Jika bulan Mei menjadi bulan bagi menghargai semua ibu-ibu di negara kita, Indonesia pula memilih tanggal 22 Disember untuk meraikan golongan wanita yang bergelar ibu. Penyanyi dan pelakon popular Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) tidak terkecuali menerima ucapan indah sempena hari itu yang disambut baru-baru ini.

Menerusi instagramnya, Bunga Citra Lestari (BCL) memuat naik gambar anak lelakinya Noah Sinclair yang turut berkongsi sebuah kad ucapan buat ibunya.

‘Sayang Ibu Selamanya”, Anak Hadiahkan Bunga Citra Lestari Kad Ucapan Sempena Hari Ibu, Sweetnya Noah!

Melalui entri itu juga, Noah yang kini berusia 10 tahun tersenyum memegang sekeping kad yang tertera ucapan ‘Happy Mothers Day Mommy’. Kad ucapan istimewa itu adalah hasil tulisan tangan Noah sendiri dan ia ditujukan khas buat ibunya sempena sambutan hari istimewa itu.

“Saya harap, ibu sentiasa sihat dan bahagia selalu. Saya sayangkan ibu selama-lamanya,” tulis Noah.

‘Sayang Ibu Selamanya”, Anak Hadiahkan Bunga Citra Lestari Kad Ucapan Sempena Hari Ibu, Sweetnya Noah!

IKLAN

Kad ucapan itu turut diselitkan dengan potongan gambar artis Korea kegemaran ibunya iaitu Park Seo Joon.

Bukan itu sahaja bahkan Noah turut melukis sekuntum bunga ros yang menjadi pilihan Noah untuk dihadiahkan kepada ibunya, tanda kasihnya yang mendalam pada ibu tersayangnya itu.

Rata-rata lukisan ringkas Noah tapi penuh makna buat ibunya itu dipuji para pengikut BCL di instagramnya. Malah posting itu mendapat lebih 445,000 tanda suka selain ribuan komen daripada peminat serta pengikut.

IKLAN

Kata mereka, Noah sememangnya anak yang pintar dan pandai menghargai ibunya. Semoga Noah terus menjadi pelindung dan peneman setia ibunya.

‘Sayang Ibu Selamanya”, Anak Hadiahkan Bunga Citra Lestari Kad Ucapan Sempena Hari Ibu, Sweetnya Noah!

‘Sayang Ibu Selamanya”, Anak Hadiahkan Bunga Citra Lestari Kad Ucapan Sempena Hari Ibu, Sweetnya Noah!

IKLAN

Terdahulu, BCL berkahwin dengan artis Malaysia, allahyarham Ashraf Sinclair yang ditakdirkan pergi menghadap Ilahi pada Februari lalu.

Artikel berkaitan: Cantiknya Nama Dia, Pilih Nama Shariq Gabriel, Peminat Puji Nama Anak Emma Maembong!

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

Kredit: @bclsinclair

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI