Tiada tangisan meminta tolong. Tiada suara anak kecil menangis kelaparan. Tiada yang sedar mereka sudah lama pergi… lebih sebulan mayat dibiarkan begitu, tanpa sesiapa pun perasan kehilangan mereka.

Si ibu, baru berusia 40 tahun, membesarkan anak perempuannya yang baru dua tahun, sendirian selepas perceraian dan tanpa sumber pendapatan tetap. Hidup mereka sunyi, senyap… dan akhirnya, maut datang dalam diam. Rumah yang mereka huni bakal dilelong. Harapan yang tinggal makin rapuh, hingga tiada lagi.

Jiran menyangka mereka sudah berpindah. Rupanya, mereka cuma ‘meninggalkan’ dunia ini… bersama, dalam diam. Difahamkan kedua-duanya dipercayai telah meninggal dunia sejak lebih sebulan lalu tanpa sesiapa pun menyedarinya.

Mayat Ibu Dan Anak Kecil Temui Sudah Reput Dalam Bilik Tidur

Mangsa tinggal di rumah tersebut tanpa pekerjaan tetap, dan menurut adik mangsa yang mahu dikenali sebagai Nor, kali terakhir dia melihat kakaknya adalah pada hujung Mei lalu.

“Kali terakhir saya jumpa kakak ialah pada hujung Mei lalu.”- adik mangsa

Jiran sangka sudah pindah rumah.

Lebih menyedihkan, jiran-jiran di pangsapuri itu tidak pernah terfikir sesuatu yang buruk berlaku kerana menyangka wanita tersebut sudah berpindah.

Ads

“Sebelum ini dia maklumkan mahu pindah dan pernah nampak dia bawa barang seperti mahu pindah. Dia mengaku rumah itu bakal dilelong dan mahu berpindah ke Seberang Perai, dan selepas itu kami sudah tidak nampak dia.” – Jiran

Polis mengesahkan penemuan mayat dua beranak warga tempatan yang dijumpai dalam keadaan sudah reput di bilik tidur utama, aras sembilan, sebuah pangsapuri di Jalan Bukit Gambir,  George Town, Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam yang terkesan bau busuk dari kediaman itu pada pukul 4.41 petang semalam.

Mayat Ibu Dan Anak Kecil Temui Sudah Reput Dalam Bilik Tidur

Ads

“Pasukan siasatan dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut dan Balai Polis Sungai Nibong dengan dibantu anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah memecah masuk ke dalam rumah tersebut.

“Pemeriksaan di tempat kejadian telah menjumpai mayat seorang perempuan dan kanak-kanak perempuan di bilik utama dalam keadaan reput.

“Dokumen pengenalan si mati mendapati kedua-duanya masing-masing berumur 40 dan dua tahun serta dipercayai hubungan mereka adalah ibu dan anak,” katanya di sini, sebentar tadi.

Ads

Beliau memberitahu, pakar Forensik Perubatan Hospital Pulau Pinang dan Pasukan Siasatan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pinang turut dipanggil untuk membantu siasatan di tempat kejadian.

Mayat Ibu Dan Anak Kecil Temui Sudah Reput Dalam Bilik Tidur

“Kedua-dua mayat si mati telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu keputusan bedah siasat,” jelasnya. 

Sumber: Kosmo dan Harian Metro

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI