Setiap ibu bapa pasti menginginkan yang terbaik buat untuk anak-anak mereka. Salah satunya dari aspek penjagaan kulit kerana sudah tentu ibu bapa mahukan keselesaan pada Si Manja. Tambahan di dalam keadaan pandemik seperti sekarang, ibu bapa perlu menggandakan usaha untuk melindungi kesihatan anak.
Tahukah anda, kulit bayi adalah tiga kali lebih sensitif berbanding dengan dewasa? Oleh itu, mereka memerlukan penjagaan kulit yang mesra kulit bayi, supaya mereka sentiasa berada dalam keadaan yang selesa.
Jagalah Kulit Si Manja Sebaiknya!
Untuk memastikan kulit Si Manja berada dalam keadaan yang baik, jangan abaikan rutin penjagaannya. Ibu bapa harus peka dan mengamalkan penjagaan kulit secara berdisiplin supaya kulit anak sentiasa lembut dan dilindungi.
Apa yang boleh ibu bapa lakukan?
Memandikan anak
Anak-anak memang sukakan air! Mereka suka mandi dan sebagai ibu bapa kita perlu menggalakkan anak-anak untuk kerap mandi tambahan dalam keadaan sekarang.
Sumber foto: www.shutterstock.com
Pilih sabun yang terbaik
Pastikan ibu bapa memilih jenama yang diyakini serta berkualiti. Mandi secara kerap boleh menyebabkan kerengsaan kulit jika pemilihan sabun tidak sesuai dengan kulit anak. Jangan beri anak menggunakan sabun mandi yang merengsakan.
Penggunaan losen
Selain produk mandian, ibu bapa juga boleh menggunakan losen untuk melindungi kulit Si Manja. Ia memastikan kulit anak sentiasa dalam keadaan yang lembap dan dilindungi.
Ads
Sumber foto: www.shutterstock.com
Pemilihan rangkaian produk terbaik
Untuk menjaga kesihatan kulit anak, ibu bapa perlu bijak membuat pilihan yang tepat. Pastikan anda memilih rangkaian produk yang mempunyai kualiti terbaik dan bahan kandungan yang selamat untuk digunakan pada kulit anak anda.
Jangan Risau, Cetaphil Baby Pilihan Yang Tepat!
Jika masih lagi tercari-cari produk yang bagus untuk kulit anak, Cetaphil Baby adalah jawapannya. Ada dua rangkaian produk Cetaphil Baby yang boleh anda pilih untuk keselesaan Si Manja.
Rangkaian produk Cetaphil Baby with Organic Calendula dan Cetaphil Baby Regular telah dihasilkan oleh pakar kulit dan diformulasi khas untuk melindungi kulit bayi yang lembut dari iritasi. Malahan ia akan membantu melegakan ketidakselesaan pada kulit serta masalah kekeringan.
Kualiti produk Cetaphil Baby ini tidak perlu diragui lagi kerana ia telah berada sekian lama di pasaran. Rangkaian produknya adalah hypoallergenic, lembut pada kulit bayi, bebas paraben serta disarankan oleh pakar pediatrik, memang sesuai sangat untuk melindungi kulit Si Manja!
Ads
Apa produk Cetaphil yang ada?
1. Bersihkan kulit dan rambut bayi menggunakan Cetaphil Baby Calendula Wash & Shampoo. Selain itu, anda juga boleh memilih untuk menggunakan Cetaphil Baby Gentle Wash & Shampoo with Glycerin and Panthenol. Yang mana satu pun pilihan anda, ia tetap yang terbaik buat Si Manja kesayangan!
2. Cetaphil Baby Calendula Lotion pula membantu mengekalkan kelembapan pada kulit bayi. Selain losen ini, anda juga boleh memilih untuk menggunakan Cetaphil Baby Daily Lotion with Shea Butter yang merupakan pemenang utama bagi ‘Try and Review 2021’ bagi kategori barangan bayi.
3. Lindungi kulit Si Manja dari iritasi terutamanya jika ada masalah kulit kering dengan Cetaphil Baby Advanced Protection Cream.
