Sayunya melihat seorang ibu yang terpaksa meninggalkan anak-anaknya demi sebuah perjuangan yang lebih besar. Angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Syukor, memaklumkan isterinya Datin Dr Halina Mohd Yunos bakal melahirkan anak kembar mereka pada pukul 9 pagi ini melalui kaedah pembedahan.
Menerusi laman sosial Instagram miliknya, Dr Sheikh Muszaphar berkongsi sebuah video yang cukup menyentuh hati semua namun turut berkongsi kegembiraan.
Video berdurasi tidak sampai satu minit itu memperlihatkan Dr Halina yang terpaksa meninggalkan empat anak-anak di rumah untuk dimasukkan ke wad pagi ini demi melahirkan sepasang lagi bayi kembar mereka.
Sayunya melihat kasih seorang ibu dan anak-anak yang tidak mahu berpisah dengan ibu mereka. Namun inilah pengorbanan. Tidak ketinggalan juga perkongsian dari keempat-empatnya anaknya yang teruja menanti kehadiran adik baru.
Walaupun sedih meninggalkan anak-anak dan berdebar untuk menjalani pembedahan, namun Dr Halina masih lagi melemparkan senyuman cukup manis. Semoga proses kelahiran pasangan kembar kedua pasangan ini dipermudahkan.
“Sedihnya saya lihat saat Dr Halina nak meninggalkan 4 anak-anak untuk dimasukkan ke hospital pagi ini.
“Anak-anak cukup manja, tak nak berpisah Mommy mereka. Hanya untuk beberapa hari Bella, Tasha, Adam dan Noah.
“InsyaAllah mommy dan daddy akan bawa balik dua adik-beradik kecil untuk kamu hargai dan sayangi,” kongsinya di instagram.
Ads
Dalam pada itu Dr Sheikh Muszaphar turut meluahkan rasa syukurnya kerana diberikan empat orang anak yang selama ini menjadi pendamping bahagianya bersama isterinya Dr Halina.
Bapa penyayang itu turut menitipkan pesanan ringkas buat keempat-empat anaknya.
“Kami sangat-sangat bersyukur dengan kehadiran anak-anak yang cantik dengan jiwa yang indah serta penyayang” kongsinya lagi.
Terdahulu, menerusi sebuah lagi video berasingan, Dr Sheikh Muszaphar memaklumkan beliau dan isterinya memilih untuk menyambut kelahiran bayi kembar kedua mereka pada hari ini, 20 November 2020.
Dr Halina juga dijadualkan menjalani pembedahan pukul 9 pagi ini selepas mengalami masalah pre-eclampsia dan dinasihatkan untuk bersalin lebih awal. Walaupun dinasihatkan untuk bersalin pada minggu ke 34 kandungan, namun segalanya dipermudahkan dan mampu bertahan hingga ke 35 minggu.
Ads
“Dr Halina akan dimasukkan ke hospital untuk C-Section pada pukul 9 pagi. Ini yang terbaik untuk ibu dam bayi. Kami dinasihatkan untuk melahirkan bayi tersebut pada minggu lalu tapi berjaya bertahan sehingga 35 minggu.
“Dalam kes pre-eclampsia, satu-satunya rawatan yang ada adalah melahirkan bayi itu. Ia berisiko untuk menunggu lebih lama.
“Kami memilih hari Jumaat 20.11.20 dengan harapan ia akan menjadi baraqah untuk semua. Semoga Allah permudahkan segalanya,” tulisnya lagi.
Dr Sheikh Muszaphar turut memohon orang ramai untuk mendoakan keadaan isteri dan anak kembarnya sentiasa terpelihara. Semoga pembedahan berjalan lancar dan dipermudahkan kelahiran bayi kembar.
Ads
Dalam pada itu, pengikut Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina dilihat turut memberikan sokongan dan semangat untuk kedua-duanya.
Terdahulu, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha dan Datin Dr Halina Mohd Yunos mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.
Hasil perkahwinan bahagia ini, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah.
Ketika berpantang pada masa dahulu, si ibu tidak dibenarkan untuk minum air dalam kuantiti yang banyak. Dikhuatiri rahim akan mengembang dan perut akan buncit. Sebenarnya itu bukanlah ikutan yang baik kerana air masak sememangnya sangat penting untuk si ibu bagi mengelakkan masalah sembelit dan memperbanyakkan proses penghasilan susu badan.
Pengambilan air sangat mustahak untuk memastikan tubuh sentiasa terhidrat. Air merupakan komposisi penting untuk memastikan tisu badan sentiasa lembap, melindungi organ dan tisu badan, melarutkan mineral dan nutrien agar mudah diserap badan, menyeimbangkan suhu badan dan sebagainya.
Ketika hamil dan berpantang, amat penting untuk ibu untuk mengambil air dalam kuantiti yang mencukupi untuk memastikan fungsi tubuh sentiasa berada di tahap optimum.
Tindakan mengurangkan pengambilan cecair boleh memudaratkan hingga menggalakkan pembentukan darah beku. Ini boleh mengancam nyawa dan menyebabkan kematian mengejut di kalangan ibu selepas berpantang atau dipanggil pulmonary embolism.
Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan mempunyai ulasan mengenai keadaan tidak sihat ini.
