Penyampai radio dan pengacara, Fizi Ali, 30 atau nama sebenarnya, Mohd Hafizudin Alimudin mendedahkan dirinya berhenti merokok disebabkan oleh anaknya, Ameena Sofia.
Mula merokok ketika usia remaja, Fizi membulatkan tekad untuk berhenti demi permata hati tercinta.
“Saya dah mula merokok semenjak tingkatan satu. Saya kuat merokok… Dulu, saya hisap sekotak setengah rokok untuk sehari.
“Ketika di awal kelahiran Ameena, saya masih merokok. Kesukaran mula timbul kerana saya harus mandi terlebih dahulu selepas merokok, barulah saya boleh mendukung atau menjaga Ameena.
“Bila merokok, bukan sahaja tangan saya yang berbau, malah badan juga akan melekat bau rokok. Perkara terbabit sangat melecehkan… Dari situ, saya mula berazam untuk berhenti merokok.
Ads
“Alhamdulillah, saya berjaya berhenti merokok dan bertekad untuk tidak kembali kepada tabiat itu… Lebih senang untuk saya menjaga dan bermain dengan Ameena,” kata Fizi.
Tambah Fizi, dia juga menggunakan peranti alternatif untuk berhenti merokok bagi mengekang tabiat terbabit.
Ads
“Saya menggunakan NCIG sebagai alternatif. Setakat ini, NCIG berjaya membuatkan saya berhenti merokok.
“Selain kesedaran berkenaan dengan anak, saya juga mahu jadi lebih sihat dan mengamalkan gaya hidup yang lebih baik,” katanya pada Astro Gempak.
Ads
Sekadar info, Fizi mendirikan rumah tangga dengan pelakon Shakilla Khoriri pada 18 Februari 2018 dan mereka dikurniakan dengan kehadiran Ameena pada 14 Mac lalu.
Bagi ibu yang sememangnya mempunyai anak ekzema pastinya mereka lebih sensitif dari pelbagai aspek. Persekitaran seperti habuk, asap dan sebagainya, pakaian, produk dan bermacam lagi. Pemakanan juga umpamanya paling penting untuk dijaga, akan tetapi janganlah sampai susu ibu pun dikatakan sebagai penyebab.
Susu ibu adalah sebaik-baik susu, berbeza jika hendak dibandingnya dengan susu formula. Penyebab susu memberi kesan kepada anak mungkin disebabkan oleh susu ibu kurang bermutu, kesan dari pemakanan ibu itu sendiri.
Menurut Dato’ Dr Suriyakhatun Osman di facebooknya, sememangnya tidak ada susu formula yang boleh menggantikan susu badan. Ikuti perkongsiannya.
Nak jadi cerita semasa saya tanya kepada ibu pesakit saya, seorang bayi yang menghidap ekzema kenapa dia nak berhentikan susu badan dan beri susu formula dan dia jawab, sebab ada doktor kata susu dia yang menyebabkan ekzema.
Saya dapat rasa marah saya mula naik. Mungkin muka garang saya muncul seketika.
Saya cepat sedar tentang marah saya dan mula fokus pada nafas dan tenangkan diri saya sebelum saya huraikan lagi sekali ( memang saya sudah banyak kali katakan ) bahawa tidak ada susu formula yang boleh menggantikan susu badan.
Ibu hanya perlu makan seimbang dan berkhasiat serta elak makanan yang banyak toksin.
Ini hand out yang saya selalu berikan pada ibu yang menyusukan anak .
Punca masalah kurang mutu susu ibu
1. Kurang probiotik – bakteria baik dalam usus
2. Kurang zat makanan
3. Usus ibu tak sihat maka susu mengandungi bahan alergen/ alahan
4. Ibu mengambil makanan yang mencetus tindakan alahan pada anak atau makanan yang bertoksin seperti makanan berproses, ikan tercemar dan lain-lain.