4. Kekalkan kelembapan kulit anak dengan menggunakan Cetaphil Baby Moisturizing Bath and Wash with Aloe Vera and Almond Oil.
Untuk maklumat tentang produk Cetaphil Baby, anda boleh layari:
Berita baik buat semua pembaca Pa&Ma! Cetaphil akan menawarkan potongan RM5 dengan pembelian produk bayi Cetaphil yang berharga RM40 ke atas. Masukkan kod promosi CETAPAMA5 di Shopee! (https://shopee.com.my/shop/112778093/search/?shopCollection=12326748). Sah sehingga 30 September.
Meraikan hari bahagia yang tersayang merupakan momen yang indah bukan hanya buat yang diraikan malah diri sendiri turut terasa puas dapat menjayakan hari bahagia tersebut.
Namun tak lengkap rasanya di hari yang bahagia tanpa dekorasi yang cantik! Ada pelbagai pilihan servis yang menawarkan dekorasi namun anda perlu pandai memilih agar hasilnya juga seperti yang diimpikan.
Salah satu yang menawarkan servis dekorasi majlis antaranya Sentuhan by Ekaa Shamsudin. Menjengah ke laman sosial Sentuhan by ES pasti membuatkan anda rambang mata melihat pelbagai dekorasi majlis yang sangat cantik dan mewah. Memang terasa ‘vibe’ happening majlis yang bakal di sambutkan?
Melihat hasil ‘air tangan’ dekorasi majlis ini pasti membuatkan ramai tertanya-tanya bagaimana pemilik perniagaan ini memulakan perniagaan dekorasi ini? Bermula dari melihat dekorasi yang dibuat ketika bekerja di hotel, Puan Nurshafiqah Shamsudin mula jatuh hati pada kerjaya ini dan mengambil keputusan untuk membuat sendiri dengan menubuhkan perniagaan Sentuhan by ES pada tahun 2016.
PERLU KREATIF UNTUK HASIL YANG CANTIK
Ibu kepada 2 cahaya mata ini mengakui mempunyai minat dalam seni kreatif menjadikan dirinya lebih mudah untuk berkarya dan mendapat idea setiap kali menghias atau membuatkan design untuk photo booth serta pentas majlis. Malah ‘lady boss’ ini tidak hanya berimaginasi mencari ilham tetapi turut bertungkus-lumus menimba ilmu dan mencari rujukan hiasan di laman sesawang.
“Sebagai seorang decorator kita kena ada seni and creativity. Jadi bila pelanggan minta sesuatu tema kita boleh terus imagine apa yang cantik and apa yang tidak. Dalam masa yang sama boleh saya sentiasa mencari rujukan melalui aplikasi Pinterest untuk mendapatkan lebih banyak idea dalam mengdekorasi tempat”
SERVIS MENGIKUT KEHENDAK PELANGGAN
Sentuhan by ES yang telah bertapak selama 7 tahun dalam perniagaan dekorasi ini menawarkan pelbagai servis antaranya; Dekorasi, Majlis Sambutan Hari Jadi, Majlis Makan Malam Tahunan, Majlis Pelancaran Produk, Majlis Perkahwinan serta Katering.
Perkhidmatan yang ditawarkan bermula dari harga serendah RM599 dan pelanggan diberi kebebasan untuk memilih sendiri tema yang menjadi pilihan namun Sentuhan by ES tetap akan memberi konsultasi serta idea dan membuat design bagi membantu pelanggan dalam membuat pilihan.
IMPIAN BINA EMPIRE BESAR
Mempunyai azam yang besar, pemilik Sentuhan by ES berharap agar lebih ramai yang mengenali Sentuhan by ES dan mampu membina empire yang besar suatu hari nanti
“Perancangan kita untuk tahun-tahun seterusnya ialah kita nak nama sentuhan by ES dikenali ramai dan mampu membina event team yang besar”
Bagi yang berminat untuk mendapatkan sentuhan magis di hari istimewa yang tersayang boleh dapatkan dari Sentuhan by ES menerusi laman facebook dan instagram sentuhan.es
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap detik kehamilan adalah momen yang penuh makna dari degupan jantung pertama si kecil hingga harapan yang menggunung tinggi untuk meniti masa depan. Kini bagi meraikan bakal ibu di Malaysia CARiNG Pharmacy membawakan satu peluang istimewa untuk meraikan perjalanan luar biasa ini.
