Selepas pemergian dua kanak-kanak berusia 11 tahun dan dua tahun selepas sambutan Hari Raya lalu, kini seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia 12 dari Kluang meninggal dunia pukul 7 pagi semalam, selepas disyaki turut menjadi mangsa strok haba.
Menurut laporan Harian Metro, bapanya, Syahrol Azmi Mohd Hekak, 42, berkata anak keduanya Airiel Syahren disahkan meninggal dunia oleh doktor akibat ‘septic shock secondary to meningoencephalitis’ di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom.
Ujar bapanya lagi, anak kedua daripada empat beradik itu, mengalami simptom demam tidak berpeluh, kekejangan otot, muntah, terkencing, terberak dan meracau, kira-kira 10 malam sejak Ahad lalu.
Malah menurut bapanya lagi, Airiel Syahren dan adiknya serta ibu mereka turut demam biasa dan sudah pun diberikan ubat demam.
Bagaimanapun sehingga jam 10 malam Ahad itu, bapanya mula khuatir selepas mendengar bunyi seperti tergolek lantas ke bilik menempatkan anak keduanya itu.
“Saya meminta mereka tidur di ruang tamu kerana bilik itu sejuk. Selepas itu, saya dengar macam bunyi benda jatuh dan kemudian saya dapati anak kekejangan.
“Selepas menelefon talian 999, panggilan disambungkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom dan petugas meminta saya menunggu ambulans sampai.
“Dalam tempoh itu, anak saya tetap meronta-ronta sampai terberak, terkencing. Adiknya pun jadi macam itu tetapi sekejap sahaja,” kongsinya.
Menurut Syahrol lagi, pada pukul 7 pagi, dia mendapat panggilan daripada petugas HEBHK yang menyuruhnya segera datang ke wad. Ketika meninjau di tabir katil, dia terkejut anaknya sedang diberikan rawatan kecemasan.
“Ketika meninjau di tabir katil anak, saya terkejut apabila mendapati pihak doktor sedang memberikan rawatan kecemasan pada Airiel.
“Kemudian dua orang doktor memanggil saya ke bilik mereka dan menerangkan anak saya mengalami simptom strok haba hingga menyebabkan buah pinggang terjejas, X-ray dadanya berwarna putih selain terkena radang otak.
“Saya tak sanggup lagi nak melihat anak saya terseksa kerana mata putihnya sudah merah dan saya bercakap dalam hati saya izinkan anak saya ‘pergi’,” katanya.
Ujarnya, tidak menyangka anak yang disifatkan sebagai pendiam, suka tersenyum dan ringan tulang membantu keluarga itu, pergi terlalu cepat. Tambahnya lagi, anak ketiganya Aidil Syahren, 9, kini stabil dan masih berada di wad.
“Jangan ambil mudah jika anak-anak anda mengalami demam, jangan fikir lagi soal ada duit atau tidak, segera hantar mereka mendapatkan rawatan di hospital,” katanya.
Menarik: Kena Marah Dengan Daddy Conteng Pintu Bilik Air, Ramai Terhibur Dengan Jawapan Fatima!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI