Kasih ibu bawa ke syurga, kasih ayah selamanya. Itu pepatah yang boleh digambarkan buat anak-anak arwah Siti Sarah yang hilang kasih ibu dari kecil. Mungkin anak orang lain sedang gembira dapat layanan ibu tapi empat anak arwah hanya dapat kasih daddynya dan insan terdekat dengan mereka saja.
Hampir setahun pemergian arwah, kehidupan Shuib dan anak-anak sentiasa mendapat perhatian. Ini kerana ramai bersimpati dengan anak yang masih kecil itu. Tambah pula, anak bongsu arwah, Ayash Affan langsung tak sempat mengenali ibunya.
Dilahirkan sebulan awal, nampaknya kini perkembangan Ayash sangat cepat. Dia sentiasa menjadi penghibur daddy, abang dan kakaknya dengan keletahnya yang comel.
Selepas pulih dari Covid-19, kini penyanyi, Tomok memaklumkan isteri dan dua anaknya, Arrian dan Khadijah turut sama disahkan positif Covid-19 semalam.
Menerusi Instagram, Tomok berkongsi khabar duka itu malah turut mendoakan kesembuhan buat isteri dan dua anaknya.
“Semoga di berikan kesembuhan dengan segera buat isteri dan anak ku..amin,” tulis Tomok ringkas.
Melalui entri yang sama, Tomok turut berkongsi kepingan gambar kit ujian kendiri yang dilakukannya bersama keluarga.
Biarpun pada mulanya, anak sulung Tomok, Arrianshah Akid disahkan negatif namun sehari selepas itu, ternyata Arrian turut sama menjejaki ibu dan adik bongsunya selepas disahkan positif virus berbahaya itu.
Manakala seorang lagi anak Tomok, Andrashah Iman, disahkan negatif.
“Adik duduk dengan ayah k. Arrian kena join ibu hari ni.
“Kita doakan ibu, Arrian and Dadija cepat sembuh dari covid. Amin ❤,” tulisnya lagi malah turut mendoakan keluarga kecilnya itu cepat sembuh.
Dalam pada itu, rakan-rakan selebriti dan pengikut Tomok turut sama mendoakan isteri dan anak-anak Tomok agar cepat sembuh dan diberi kekuatan ketika dilanda ujian itu.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Islam merupakan agama yang lengkap dan sempurna. Kesempurnaan Islam terserlah dalam semua aspek kehidupan manusia termasuklah pendidikan. Menurut perspektif Islam, pendidikan kanak-kanak ialah proses mendidik, mengasuh dan melatih rohani dan jasmani mereka berteraskan nilai-nilai baik yang bersumberkan Al-Quran, Hadis dan pendapat serta pengalaman para ulama.
Ia bertujuan untuk mendidik kanak-kanak pada usia muda amat penting bagi membentuk sifat dan peribadi yang mulia dalam diri mereka. Hal ini amat penting bagi memastikan mereka dapat menjadi seorang muslim yang sejati dan baik serta melahirkan Insan Rabbani yang beriman, bertakwa dan beramal soleh. Untuk mendidik anak ia melibatkan beberapa peringkat, bermula dari dalam kandungan sehinggalah ia lahir dan menjadi dewasa.
Haruslah mendidik anak bercakap benar, sopan santun dan mengucapkan perkataan yang baik. Anda harus menjaga perilaku supaya menjadi role model kepada anak-anak semasa anda berkomunikasi dengannya.
2.Doa penerang hati
Sebelum belajar didik anak membaca doa-doa penerang hati ia termasuk surah Al-Insyirah. Malah Rasulullah pernah menyuruh Ali RA membaca surah Al-Insyirah untuk kuat ingatan mudah faham, menjadi tenang, mudah patuh arahan ibu bapa dan tidak banyak meragam.
3.Mini perpustakaan Islamik
Sediakan mini perpustakaan yang bercirikan islamik di rumah dengan perbanyakkan pilihan buku-buku berkaitan Islam seperti kisah nabi-nabi dan rasul. Ini akan memupuk nilai membaca dalam diri anak-anak dan mendedahkan kegemilangan Islam dalam diri anak.
4.Posisi tidur
Jangan lupa ingatkan anak untuk mengamalkan cara tidur mengikut sunnah Nabi SAW. Pastikan anak-anak tidur mengiring ke kanan agar otak jadi lebih pintar dan lena tidurnya.