Berikut adalah cara-cara untuk meningkat mutu susu;
1. Makan prebiotik: Gam arab, Baobab, psyllium, dan banyakkan buah berserat. Khasiat makanan ini bukan setakat pada seratnya tetapi juga zat galian dan vitamin serta anti oksidan. Gam arab mempunyai asid amino yang lengkap.
2. Lemak Wajib , ( essential fatty acids ) .EFA: fish oil , Omega 3, chia seeds, flax seed, black seed ( Nigella Sativa ada keduanya 3 dan 6, Omega 6,VCO , EVOO.
3. Elak makanan yang mengandungi toksin, seperti ayam, ikan dan daging lama dan tidak segar, gunakan sebaiknya ayam yang bebas antibiotik – ABF (antibiotic free) atau organik atau ikan segar atau daging kampung. Elak makanan berproses, terutama gula putih. Awas gula yang tersembunyi dalam makanan.
4. Kenalpasti alergen anak ( jika ada) dan elak memakan makanan tersebut.
5. Elak makan makanan yang mengandungi elergen tinggi. Antara makanan tinggi allergen adalah makanan laut (tercermar dengan bahan pengawet, logam berat dan kuman yang keluarkan histamin dan serotonin), susu lembu, terutamanya susu komersial dan elergen yang spesifik seperti kekacang dan buah -buahan.
Kredit: Dato’ Dr Suriyakhatun Osman
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa kita nak menolak takdir Allah. Setiap perancangan-Nya hanya dia yang tahu. Mungkin bagi kita ujian ini sangat berat tapi di sebalik takdir itu Allah nak hadiahkan sesuatu yang lebih baik.
Bagi Khairinatasha Nabila Mohd Zamro pemergian anaknya di saat diri juga disahkan mengalami leukimia ketika kandungan masuk 35 minggu dan tiada rawatan lagi untuk sembuh benar-benar menguji perasaannya sebagai ibu tapi dia reda dengan ketentuan ilahi.
Apa yang membuatkan Khairinatasha Nabila benar-benar sedih, sejak lahirkan anak ketiga Februari lalu hanya beberapa kali saja dapat belai dan jaga anak lelakinya itu serta rezeki untuk menyusukan anak pun tak dapat.
Berikut luahan hatinya sebagai ibu selepas pemergian anak syurganya..
Indahnya kehadiran awak.. Indahnya senyuman awak dan indahnya tarikh pemergian awak kepada Allah 19092019. MUHAMMAD IFFAT ARRIZ BIN AMSYAR FIKRY
Sayang, hadirmu dalam rahim mama memang mama tak jangka, memang mama tak duga sangat.. Alhamdulillah sepanjang pregnant kan awak mama tak banyak alahan macam kakak-kakak awak dulu.
Doktor suruh pilih gugur atau lahirkan awak…
Awak membesar dengan sihat dalam perut mama. Alhamdulillah Allah permudahkan. Masuk kandungan mama 35 minggu Allah duga mama dengan lebihan darah putih atau kanser luekimia..
Mama kuatkan diri.. Doc suruh pilih sama ada nak gugurkan awak atau lahirkan awak.. Alhamdulillah disebabkan time tu mama dah masuk 36 minggu doc Kuala Pilah tolak mama pergi Hospital Ampang dan mama duduk Hospital Ampang.. Bincang dengan doc semua mama lalui satu-satu prosedur..
Memula mama induce.. Mama tahan sakit contraction 12 jam jalan dah buka 8 cm tapi kepala awak pulak tersangkut jadi mama terus emergency czer lahirkan awak.. Awak keluar dari perut mama tapi mama stay koma.. Mama tak dapat tengok awak apatah lagi pegang awak..
Sebulan mama pantang tanpa awak dekat sisi sayang.. Alhamdulillah orang yang jaga awak kata awak budak baik.. Budak tak banyak ragam.. Kali ni mama tak dapat nak jaga, nak susukan 😢 tak pa tak ada rezeki. Sebulan mama pantang dekat hospital, mama dapat jaga awak cuma 5 hari je.. Alhamdulillah mama dapat jaga awak walaupun kejap.. Hehehe 😉 mama kuatkan diri mama.
