Pengacara dan pelakon Jihan Muse mengakui perlu memperlahankan karier seni bagi memberi lebih tumpuan terhadap keluarga. Jihan, 35, berkata, perjalanan kehidupan peribadinya bermula lambat dan kerana itu dia mahu memanfaatkan waktu yang ada bersama insan tersayang.
Saya lambat kahwin dan dapat anak juga lambat. Sebab itulah saya banyak menghabiskan masa dengan suami dan anak di rumah.
Kalau bekerja pun, seboleh mungkin saya mahu hadkan masa lapan jam sehari
Sebagai isteri dan ibu dia perlu bijak mengatur masa agar karier seni dan keluarga berjalan seiring.
Ads
Keluarga dan karier seni sama penting bagi saya. Namun begitu, buat masa ini kerjaya jatuh nombor dua dan saya berharap dapat mengimbangkan kedua-duanya.
Saya bersyukur kerana pengurusan dan produksi boleh mengikut masa yang saya berikan. Jika ada yang tidak dapat mengikut masa ditetapkan, saya akan tolak daripada awal kerana tidak mahu menyusahkan pihak lain
Ads
Jihan berkata dia akan sibuk berniaga sepanjang Ramadan nanti. Ibu kepada Ungku Arsalan Haq Ungku Hariz Faizal itu berkata, ini adalah pengalaman pertama dia berniaga.
Ads
Ini percubaan pertama apabila saya bekerjasama dengan Starvilion dengan menghasilkan baju raya. Biasanya sepanjang Ramadan saya akan berehat daripada sebarang aktiviti seni dan fokuskan ibadat.
Jika ada tawaran berlakon saya hanya ambil penampilan istimewa atau kemunculan sekali saja. Harapan saya semoga perniagaan ini berjalan lancar.
Golongan ibu ni kadang-kadang cakap je penat bawa anak keluar berjalan lebih-lebih lagi anak yang sedang membesar, tapi ‘next time’ dah lupa kepenatan tu mesti tak serik nak bawa anak keluar. Sebab memori bersama anak tu sangat berharga.
Begitulah yang turut dirasai oleh usahawan berjaya yang juga ibu kepada empat orang cahaya mata, Datin Vivy Sofinas Yusof apabila membawa anak-anak beriadah. Baginya, dia juga seperti ibu-ibu kebanyakan yang turut mengalami situasi sama ketika berhadapan dengan perangai anak-anak.
Namun bagi pemilik FashionValet dan The dUCk Group ini, ianya satu moment yang sangat berharga buat dirinya sebagai ibu. Ikuti perkongsian beliau.
Terdapat banyak perkara yang kita takuti sebagai seorang ibu. Masa anak-anak nak pergi tandas awam, bila anak-anak mengamuk kat tengah-tengah kedai cenderahati (Hai Mariam, mommy tak lupa), bila anak-anak bawa pulang ikan dari sekolah.
Lagi satu yang paling takut… bila anak-anak nak pergi waterpark.
Dah boleh nampak masa hadapan. Mommy akan menjadi towel lady selama setengah hari di bawah terik matahari, menjerit kepada anak lelaki kerana menolak anak perempuan ke dalam air, dan mengejar anak perempuan yang lain kerana dia enggan memakai sunblock.
Anak-anak akan menjerit dari dalam air, “mommy, lihat!!” Dan anda perlu melihat mereka menuruni gelongsor dan berkata “Oh wowwww!” buat kali ke-14 kerana pada pandangan mereka, mereka melakukan sesuatu yang sangat hebat dan anda perlu menunjukkan sokongan.
Cuba mengabaikan “Mommy, Lihat” kali ke-15 kerana ia akan membosankan. Tapi tak boleh sebab mereka akan menjerit lebih kuat, dan orang ramai akan mula merenung.
Bahagian yang menyeronokkan bila bagitahu mereka “kita akan pulang” Mereka akan merayu “Awwww tapi kami baru sampai di sini!” walaupun sampai tadi pada pukul 10 pagi dan sekarang pukul 5 petang. Mereka akan melompat semula ke dalam air dan mommy perlu menarik mereka keluar dan mengugut untuk ambil semua yang mereka miliki.
Mommy jugalah akan menjadi orang yang mengumpul pakaian basah semua orang dan sandal basah yang telah bercampur dengan pasir dan tanah dan mungkin juga beberapa semut. Hadiah dari anak-anak tersayang.
