Dua beradik yang rentung dalam kebakaran di Jalan Bunga Raya Besar, Kampung Dato Sulaiman Menteri, Johor Bahru pada Sabtu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mukim Tebrau pada Ahad.
Muhammad Zafran Muhammad Fikri, 3, dan Nurul Hawa Zafira Muhammad Fikri, 2, dikebumikan dalam satu liang lahad pada jam 5.30 petang (Ahad).
Terdahulu jenazah dua kanak-kanak itu tiba dengan dibawa van ke tanah perkuburan selepas selesai proses bedah siasat di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
Dianggarkan lebih 50 orang termasuk ahli keluarga dan kenalan hadir memberikan penghormatan terakhir dalam suasana hiba.
Ads
Ibu mangsa Nurul Ain Najihah Zulkifli, 27, ketika ditemui berkata, dia hanya mampu meredai pemergian cahaya matanya itu.
“Saya tidak risau apa-apa sebab anak saya sudah jadi anak-anak syurga.
Ads
Kredit: Metro
“Cuma rasa sedih sebab saya lihat Zafran (di lokasi kejadian) peluk adik dia..saya orang pertama yang masuk ke rumah selepas kebakaran dipadamkan,” katanya ketika ditemui di tanah perkuburan.
Semalam, dua beradik itu ditemukan rentung dalam bilik tidur dalam kejadian yang berlaku pada jam 1.40 tengah hari. – Bernama
Kes tragis yang menimpa adik Zara Qairina bukan sahaja menyayat hati, malah mencetuskan trauma mendalam dalam kalangan ramai ibu bapa di Malaysia. Segala bentuk perkongsian daripada pihak keluarga termasuk rakaman suara perbualan antara ibu dan anak menjadi perhatian umum.
Ada yang tertanya-tanya, kenapa si ibu merakam perbualan anaknya? Namun di sebalik persoalan itu, rupanya ramai yang tak tahu, bagi sesetengah ibu rakaman suara itulah satu-satunya cara untuk mengubat rindu terhadap anak tersayang.
Sebagaimana perkongsian ini dia turut mengenai rakaman suara. Malah turut memaparkan gambar tangkap layar untuk ibu bapa merakan perbualan anak terutama yang tinggal di asrama
“Saya hairan. Bagaimana ibu Zara boleh ada banyak rakaman perbualan dengan anaknya. Mulanya saya sangka beliau dapat rakaman dari syarikat telekomunikasi.”
Kata-kata ini mencerminkan rasa ingin tahu dan juga kekeliruan yang ramai ibu bapa alami ketika mengetahui adanya beberapa rakaman suara milik adik Zara. Ada yang beranggapan rakaman itu mungkin hasil siasatan pihak berautoriti. Namun rupanya jawapannya jauh lebih menyentuh hati.
“Bila terbaca perkongsian seorang peguam, barulah saya tahu ada ibu yang sengaja rekod perbualan telefon dengan anak mereka.”
Kebetulan pula, peguam yang turut terlibat dalam kes Zara ini juga merupakan seorang ibu kepada anak tunggal. Maka tidak pelik, beliau lebih memahami kenapa ada ibu yang sanggup merakam setiap detik suara anak bukan untuk tujuan luar biasa, tapi semata-mata kerana rindu.
“Mereka rekod perbualan supaya dapat dengar semula untuk hilangkan kerinduan kepada anak. Masya Allah… begitulah pengorbanan masing-masing dalam membesarkan anak.”
Begitu besar cinta seorang ibu, kan? Tak semua orang mampu faham — lebih-lebih lagi bila anak bukan berada depan mata setiap masa. Ada yang berjauhan kerana sekolah asrama, ada yang tinggal berasingan kerana keadaan hidup. Maka rakaman suara jadi satu bentuk memori yang cukup bermakna.
“Petang tadi Faqihah telefon, jadi saya cuba tekan butang rakaman.
Bergema peringatan ‘perbualan ini sedang dirakamkan’ di talian. Terkejut Faqihah bertanya kenapa saya merakam. Saya maklumkan sekadar nak cuba.”
Itulah saat bila seorang ibu terdetik nak cuba fungsi rakam. Niatnya hanya satu — supaya tak terlepas satu pun butir bicara anak kesayangan.
“Habis perbualan ibu anak atau lebih tepat laporan mingguan, saya mencari di mana rakaman tersimpan.”