Maklong, makngah, acik eym jaga awak, mereka kata awak budak yang baik, yang tak banyak ragam.. Terima kasih maklong, acik eym, makngah dan makteh jadi ibu susuan untuk Iffat..
Iffat demam, alami jangkitan kuman
Lepas beberapa hari Hari Raya Puasa, Allah uji mama lagi.. Awak demam dan awak kena jangkitan kuman dekat selaput otak, paru-paru dan buah pinggang dan hanya bergantung dengan ubat tidur untuk elakkan terkena sawan jika banyak bergerak. Mama baru balik hospital, mama balik-balik jumpa awak.. Sebulan jugak awak berkampung dekat ICU Hospital Melaka..
Mama pun banyak tunda mama punya kimo.. Mama ulang alik dari rumah maklong ke hospital Melaka tengok awak.. Mama nangis mama stres.. Mama kuatkan jugak diri mama.. Lepas sebulan awak berkampung di Hospital Melaka, mama papa buat keputusan pindahkan awak ke Hospital Segamat.. So mama dan maklong uruskan awak. Lepas tu bermulalah kehidupan awak dekat Hospital Segamat.. Tapi sejak awak pindah hospital Segamat mama tak ada rezeki langsung nak jumpa awak apatah lagi jaga awak..
Maafkan Mama Tak Dapat Jaga Iffat
Tiap kali mama balik rumah pulak mama tak sihat.. Hmmm.. Maafkan mama sayang.. 😢😢 2 minggu lepas mama balik hospital dan mama dapat jaga awak 2 hari.. Awak duduk diam je baik je awak mama jaga tapi mama mintak maaf lagi sekali mama dapat jaga 2 hari.. Awak masuk hospital mama pun serah diri dekat hospital.. Sebab kita sesama sakit sayang 😭😭 mama dapat peluk dan cium awak je.. Mama gak dapat hantar awak pergi hospital.. Hmmm.. Awak duduk hospital berapa hari then awak balik rumah nelly.. Tapi mama stay dekat hospital lagi..
Mama dapat pula berita sedih sebab Doc kata lepas ni mama dah tak ada rawatan lagi . Mama dah tak boleh kimo apa semua.. Tak habis lagi mama sedih sayang.. Otw nak balik mama dapat voice dari atuk pa.. Kata awak dah lemah sangat.. Mama sampai je persimpangan tol simpang empat, Mama dapat tahu awak dah tak ada. Mama sedih..
Berehat la puas-puas! Datanglah dalam mimpi mama
Mama nangis tapi dalam masa sama mama redha.. Mama tahu.. Awak anak syurga.. Mama kuatkan hati mama untuk tak nangis.. Abah pun pesan.. Awak anak syurga.. Dah tentu awak tunggu mama, papa, kakak dekat syurga.. Awak tiada dosa. Tipu la kalau kata mama tak nangis.. Orang nampak mama senyum tapi orang tak tahu apa mama rasa.. Mama lalui.. Mungkin ada hikmah, kenapa berapa harini Allah bagi mama rasa gembira.. Lepas ni awak dah tak sakit dah sayang.. Awak dah tak perlu nak tahan sakit dah.. Awak punya penyeksaan dah tamat.. Sekarang berehat la dan main-main la di taman syurga yang firdausi tu.. Mama redha.. Mama kuat.. Mama kena sambung berjuang lagi.. Nanti hadir dalam mimpi mama tau.. Mama rindu.. Mama rindu sangat..
Maafkan mama tak jadi mama yang baik.. Mama rasa serba salah sangat dan sampai satu masa mama tak berguna jadi mama.. hmmmm.. Benarlah kata orang, rindu paling sakit adalah rindukan orang yang sudah tiada.
Hadirmu tidakku duga dan pergimu jua tidak ku duga. Rehatlah baby mama
24.02.2019 – 19.09.2019 MUHAMMAD IFFAT AARIZ
Terima kasih yang mendoakan.. Hanya Allah yang mampu balas.. Doakan saya kuat untuk lalui hari-hari mendatang. Insyaallah