Pelakon Saharul Ridzwan akui teruja untuk mengetahui jantina anak ketiganya yang bakal dilahirkan pada bila-bila masa dalam masa terdekat ini.
Kata Saharul, sejak anak kedua lagi dia sengaja buat kejutan untuk diri sendiri tentang jantina bayi sehingga hari dilahirkan.
“Saya tengah berdebar ni kerana isteri saya memang tengah tunggu hari bila-bila masa sahaja akan bersalin..tak hari ini mungkin esok insyaAllah.
“Saya memang teruja dan tak sabar hendak mengetahui jantina anak ketiga ini. Saya suka akan perasaan teruja seperti ini sebab saya memang suka suprise.
“Terdahulu masa anak kedua juga saya guna elemen yang sama kerana momen untuk tahu jantina bayi sebaik sahaja dia dilahirkan memang seronok.
Ads
Isteri ada fibroid, mohon doa dipermudahkan
Selain berdebar menanti saat kelahiran anaknya, Saharul juga meluahkan rasa bimbang terhadap isterinya Qaabila Deena Emir kerana mempunyai fibroid.
Ads
“Sekarang ni doktor akan pantau sama ada isteri boleh bersalin normal atau pembedahan kerana ada ketulan fibroid di dalam rahimnya.
“Doakanlah, cuma saya harap proses bersalin nanti dipermudahkan dan selamat semuanya,” katanya.
Saharul mendirikan rumah tangga pada 16 September 2016. Pasangan ini telah dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali, 6, dan Fateema Azzahra kini berusia tiga tahun.
Ada segelintir ibu berasa bimbang apabila doktor memaklumkan bayi dalam kandungan bersaiz besar. Khuatir berlaku komplikasi semasa proses kelahiran.
Namun, tahukah anda apakah punca bayi boleh menjadi besar? Dr Azirawaty Mohd Tadzri, Pegawai Perubatan di Klinik My Family, Ampang menjelaskan isu ini.
Makrosomia adalah terminologi untuk bayi yang lahir lebih daripada 4000 gram, tidak kira pada bila usia kandungan dilahirkan. Untuk makluman, sesetengah negara mengambil kira berat bayi yang lebih daripada 4.5 kg. Namun di Malaysia, mana-mana bayi yang dilahirkan lebih daripada 4000 gram atau 4kg, baulah dia tergolong di bawah bayi makrosomik.
Pengesanan bayi dalam kandungan bersaiz besar boleh dilakukan melalui pemeriksaan abdomen pada ibu. Ia dilakukan dengan memeriksa ketinggian rahim (fundal height). Jika bayi bersaiz besar, ukuran itu lebih daripada tiga minggu daripada usia kandungan.
Pertumbuhan bayi yang laju dan besar, boleh dikesan dengan pemeriksaan ultrasound
juga. Dalam pemeriksaan ini, doktor melihat kepada purata berat bayi dengan mengukur lilitan abdomen dan kepala bayi serta panjang tulang femur (paha). Antara lain, bayi yang besar turut boleh dikesan melalui indeks air ketuban. Paras indeks air ketuban di dalam perut yang tinggi boleh dikesan seawal 28 minggu!
Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan bayi di dalam kandungan bersaiz besar. Yang paling biasa ialah disebabkan oleh masalah diabetis mellitus yang berlaku sama ada sebelum ibu mengandung atau semasa mengandung.
Apabila ibu menghidap diabetes sama ada sebelum mengandung atau gestational diabetes (GDM), paras gula tidak dikawal dengan baik akan menyebabkan bayi menghasilkan insulin berlebihan termasuk gula. Jadi, hal ini akan merangsang pertumbuhan lemak bayi yang berlebihan lalu menyebabkan dia mengalami makrosomik.
Faktor genetik si ibu dan si ayah pun diambil kira. Jika seorang ataupun kedua ibu bapa bersaiz besar, maka tidak menjadi sesuatu yang luar biasa untuk bayi yang dikandung itu turut boleh bersaiz besar. Jika ibu bersaiz obes, bayi di dalam kandungan pun boleh bersaiz besar juga.
Sekiranya ibu mengalami kenaikan berat badan yang terlalu berlebihan ketika mengandung, ia menambahkan risiko untuk bayi bersaiz besar. Purata kenaikan berat badan yang sihat ialah sekitar 11kg hingga 13kg. Jika lebih daripada itu, maka ia boleh menjadi faktor bayi bersaiz besar.
Umur ibu semasa mengandung yang lanjut iaitu lebih daripada 37 tahun ke atas pun boleh menjadi puncanya. Paling jarang berlaku ialah masalah genetik sindromik seperti Beckwith Wiedemann.
Sehubungan itu, pemakanan yang seimbang dan penuh dengan khasiat dan berwarna-warni seperti sayur-sayuran dan buah-buahan yang berbeza amat penting untuk kesihatan bayi dan berat bayi yang sihat. Namun begitu, jika ibu lebih banyak mengambil makanan yang tinggi gula dan lemak, hal ini boleh menjadi penyumbang faktor saiz bayi dalam kandungan menjadi lebih besar.
Bagi mana-mana ibu yang disahkan mempunyai bayi bersaiz besar, langkah pertama yang perlu dilakukan ialah jangan panik. Jika ia dikesan awal, pemeriksaan lanjutan perlu dituruti. Antaranya ujian langsung ultrasound berkala setiap dua minggu untuk memastikan saiz bayi.