Menurut kajian, jika dibandingkan ibu berpantang dan ibu yang sedang mengandung, kejadian darah beku ( thrombosis ) lebih senang berlaku pada ibu berpantang dengan perkadaran 5 kali ganda lebih tinggi pada ibu berpantang.
Dalam erti kata lain, darah beku ni boleh berlaku pada kedua-dua kumpulan iaitu ibu hamil dan ibu berpantang, tetapi ibu berpantang lebih senang kena.
Selain daripada perubahan fisiologi badan semasa hamil menyebabkan darah ibu mengandung ini lebih pekat dari biasa dan senang membeku, kekurangan air ( dehidrasi ) atau tidak bergerak untuk tempoh masa yang lama, atau jangkitan kuman – boleh menyebabkan darah beku ini terhasil.
AIR MENGELAKKAN IBU ‘KEKERINGAN’ & MEMBANTU PENGHASILAN SUSU IBU
Air yg mencukupi bukan sahaja diperlukan untuk si ibu tidak mengalami kekeringan dan dalam masa yg sama penting untuk penghasilan susu badan.
Jadi bila berpantang, tak mau minum air, ataupun kuantiti air dihadkan dah kenapa?
Air yang masuk melalui mulut tu akan diserap badan oleh sistem pencernaan. Apa kaitan antara minum air dengan faraj berlecak?
Penjelasan yang diberikan oleh Dr Izzat ini sememangnya membantu para ibu untuk mengetahui kebaikan minum air masak dalam fasa berpantang. Jangan khuatir untuk minum air masak kerana ia langsung tidak berkait dengan rahim mengembang atau faraj berair kerana ia diserap oleh sistem pencernaan. inum
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemadam yang satu ini sememangnya jadi kesukaan kita di waktu kecil. Malah sehingga kini pun pemadam dengan pelbagai bentuk dan rupa ini menjadi kegemaran anak-anak kita. Rupa-rupanya ia membahaya untuk anak-anak.
Menurut OT, Pn Siti Aisyah Rozalli, pemadam kesukaan kita ini boleh mendatangkan gangguan neurologi pada anak-anak kita. Elakkan.
Saya suka guna pemadam ni tau. Sebab dia colourful dan sangat cute. Anak-anak memang suka.
Tapi, bila baca laporan Bernama ni, saya rasa kena stop dan buang semua stok pemadam berwarna ni. Bahaya.
“Menurut laporan Plastics, EDC, and Health mendapati EDCs dikaitkan dengan:
Kalau ada sahabat-sahabat yang pandai kimia, mungkin boleh ulas sikit tentang ni?
Bahaya Kanak-Kanak Letak Dalam Mulut
Dan ini pula kenyataan yang dikeluarkan oleh Bernama. Jadi elakkan memberi pemadam jenis ini pada anak-anak.
Pemadam yang membawa padah. Pelbagai jenis pemadam yang mengandungi bahan kimia pengganggu endokrin (EDCs) yang dijual di negeri ini sehingga boleh menyebabkan masalah kesihatan.
Pemadam-pemadam buatan China itu yang mempunyai ciri-ciri khayalan seperti bentuk lucu, watak kartun dan bau buahan yang boleh menarik kanak-kanak meletakkannya ke dalam mulut mereka.
Menurut laporan Plastics, EDCs and Health mendapati EDCs dikaitkan dengan gangguan neurologi dan tingkah laku, obesiti, disfungsi metabolik, gangguan reproduktif serta kanser sensatif hormon.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Bagi kanak-kanak yang selalu mengalami selesema dan kerap bersin di waktu pagi, ini bermakna mereka mengalami gejala penyakit yang dikenali sebagai allergic rhinitis.
Dalam keadaan ini, kanak-kanak selalunya akan mengalami hidung tersumbat dan kerap bersin terutamanya di waktu pagi dan ianya akan berkurangan di sebelah tengah hari atau petang.
Anak seawal usia 6 bulan sudah boleh mengalami keadaan ini. Penyakit-penyakit seperti asma, ekzema dan allergic rhinitis ini selalunya lebih kerap berlaku jika terdapat sejarah keluarga mengalami masalah yang sama iaitu faktor keturunan.
Tidak seperti jangkitan selesema atau batuk biasa, allergic rhinitis ini tidak berjangkit melalui cecair badan. Penyakit ini selalunya akan menjadi ketara oleh beberapa faktor seperti perubahan cuaca, perubahan suhu iaitu dari tempat panas ke tempat sejuk boleh menyebabkan hidung tersumbat dan berair.
Habuk adalah salah satu faktor penting . Bulu haiwan dan sesetengah jenis makanan adalah antara penyebab timbulnya gejala penyakit ini. Penyakit ini susah untuk sembuh. Doktor selalunya akan hanya memberi ubat untuk mengurangkan simptom dan gejalanya.
Ibu bapa seharusnya memainkan peranan untuk mengurangkan gejala dan simptom penyakit anak. Pastikan tiada habuk atau kurangkan habuk di persekitaran terutamanya bilik tidur. Sebaik baiknya elakkan hamparan permaidani. Cadar mesti ditukar sekerap mungkin.
Jauhkan anak daripada bermain dengan binatang peliharaan dan perlu juga membuat pemerhatian makanan yang diambil si manja bagi memastikan makanan yang diambil tidak boleh menyebabkan alergi ini. Pemeriksaan secara rapi harus dilakukan dengan membawa anak berjumpa pakar telinga, hidung dan mulut (ENT).
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.