Di dalam kereta, mereka akan keletihan sehingga tidur. Mommy akan mendapat ketenangan selama beberapa minit, tetapi mommy perlu melenturkan otot tersebut untuk membawa badan mereka yang mengantuk masuk ke dalam rumah. Semua 20kg berat badan mereka. setiap satu.
Di rumah, mommy perlu mandi setiap satu daripada mereka sekali lagi dengan bersih untuk memastikan semua klorin dan nasties lain telah hilang.
Apabila mereka tidur malam itu, mommy akan melihat foto dan video dan mommy akan tersenyum. Senyuman yang letih tetapi puas kerana tiada yang lebih indah daripada melihat anak-anak bergembira. Dan kita tahu bahawa kita akan ke waterpark sekali lagi.
Ketika itulah kita akan sedar bahawa keibuan tidak masuk akal sama sekali.
Hanya sebiji rambutan, seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun menemui ajal akibat tercekik ketika makan buah tersebut.
Dalam kejadian di Kampung Belakang Masjid dekat Bukit Selambau, Baling, Kedah, usaha untuk menyelamatkan mangsa tidak berjaya walaupun pertolongan awal dah diberikan oleh bapa mangsa.
Berlari sambil menjerit dan memegang leher
Menerusi laporan Berita Harian, kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang Jumaat lalu, ketika mangsa, Muhammad Hakim Amsyar Mohd Kasturi, cuba makan buah berkenaan ketika berada di rumah datuknya di situ.
Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Syed Basri Syed Ali, berkata sebelum kejadian itu, mangsa melihat bapa serta ahli keluarganya yang lain mengait buah rambutan di depan rumah datuknya.
Beliau berkata, Muhammad Hakim Amsyar dikatakan mengambil sebiji rambutan sebelum mengupas dan memasukkannya ke dalam mulut.
“Namun secara tiba-tiba, mangsa terus berlari ke arah abangnya sambil menjerit dan memegang leher.
“Bapanya kemudian cuba membantu dengan menepuk bahagian belakang mangsa tetapi tidak berhasil,” katanya.
Syed Basri berkata, mangsa kemudian dikejarkan ke Klinik Kesihatan Kuala Ketil, namun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan.
“Bedah siasat mendapati tiada kecederaan dan unsur-unsur jenayah pada badan mangsa.
“Pegawai Perubatan di klinik terbabit berjaya mengeluarkan sebiji buah rambutan daripada dalam mulut mangsa. Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).
Ibu bapa diminta berwaspada dan terus membawa anak-anak ke pusat rawatan atau hospital jika mereka mengalami demam, selesema dan batuk berpanjangan. Ini kerana pemberian ubat tanpa nasihat doktor boleh memudaratkan anak jika betul disahkan mengalami jangkitan virus.
Makan ubat demam, batuk atau seumpamanya yang dibekalkan oleh doktor. Sekiranya demam anak masih tak kebah dan suhu tinggi, bukan sewenang-wenangnya ibu bapa boleh gunakan ubat masuk punggung.
Ini kerana jika tersilap beri boleh memberi kesan lebih buruk pada anak itu sendiri. Perkongsian dari seorang ibu di Facebook Cik Naomey ini menjelaskan jenis ubat yang sepatutnya diberikan jika anak demam.
Haritu Asya demam, ada terbaca tentang ubat demam yang boleh menyebabkan radang otak jika diambil oleh pesakit yang disahkan dijangkiti demam influenza.
Bila dengar macam ni rasa takutlah jugak, lepastu saya pergi farmasi untuk bertanya lebih lanjut.
Nasib baik akak Pharmacist tu peramah sangat, dia siap amik contoh ubat dan bagi penerangan pasal isu yang tengah viral sekarang.
Katanya so far ubat demam jenis makan semua selamat, tapi untuk yang sumbat di punggung budak yang bertulis DICLOFENIC SODIUM memang tak digalakkan, sebab boleh menyebabkan kematian otak pada pesakit yang mengalami demam Influenza.
Gambar yang atas Contoh ubat ada kandungan tersebut, ubat ni pharmacist tu yang tunjuk kat saya.
Katanya paling selamat makan saja ubat demam yang tulis Paracetamol.
p / s : Kalau suhu panas sangat dan mendadak naik, boleh guna ubat insert tu yang bertulis PARACETAMOL 125mg ( atas saranan doktor ).
Namun nak lagi selamat, makan ubat demam jenis sirap je dan sentiasa minta nasihat doktor. Sebab ubat ni ada banyak jenis, pastikan beri kepada anak yang berlabel Paracetamol sahaja sekiranya disahkan demam Influenza.
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.