh ibu bapa dan murid-murid itu sendiri dan salah satu kalau kita perasan dalam pelan pendidikan negara ialah penekanan keperluan untuk menguasai pelbagai bahasa.
“Jadi kita melihat bukan isu Bahasa Inggeris sahaja tetapi isu untuk rakyat Malaysia meraikan kepelbagaian bahasa dan etnik yang wujud sebagai kekuatan, contohnya kita nak wujudkan individu yang boleh berbahasa lebih daripada dua bahasa,” katanya ketika temuramah eksklusif bersama Sinar Harian.
Sistem Pendidikan Negara Finland Jadi Inspirasi
Selain itu, Maszlee berkata, antara usaha meringankan beban murid dan guru seperti manifesto sebelum PRU14 ialah melalui sistem pendidikan berteraskan teknologi.
“Mereka menjadikan umur awal persekolahan itu sebagai ‘formative years’ iaitu untuk membina sahsiah lebih daripada dibebankan dengan peperiksaan atau buku-buku yang banyak.
“Kita mahukan sistem pendidikan awal itu lebih kepada konsep mengumpul maklumat, berfikir secara kritikal dan mengkaji untuk mewujudkan manusiawi dalam diri mereka.
“Sebab itu saya melihat kita akan cuba wujudkan budaya pendidikan bersifat kepada tiga elemen iaitu kegembiraan, kasih sayang dan saling hormat menghormati,” katanya.