“Habis digeledah semua ‘recording folder’ tak jumpa. Rupanya ia boleh diakses pada rekod panggilan. Ada simbol mikrofon kecil yang bila ditekan akan paparkan bahagian rakaman.”
Teknologi hari ini memudahkan segalanya. Tapi lebih dari itu, ia mengajarkan kita bahawa hubungan ibu dan anak bukan hanya pada panggilan fizikal… tetapi juga emosi dan jiwa.
“Boleh lah rakam bila anak telefon. Mereka cakap laju, laras bahasa pun berbeza.
Kadang ambil masa juga kita nak hadam. Bila lama sangat bersembang mak pun boleh hilang fokus juga. Hehe.”
Satu luahan jujur, real dan sangat relatable. Dalam kelajuan hidup anak-anak zaman kini, suara mereka jadi satu bentuk nostalgia yang tak ternilai. Kita rakam bukan sebab paranoid… tapi sebab kita rindu. Kita takut satu hari nanti, hanya tinggal suara untuk dikenang.
“Jadi kita manfaatkan teknologi yang ada. Wallahualam.”
Dalam dunia yang makin kompleks, kadang-kadang kasih ibu masih bersandar pada perkara paling asas suara anak. Apa yang bagi sesetengah orang nampak “pelik”, sebenarnya itulah tanda kasih yang tak terungkap. Dan kisah Zara membuka mata kita semua… bahawa kasih seorang ibu, tak pernah ada had. Walaupun hanya tinggal rakaman suara, itu pun sudah cukup untuk menyambung rasa.
Akibat mengelak seekor ular melintas, seorang ibu yang sarat mengandung meninggal dunia manakala bayinya berjaya diselamatkan selepas motosikal ditunggangi wanita itu terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 29, Kampung Charuk Padang, Jalan Jeniang Sik-Pedu, semalam.
Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, mangsa, Nor Hidayah Abdullah, 27, menunggang motosikal Honda Wave Alpha bersama seorang remaja perempuan berusia 16 tahun.
Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman berkata, siasatan awal di lokasi mendapati motosikal mangsa dipercayai dari arah Sekolah Menengah (SM) Sik menghala ke rumahnya di Bandar Baru Beris Jaya.
Sementara, kereta Perodua Axia dari arah rumahnya di Pekan Sik menghala ke arah Sekolah Menengah (SM) Kebangsaan Sri Enggang untuk mengambil anaknya yang bekerja di situ.
Cedera parah di badan dan muka
Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati, mangsa yang tidak bekerja dipercayai cuba mengelak seekor ular yang melintas secara tiba-tiba di bahu kiri jalan menyebabkan mangsa memasuki laluan kereta sebelum berlaku pelanggaran di bahagian sebelah kiri kenderaan itu.
“Pemandu kereta yang juga wanita berusia 61 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Remaja perempuan yang membonceng motosikal itu pula mengalami calar di tangan kanan dan kini dirawat di Hospital Sik (HS) manakala wanita itu meninggal dunia di tempat kejadian.
“Akibat kemalangan itu mangsa dipercayai mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan termasuk muka,” katanya.
Bayi berjaya diselamatkan
Menurutnya, kandungan wanita itu berjaya diselamatkan selepas mangsa segera dibawa ke HS untuk menyelamatkan bayinya.
Abdull Razak berkata, bayi mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk mendapatkan rawatan lanjut.
“Mayat wanita itu kemudian dibawa ke Jabatan Forensik HSB untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Kacak Sungguh Qalif Khan, anak lelaki Linda Jasmine, ‘copy paste’ wajah ibunya. Berusia 24 tahun, wajah kacak Qalif mencuri perhatian ramai.
Qalif Khan merupakan anak hasil perkahwinan pertama, Linda Jasmine. Ternyata, darah dan rupa mat salleh yang diwarisi Qalif tak ubah seperti penyanyi antarabangsa Justin Bieber.
Linda kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan pengarah terkenal Que Haidar pada 14 Februari 2009. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Tengku Ratu Haidar, 15, dan Tengku Cleopatra Haidar, 12 tahun.
Bagaimanapun pasangan ini berpisah selepas lebih 15 tahun mendirikan rumah tangga. Mereka disahkan bercerai dengan talak satu pada 2 Julai lalu.
Bukaan pintu rahim 2cm hingga 10cm menandakan tahap proses bersalin. Fahami maksud setiap peringkat supaya ibu lebih tenang dan bersedia sebelum bayi lahir.