5.Didik anak bawa kelengkapan solat
Jika pergi bercuti atau pulang ke kampung, biasakan kepada anak-anak untuk membawa kelangkapan solat. Dengan ini, mereka akan tahu betapa pentingnya solat sebagai seorang muslim.
Ajari anak makan dan minum dengan sopan. Oleh sebab itu, digalakkan anak membaca bismillah dan alhamdulillah sebelum dan selepas makan. Sikap yang tidak sopan seperti gelojoh ketika makan hendaklah ditegah. Beritahu juga kepada anak mengenai cara seperti mencuci tangan, duduk dengan sopan serta berdoa sebelum dan sesudah makan.
7.Lima minit membaca Al-Quran
Digalakkan ibu bapa boleh mengajar anak mereka untuk membaca dan memahami al-Quran. Boleh dilakukan sebelum mereka pergi ke sekolah atau tadika untuk mereka membaca dan memahami al-Quran walaupun hanya 5 minit setiap hari.
8.Adab baca doa sebelum tidur dan bangun
Didik anak sebaik sahaja bangun membacakan doa bangun tidur dan sebelum tidur. Seeloknya tidur dalam keadaan menghadap kiblat, membersihkan diri kaki dan muka sebelum dan selepas bangun daripada tidur.
9.Mengajar anak adab masuk dan keluar tandas
Tandas juga salah satu adab yang tidak boleh diabaikan. Anak-anak perlu didik cara yang betul untuk membuang air kecil atau besar. Juga cara masuk ke dalam tandas antaranya menutup kepala, membaca doa, memakai selipar dan membelakangkan qiblat.
Mendidik anak untuk menghormati dan mengerti pengorbanan ibubapa terhadapnya. Ia penting untuk memberi kesedaran dan bersyukur kerana masih mempunyai kedua ibu bapa.
11.Sembahyang berjemaah
Biarpun anda sibuk dengan kerjaya, pastikan juga ada waktu untuk anda berjemaah dengan anak-anak terutama waktu solat subuh, mahgrib dan Isyak.Suasana seperti ini memberikan aura positif kepada anak dan rumah anda.
12.Bawa anak ke masjid
Jika masjid jauh daripada rumah, tak salah jika membawa anak ke masjid waktu cuti hujung minggu. Laungan azan yang berkumandang dalam masjid sesungguhnya membuatkan jiwa anak menjadi tenang.
13.Berpakaian sopan
Biarpun anak baru berusia enam tahun, tidak menjadi kesalahan mendidik anak pakaian yang menutup aurat. Cara ini secara tidak langsung didikan awal buatnya untuk berpakaian sopan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak solat sebab takut kena rotan. Anak pakai tudung sebab nanti mak ayah marah. Anak tingkatan 4 tak mahu puasa kalau tak dapat hadiah?Ya, beri hadiah atau hukuman memang salah satu teknik yang berkesan untuk mengajar rutin dan tabiat pada anak.
Tetapi persoalannya sampai bila?
Sampai bila anak perlu bergantung harap pada “extrinsic motivation” ataupun motivasi luaran?
BIARKAN ANAK YANG MAHU
Tahukah mak ayah, dalam kita menerapkan sesuatu rutin, tabiat atau perbuatan baik pada anak. Semuanya bergantung kepada motivasi anak melakukan sesuatu.
Motivasi untuk solat.
Motivasi untuk berbuat baik.
Motivasi untuk belajar.
Motivasi untuk menutup aurat.
Motivasi untuk berkelakuan baik.
Kalau tak ada motivasi, memang susah untuk kita buat dengan sendiri. Motivasi pula ada 2 jenis;
1. Motivasi luaran – Hadiah atau elak dari dapat hukuman. 🎁
2. Motivasi dalaman – Datang dari diri sendiri. 😍
Ada kajian yang menunjukkan apabila kita terlampau beri motivasi luaran seperti beri hukuman atau hadiah, ia boleh mengurangkan motivasi dalaman.
Dalam kajian itu terbukti kanak-kanak yang selalu diberi ganjaran untuk bermain sesuatu mainan yang mereka memang minat menjadi kurang minat untuk main mainan tersebut setelah mainan itu diberi sebagai ganjaran.
Contohnya kita selalu beri hadiah pada anak untuk main Lego jika berkelakuan baik, kesannya anak akan jadi kurang minat untuk main Lego.