Dalam masa yang sama, diri pun sentiasa kekal aktif. Libatkanlah diri dengan pelbagai jenis aktiviti riadah yang bersesuaian dengan keadaaan semasa. Paling penting, amalkan pemakanan yang sihat.
Ambil makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks, protein yang sihat dan rendah lemak tepu. Elakkan makan makanan tinggi gula seperti coklat, kek, buah-buahan yang terlalu manis seperti mangga, pisang, anggur dan minuman tidak sihat seperti jus kotak yang sedia ditambah gula dan minuman segera, 3 dalam 1.
Paling penting dan ialah kawal tekanan yang mungkin dialami. Tidak dinafikan ketika hamil, ibu mudah penat dan menjadi stres. Beringatlah bahawa stres adalah tidak baik untuk kandungan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menjadi kebiasaan bagi ibu bapa untuk membelikan anak-anak anak patung sebagai permainan. Tak kurang juga ada yang membeli pelbagai jenis patung sebagai koleksi ataupun perhiasan.
Namun anda harus berhati-hati kerana patung yang cukup sifat walaupun tidak bernyawa sebenarnya boleh mengundang jin untuk menumpang di dalam patung tersebut. Perkara ini dikongsi oleh Ustaz Zulaffendi Mohamad ketika mengubati pesakitnya.
2 hari lepas kena settle satu kes. Pada mulanya tuan rumah suruh pagar rumah saja. Sebab katanya anak dia selalu nampak benda bukan-bukan dalam rumah, dan rasa seram bila masuk bilik dia.
Jadi, kita pon mulakan dengan bacaan Yassin mubin di dalam rumah tersebut. Setelah selesai bacaan, sesi scan sorang-sorang anaknya pulak. Diringkaskan cerita, anaknya yang bongsu apabila diruqyah, rasa sedih dan menangis. Kemudian, saya mengajak dia pusing dalam kawasan rumah takut-takut ada benda yang tak sepatutnya ada dalam rumah.
Bila masuk ke bilik ayahnya, terus dia meremang dan rasa macam diperhatikan pada satu sudut. Saya pon percikkan air Yassin tetapi masih lagi rasa ada yang memerhatikan. Bila diperiksa sedetail mungkin, akhirnya saya menemui patung POOH yang sebesar saya.
Aduhhh, macam kembaq dah rasanya. Jadi, saya suruh dia pegang patung tersebut, tetapi dia menolak. Takut katanya, rasa macam patung tersebut dok perati.
Bila ke ruang tamu, ada lagi patung kembar macam saya jugak. Betul-betul mengejek ni. Hahaha…dan yang terakhir ada patung harimau. Saya sarankan untuk cacatkan patung tersebut dan buang. Sebab depa dok atas flat, susah untuk buat aktiviti pemusnahan patung tersebut.
Saya sebutkan pada pesakit, jangan simpan patung yang cukup sifat sebagai hiasan. Simptom yang ada pesakit jugak menunjukkan ada gangguan jin asyik. Kerap mimpi disetubuhi dan teringin masuk ke alam bunian katanya. Rasa tersebut membuak-buak setiap hari pada masa yang sama takut bila masuk bilik ayah dia.
PESANAN
*Jangan simpan patung yang cukup sifat di dalam rumah *Jaga aurat ketika tidur, jangan terlalu terdedah. Sebab ada yang geram bila tengok kita seksi ketika tidur *Jangan pasang lagu-lagu yang melalaikan di dalam rumah
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu mana yang tidak bimbang bila mana anaknya jatuh sakit. Apa lagi dijangkiti virus Chicken Pox yang membuatkan permukaan kulit anak tidak cantik.
Anak kepada selebriti Lufya Omar turut sama dijangkiti Chicken Pox yang kini sedang meningkat kes jangkitannya di negara kita.
Melalui Instagramnya, Lufya memuat naik video anaknya, Laana Haura yang dijangkiti virus itu. Kongsi Lufya menerusi kapsyennya, anak kecilnya itu tidak dapat tidur kerana mengalami gatal-gatal.
“Semalaman melayan Haura tak boleh tidur kene Chicken Pox!
“Teringat dulu masa kecik kemain gatal mengeyam,” kongsi Lufya menerusi Instagramnya.
Apa yang menarik perhatian ramai pastinya wajah tenang Haura yang mengadu kepada ibunya. Kongsi anak kecil itu, dia kini tidak lagi cantik selepas dijangkiti virus itu.
“Haura tak cantik,” kata Haura sambil menunjukkan beberapa bintik-bintik air di seluruh badannya yang mula timbul.
Namun wajah tenang dan ceria Haura menjadi perhatian. Mana tidaknya, walau badan sudah pun penuh dengan bintik Chicken Pox dan mengadu tidak cantik kepada ibunya, namun wajahnya tetapi ceria seperti tidak sakit. Sememangnya anak yang kuat dan ceria.
MamaKerja 2026 dibuka pada Ogos 2026. Ibu bekerja di Selangor yang layak berpeluang menerima insentif RM1,000 secara sekali bayar. Semak syarat kelayakan, dokumen diperlukan dan cara memohon.