‘Mom-to-be Moments Giveaway’ adalah kempen yang dikhususkan buat semua bakal ibu di Malaysia dengan jumlah hadiah keseluruhan bernilai 𝗥𝗠𝟮𝟱,𝟎𝟎𝟎 yang menanti pemenang! Bersedialah untuk dimanjakan dan dihargai sepanjang fasa kehamilan anda.
Hadiah Lumayan Bernilai RM25,000!
Anda berpeluang menangi hadiah yang lumayan dalam Mom-to-be Moments Giveaway ini, antaranya:
Hadiah Pertama: Pakej Penjagaan Berpantang bernilai RM10,000 untuk 1 pemenang
Hadiah Kedua: Fotografi Potret Bayi bernilai RM1,499 untuk 3 pemenang
Hadiah Ketiga: Pakej Pilates Pascabersalin benilai RM1,000 untuk 3 pemenang
Hadiah Saguhati: Set Pemulihan CARiNG bernilai RM800 untuk 5 pemenang
Cara Penyertaan ‘Mom-to-be Moments Giveaway
Nak sertai? Mudah sahaja, ikuti langkah-langkah berikut: 1. Hantar 3 resit pembelian (min RM50 setiap satu) daripada mana-mana outlet CARiNG, Georgetown atau Wellings Pharmacy 2. Lampirkan gambar jelas kad temu janji antenatal anda sebagai bukti kehamilan 3. Isi borang penyertaan di pautan berikuthttps://bitly.cx/LJo4I Penyertaan terbuka hanya kepada ibu hamil warganegara Malaysia.
Tempoh Peraduan
Tempoh peraduan bermula dari 1 Mei – 25 Mei 2025, dan yang menariknya, resit pembelian yang bertarikh seawal 1 April 2025 turut diterima untuk penyertaan! Jadi, jika anda sudah membuat pembelian di CARiNG, Georgetown atau Wellings Pharmacy sejak 1 April, pastikan anda simpankan resit tersebut.
Kumpulkan 3 resit pembelian bernilai minimum RM50 setiap satu, dan anda sudah layak untuk menyertai Mom-to-be Moments Giveaway! 🎉 Anda juga boleh jejak pembelian anda melalui Caring Membership App lebih mudah dan tersusun!
Siapa Layak Sertai? Hanya Untuk Ibu Mengandung Sahaja
Peluang ini eksklusif untuk bakal ibu sahaja, kerana anda berhak diraikan! Tak perlu jadi influencer, tak perlu viral, cukup sekadar anda seorang ibu mengandung yang membuat pembelian di farmasi yang tersenarai. Paling best pemenang akan dipilih secara rawak, jadi semua orang ada peluang yang sama rata!
Syarat Mudah, Ganjaran Luar Biasa
Syarat-syarat adalah seperti berikut ✔ Warganegara Malaysia ✔ Sedang hamil semasa penyertaan dihantar ✔ Hanya satu penyertaan untuk setiap peserta ✔ Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai dan tidak boleh dipindah milik Para pemenang akan diumumkan selewat-lewatnya pada 4 Jun 2025
Jangan Lepaskan Peluang, Ini Saat Anda Bersinar Sebagai Ibu Hebat
Jadi apa tunggu lagi bakal ibu sekalian? Inilah masa untuk anda dihargai, disayangi dan diraikan dengan penuh gaya! ‘Mom-to-be Moments Giveaway’ bukan hanya tentang hadiah tapi tentang menyambut fasa kehidupan baru dengan penuh penghormatan.
Sertai sekarang dan jadikan kehamilan anda lebih bermakna dengan peluang memenangi hadiah eksklusif bernilai ribuan ringgit.
Aduhai, pening dibuatnya! Macam mana nak buat anak sukakan susu ya? Sepatutnya susu jadi ‘BFF’ anak kerana ia diperkaya dengan pelbagai nutrisi terbaik untuk menyokong perkembangan 360 mereka. Masalahnya, mama jadi buntu bila anak kata ‘tak nak susu’ sebab rasanya tak sedap.