Dalam kes yang lebih ekstrim, jika kita selalu sangat beri hadiah kepada anak yang memang suka membaca buku selepas anak membaca buku. Anak akan jadi kurang minat membaca buku. ⚠️
Sebab itu bagi saya sistem hukuman atau hadiah sangat bahaya kalau terlalu berlebihan atau salahguna. Boleh guna untuk sesuatu perkara yang anak memang tak suka lakukan cuma perlu rangsang motivasi dalaman anak bersama-sama.
Dalam kes solat, puasa atau menutup aurat, pendapat saya seeloknya mak ayah rangsang motivasi dalaman dahulu sebab itu adalah kewajipan sebagai orang Islam.
Buat anak mahu buat dahulu dengan cara:
1. Jadi “role model” pada anak. 👩🏫
2. Cerita tentang kenapa kita solat, puasa dan menutup aurat.
3. Tunggu anak yang minta nak solat dan puasa bersama-sama semasa anak 7 tahun kebawah. Kebiasaannya anak umur 1 tahun sudah mula meniru perbuatan mak ayah. Itu yang bila kita solat, dimana tempat sujud disitulah anak mahu duduk. 😅
4. Dalam Islam juga kita tidak boleh merotan anak semasa anak 7 tahun kebawah. Dedahkan dan ajak anak boleh cuma belum wajib lagi.
5. Rangsang motivasi dalaman anak dahulu sebelum kita beri hadiah atau hukuman.
6. Umur 7 tahun barulah terapkan disiplin dan tanggungjawab.
7. Tekankan kewajipan anak dan hadiah hanya sampingan.
8. Umur 10 tahun baru boleh hukum jika tinggal solat.
Memang normal kita sebagai mak ayah kalau boleh mahu anak kita cepat dari semua aspek. Tetapi apa guna cepat tetapi tidak tahan lama?
Kita tak mahu jadi punca anak solat dan puasa hanya didepan mak ayah. 😔
Dalam parenting, kita perlu fikir jangka masa panjang. 12 tahun sahaja kita ada masa untuk bentuk anak. Anak dah masuk sekolah menengah, mereka sudah masuk alam separuh dewasa.
Sebab itu dalam didikan agama, saya dan suami ambil pendekatan untuk tidak terburu-buru dan ikut didik ikut cara Nabi Muhammad kerana kami juga dibesarkan dengan cara ini.
Kami mahu anak gembira setiap kali waktu solat atau puasa semasa umur 7 tahun dibawah. Jadikan perkara tersebut sebagai perkara yang seronok dan ceria bukannya sebagai sesuatu yang stress.
Percayalah, pasti anak yang mahu lakukannya sendiri.
Sepanjang saya membesar, seingat saya, masa darjah 3 barulah ayah saya rotan bila tinggal solat. Tiap kali lepas maghrib, ayah saya akan soal setiap waktu solat sembahyang atau tidak. Kalau 3 waktu tidak solat, alamatnya dapatlah 3 kali rotan. 😂
Tapi tak lama pun, masa awal-awal sahaja. Lepas itu sendiri dah biasa.
Dalam kes menutup aurat pula, bila dah umur 7 tahun memang dah tak ada pakai skirt ataupun seluar pendek tak kiralah anak lelaki atau perempuan. Pakai baju “princess” tetapi berseluar panjang. Belilah baju fesyen apa-apa yang penting sopan.
Tudung pula tidak pernah mak ayah paksa pakai, cuma sentiasa diingatkan yang nanti dah baligh kena tanggung dosa sendiri. Pakai tudung untuk diri sendiri, tak mahu tanggung dosa bukan sebab takut mak ayah marah.
Saya pasti apabila berbicara tentang ini memang semua ada pendapat dan hujah masing-masing. Poin penting saya adalah, gunalah apa-apa cara tetapi yang penting kita mak ayah rangsang motivasi dalaman bukannya mengharap motivasi luaran semata-mata.
Dunia parenting penuh dengan seni. Lagi-lagi dalam keadaan dunia semakin mencabar, seperti menarik rambut dalam tepung. Kena faham dan banyak belajar tentang psikologi anak. Setiap personaliti dan umur anak pendekatannya berbeza.
Cuba kongsikan cara kalian dididik puasa atau solat dahulu? 🤔
Semoga semua mak ayah dipermudahkan dalam mendidik anak. Semoga bermanfaat. ❤
Kredit: Maryam Jamadi
Pediatric Occupational Therapist
BEYOND Home Therapy
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.