Okay, mama jangan menyerah kalah dulu ya! Sebenarnya ada cara yang boleh kita buat untuk pastikan anak minum susu dan keperluan nutrisi mereka dapat dipenuhi.
Kenapa Anak-anak Tak Suka Susu?
Salah satu sebab utama anak-anak tidak suka susu adalah kerana rasa. Bagi sesetengah mereka, susu yang plain dan tawar terasa membosankan. Kadang-kadang, tekstur susu juga boleh membuatkan mereka kurang selesa. Tak boleh nak salahkan anak-anak juga sebab memang normal mereka memilih rasa yang sedap.
Kita kena lebih kreatif untuk buatkan anak-anak sukakan susu. Antara yang boleh kita buat:
Tambah Susu dalam makanan: Tambahkan susu dalam resipi kegemaran mereka seperti pancake, bijirin, atau sup. Dengan cara ini, anak masih mendapat manfaat susu tanpa sedar. Kita pun tak perlu ‘berperang’ nak suruh anak minum susu.
Bercerita dengan anak: Jadikan waktu minum susu lebih menarik. Reka cerita atau watak yang suka minum susu. Mungkin si Superman pun perlu susu untuk jadi kuat! Ini boleh membantu mereka melihat susu dalam perspektif yang lebih positif.
Tunjuk contoh: Anak-anak suka meniru! Pastikan mama juga menunjukkan keseronokan minum susu. Cipta saat-saat istimewa, seperti ‘Waktu Susu Bersama Keluarga’ yang menjadikan minum susu satu pengalaman yang menyeronokkan.
Kena Ada Susu Yang Best, Barulah Semua Plan Menjadi!
Kalau mama masih cari susu yang sedap dan kaya nutrisi, cepat-cepat beli susu Dugro Madu dengan resipi yang baharu! Resipi baharu ini telah ditambah baik dengan rasa yang lebih sedap tetapi masih mengekalkan nutrisi-nutrisi penting dan Zat Besi Aktif yang menyokong 3X Penyerapan Zat Besi*!
Ada dua pilihan NEW Dugro Honey Langkah 3 untuk anak berumur 1-3 tahun atau NEW Dugro Honey Langkah 4 untuk anak berusia 3-6 tahun.
Resipi Susu Dugro Madu yang baharu ini lebih sedap kerana rasa madu yang lebih enak. Susu ini juga lebih berkrim dan harum dengan aroma madu berbanding formula terdahulu. Yang menarik, NEW Dugro Honey telah diformulasikan dengan 21 vitamin & mineral, Zat Besi Aktif serta DHA dan EPA. Dengan 3 gelas susu Dugro Madu sehari, Si Manja akan mendapat 100% keperluan Zat Besi^.
Lebih best, harganya juga mampu milik dengan segala kebaikan yang ada. Bayangkan, Dugro Madu ini dapat memberi 3x penyerapan untuk zat besi dan membantu mereka berkembang 360 darjah!
Haa.. Mama dah in love dengan Dugro Madu ni kan? Teringin nak cuba? Mama boleh dapatkan di pasaran sekarang. Kalau nak cuba sampel susu hebat ini bolehlah layari: https://www.facebook.com/DumexDugro
Mama nak beli pun online pun boleh, klik saja laman Shopee Official: (https://bit.ly/3BieI0x)
Anak-anak mungkin mempunyai pandangan sendiri tentang susu, tetapi dengan sedikit kreativiti dan usaha, mama boleh pujuk mereka untuk sukakan susu. Pilihlah NEW Dugro Honey, pasti susu boleh jadi salah satu minuman kegemaran anak! Jadi, selamat mencuba dan semoga sukses dalam misi ‘Susu Jadi Favourite!’.
*Dengan kombinasi optimum nisbah Vitamin C : Zat Besi antara 3 dan 4, dalam lingkungan yang disyorkan oleh WHO untuk meningkatkan penyerapan Zat Besi.
^3 gelas susu Dugro Madu 3 memberi 100% pengambilan zat harian Zat Besi (RNI Malaysia 2017) untuk kanak-kanak 1-3 tahun.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.